31/10/2026
Kadang-kadang, kita terlalu sibuk menjaga orang lain sampai terlupa nak jaga diri sendiri. Jangan abaikan kesihatan anda, ya!
Kanser payudara boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jadi, penting untuk kita peka terhadap perubahan pada payudara dan mendapatkan pemeriksaan jika ada sesuatu yang luar biasa.
Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri, lakukan pemeriksaan dan dapatkan saringan mengikut saranan doktor. Jangan tunggu sehingga terlambat!
Jom sebarkan kesedaran ini kepada ibu, kakak, adik dan sahabat tersayang. Sama-sama kita jaga kesihatan wanita!