Ambulans Yayasan SJAM KPS

Ambulans Yayasan SJAM KPS Perkhidmatan Ambulans

28/05/2026

Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha | Daripada Yayasan St John Ambulans Malaysia - Kawasan Pantai Selangor.
Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan hati dapat menyatukan kita semua dalam berbakti kepada masyarakat.

Perkhidmatan Ambulans

🚨 LATIHAN KECEMASAN 🚨21 Mei 2026 | 9:30 pagiSatu latihan kecemasan telah diaktifkan di Sumi Saujana TCM Chemicals dengan...
21/05/2026

🚨 LATIHAN KECEMASAN 🚨

21 Mei 2026 | 9:30 pagi

Satu latihan kecemasan telah diaktifkan di Sumi Saujana TCM Chemicals dengan kerjasama agensi bomba, polis dan ambulans dari Yayasan St John Ambulans Malaysia Kawasan Pantai Selangor bagi menghadapi simulasi insiden kecemasan yang berlaku di dalam kawasan kilang tersebut.

Latihan ini melibatkan 2 mangsa iaitu seorang cedera akibat terjatuh dan seorang lagi terkena tumpahan bahan kimia. Situasi tersebut turut memerlukan bantuan pasukan HAZMAT untuk tindakan pengendalian bahan berbahaya.

Latihan seperti ini penting bagi memastikan semua agensi sentiasa bersedia dan cekap dalam menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku kecemasan yang sebenar. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. 🚒🚑👮‍♂️

1 Mei 2026 | Cuti bukan penghalang untuk terus berbakti 🚑🩵Pada jam 1:13 petang, Yayasan St John Ambulans Malaysia Kawasa...
20/05/2026

1 Mei 2026 | Cuti bukan penghalang untuk terus berbakti 🚑🩵

Pada jam 1:13 petang, Yayasan St John Ambulans Malaysia Kawasan Pantai Selangor telah menerima satu panggilan untuk membawa pulang pesakit yang discharge keluar dari ke rumah.

Berat pesakit ini adalah sekitar 260kg dan kami menggunakan ambulance khas iaitu untuk membawa pesakit ini dimana kami sentiasa memastikan pemindahan ini dapat dilakukan dengan selamat dan selesa.

Seramai 3 anggota kami telah bergegas untuk membantu, termasuk seorang anggota yang sedang bercuti pada hari tersebut.

Bagi kami, ini bukan sekadar menghantar pesakit, tetapi membawa amanah, harapan dan kemanusiaan kepada setiap keluarga yang memerlukan. 🩵

Jika memerlukan Ambulance khas untuk pesakit seperti ini, boleh terus hubungi kami di talian 03-3371 5005

✨ Sokongan Perubatan di KL Cocktail Week 2026 ✨Pada 2 Mei 2026, Yayasan St. John Ambulans Malaysia – Kawasan Pantai Sela...
05/05/2026

✨ Sokongan Perubatan di KL Cocktail Week 2026 ✨

Pada 2 Mei 2026, Yayasan St. John Ambulans Malaysia – Kawasan Pantai Selangor telah menyediakan sokongan perubatan sempena KL Cocktail Week 2026 di WSI Sentul Depot.
🚑 Dua ambulans dan empat anggota terlatih ditempatkan bagi memastikan kesiapsiagaan kecemasan sentiasa pada tahap optimum.
Komitmen kami adalah memastikan setiap acara berlangsung dengan selamat dan lancar, selaras dengan misi kemanusiaan kami.
💬 Keselamatan anda keutamaan kami. Perlukan perkhidmatan ambulance standby? Emel ke [email protected] atau hubungi 03-3373 5005.
Terima kasih atas sokongan anda ❤️

Kadang kita nampak Ambulance lalu dengan siren yang kuat 🚑Tapi kita tak tahu… mungkin ada nyawa yang sedang bertarung di...
28/04/2026

Kadang kita nampak Ambulance lalu dengan siren yang kuat 🚑
Tapi kita tak tahu… mungkin ada nyawa yang sedang bertarung di dalamnya.

Setiap saat amat berharga.
Setiap tindakan boleh menyelamatkan.
💛 Beri laluan.
💛 Hargai petugas.
💛 Sebarkan kesedaran.
Bersama Yayasan St. John Ambulans Malaysia - Kawasan Pantai Selangor, kita bukan sekadar membantu…kita menyelamatkan nyawa.
Simpan no ini jika perlukan ambulans 03-3371 5005 Talian adalah 24jam.

Luka Kecil? Jangan Buat Tak Tahu! Ini Cara Rawat dekat Rumah.Terkena pisau sikit, jatuh calar lutut, atau luka kecil mas...
21/04/2026

Luka Kecil? Jangan Buat Tak Tahu! Ini Cara Rawat dekat Rumah.
Terkena pisau sikit, jatuh calar lutut, atau luka kecil masa buat kerja rumah? Relax… boleh settle sendiri je kalau tahu cara 😎

👉 Step simple:

🧼 1. Basuh tangan dulu
Jangan terus pegang luka, nanti kuman masuk pulak.

🚿 2. Cuci luka dengan air
Lalukan bawah air paip je dah cukup untuk buang kotoran.

🩸 3. Tekan sikit kalau berdarah
Guna kain bersih atau tisu, tekan sampai darah stop.

🧴 4. Letak antiseptik
Supaya luka tak dijangkiti kuman.

🩹 5. Tutup dengan plaster (kalau perlu)
Kalau luka terdedah, better cover untuk elak kotor.

🔄 6. Tukar plaster selalu
Jangan malas, pastikan sentiasa bersih & kering.

⚠️ Alert sikit!
Kalau luka dalam, darah tak berhenti, bengkak, bernanah atau makin sakit → terus jumpa doktor ya!

Ingat… luka kecil pun kalau tak jaga betul boleh jadi masalah besar 👍
Jaga diri & stay safe semua! Save no ni jika ingin 24JAM! 03-3371 5005

27/03/2026

Perkhidmatan Ambulans

🎄✨ Merry Christmas ✨🎄Warm greetings and Merry Christmas fromYayasan St John Ambulans Malaysia ❤️May this festive season ...
25/12/2025

🎄✨ Merry Christmas ✨🎄

Warm greetings and Merry Christmas from
Yayasan St John Ambulans Malaysia ❤️

May this festive season bring you joy, peace, and wonderful moments with your loved ones. Thank you for your continued support and trust in our services.

🎁 Stay safe, stay healthy, and spread kindness.
Serving Humanity, Touching Lives. 🚑💖

🤝 Official Visit from ILKKM Seremban to Yayasan St. John Ambulans Malaysia (Kawasan Pantai Selangor)Hari ini kami meneri...
03/12/2025

🤝 Official Visit from ILKKM Seremban to Yayasan St. John Ambulans Malaysia (Kawasan Pantai Selangor)

Hari ini kami menerima kunjungan rasmi daripada ILKKM Seremban bagi sesi penerangan penggunaan Bariatric Ambulance serta overview of our ambulance response case flow system.

The session was both informative and engaging — penuh soalan, penuh gelak tawa kecil, dan penuh semangat untuk belajar. 🚑✨

Thank you ILKKM Seremban for the wonderful visit!🫰🏻
Semoga perkongsian ini memberi nilai tambah dan mengukuhkan lagi kerjasama untuk masa hadapan. 💙

   ⛈️⚡ “When you hear thunder… don’t try to be a hero!” ⚡⛈️The weather lately is totally unpredictable —one minute sunny...
28/11/2025

⛈️⚡ “When you hear thunder… don’t try to be a hero!” ⚡⛈️

The weather lately is totally unpredictable —
one minute sunny, next minute BOOM lightning everywhere ⚡😳

Remember:
🔥 Don’t hide under trees
🔥 Avoid using your phone in open areas
🔥 Get inside a safe place ASAP
🔥 Unplug your electrical appliances if needed

Don’t take the risk… there’s no ‘undo’ for your life.”
Stay safe, guys ❤️
For 24 hours AMBULANCE service. Please call 03-3371 5005

Address

2984A, Persiaran Raja Muda Musa
Klang
41100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ambulans Yayasan SJAM KPS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ambulans Yayasan SJAM KPS:

Share