Klinik Haafilah

Directions Website Contact the practice

Klinik Haafilah Haafilah Medicare Sdn. Bhd (1529418-U)
Antenatal 2D/5D Scan and Pink Book. Knee and Joint Pain. Weight Reduction Program. Health Screening. Vaccination.

16/08/2026

Klinik Haafilah ni dekat mana sebenarnya?
Ha! Jom kami tunjukkan!
​
πŸ“Œ Klinik Haafilah
203, Jalan 1, Taman Sri Kluang, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim
​
πŸ•— 8.00 pagi – 10.00 malam
Rehat: 1PM–2PM & 7PM–8PM
Buka setiap hari kecuali cuti umum
​
Jangan lupa save video ni sebagai panduan bila nak datang nanti! ❀️
​

14/08/2026

Kaki bengkak sewaktu mengandung, normal ke?
​
Kebiasaannya, keadaan ini normal dan berlaku akibat perubahan hormon serta tekanan daripada rahim yang semakin membesar. Namun, jika disertai mata kabur, pedih ulu hati, muntah atau bengkak di seluruh badan, segera dapatkan pemeriksaan doktor.
​
Nak tahu lebih lanjut? Tonton video ini sampai habis!
​

TAKUT NAK HADAPI MENOPAUSE? APA TANDA-TANDANYA? πŸ˜°β€‹Menopause bukan hanya tentang haid yang berhenti. Perubahan hormon jug...
13/08/2026

TAKUT NAK HADAPI MENOPAUSE? APA TANDA-TANDANYA? 😰
​
Menopause bukan hanya tentang haid yang berhenti. Perubahan hormon juga boleh menyebabkan badan terasa panas, berpeluh waktu malam, sukar tidur, jantung berdebar, kulit kering dan perut kembung.
​
Emosi juga boleh berubah. Ada yang menjadi mudah marah, sukar fokus, gelisah atau tiba-tiba berasa sedih.
​
Setiap wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza. Jika perubahan ini mula mengganggu rutin harian anda, jangan pendam seorang diri.
​
Dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor di Klinik Haafilah.
​
πŸ“² Hubungi kami: 018-255 3073
​

12/08/2026

Selepas keguguran, bila boleh cuba mengandung semula? πŸ€”
​
Nak tahu jawapannya? Jom dengarkan perkongsian daripada Dr Haafilah!
​

STICKER WARNA DALAM BUKU PINK BUKAN SEKADAR HIASAN! πŸ€°πŸ»πŸ“–Setiap warna menunjukkan tahap risiko kehamilan dan membantu petu...
04/08/2026

STICKER WARNA DALAM BUKU PINK BUKAN SEKADAR HIASAN! πŸ€°πŸ»πŸ“–

Setiap warna menunjukkan tahap risiko kehamilan dan membantu petugas kesihatan menentukan pemantauan serta tempat bersalin yang sesuai.
​
βšͺ Putih: Tiada faktor risiko dikenal pasti
🟒 Hijau: Risiko rendah, kehamilan biasanya tanpa komplikasi
🟑 Kuning: Risiko tinggi seperti anemia, darah tinggi, masalah berat badan atau hamil pertama selepas usia 35 tahun
πŸ”΄ Merah: Risiko sangat tinggi seperti kencing manis, eklampsia atau sejarah keguguran berulang
​
Penilaian warna boleh berubah mengikut keadaan ibu dan kandungan. Sebab itu, jangan abaikan pemeriksaan antenatal dan temujanji susulan walaupun anda berasa sihat.
​
Belum buka Buku Pink atau perlukan pemeriksaan kehamilan?
πŸ“² Hubungi Klinik Haafilah sekarang untuk mendapatkan maklumat lanjut: 018-255 3073
​

03/08/2026

Prosedur rawatan sedut air bisa di lutut
​

BATUK DAH LEBIH 2 MINGGU? JANGAN ANGGAP BIASA! πŸ˜·β€‹Batuk yang berlarutan mungkin berpunca daripada jangkitan yang belum se...
31/07/2026

BATUK DAH LEBIH 2 MINGGU? JANGAN ANGGAP BIASA! 😷
​
Batuk yang berlarutan mungkin berpunca daripada jangkitan yang belum sembuh, asma, alahan, GERD atau masalah paru-paru seperti TB.
​
Lebih membimbangkan jika disertai dengan:
⚠️ Sesak nafas
⚠️ Demam berpanjangan
⚠️ Kahak berdarah
⚠️ Sakit dada
⚠️ Berat badan turun tanpa sebab
​
Jangan hanya bergantung pada ubat batuk tanpa mengetahui punca sebenar. Dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera, terutama jika batuk semakin teruk atau mengganggu aktiviti harian.
​
πŸ“² Hubungi Klinik Haafilah di 018-2553073 untuk mendapatkan pemeriksaan.
​

PEDIH ULU HATI ASYIK DATANG LEPAS MAKAN? πŸ”₯​Pemilihan makanan yang betul boleh membantu mengurangkan simptom GERD seperti...
30/07/2026

PEDIH ULU HATI ASYIK DATANG LEPAS MAKAN? πŸ”₯
​
Pemilihan makanan yang betul boleh membantu mengurangkan simptom GERD seperti rasa panas di dada, perut tidak selesa dan rasa masam naik ke tekak.
​
Cuba pilih makanan yang lebih ringan seperti:
πŸ₯© Daging tanpa lemak
πŸ₯¦ Sayur-sayuran
πŸ₯š Putih telur
🌾 Bijirin oat
🫚 Halia
​
Namun, pencetus GERD berbeza bagi setiap individu. Makanan tinggi lemak, termasuk avokado, boleh menyebabkan simptom menjadi lebih teruk bagi sesetengah orang.
​
Jika pedih ulu hati kerap berlaku, mengganggu tidur atau disertai susah menelan, muntah berterusan dan penurunan berat badan, segera dapatkan pemeriksaan doktor.
πŸ“² Hubungi Klinik Haafilah di 018-255 3073 untuk temujanji.
​

ANAK-ANAK SAKIT, JANGAN ANGGAP BIASA! πŸ˜°β€‹Batuk, selesema, demam, cirit-birit atau ruam mungkin nampak seperti sakit biasa...
28/07/2026

ANAK-ANAK SAKIT, JANGAN ANGGAP BIASA! 😰
​
Batuk, selesema, demam, cirit-birit atau ruam mungkin nampak seperti sakit biasa. Tetapi simptom ini juga boleh menjadi tanda penyakit berjangkit seperti RSV, rotavirus, influenza dan HFMD.
​
Perhatikan tanda-tanda berikut:
⚠️ Nafas laju, berbunyi atau sukar bernafas
⚠️ Cirit-birit berair dan muntah berulang
⚠️ Demam tiba-tiba, sakit badan dan terlalu letih
⚠️ Ulser dalam mulut serta ruam atau lepuh pada tangan dan kaki
​
Penyakit berjangkit mudah merebak, terutama di taska dan sekolah. Jika anak semakin lemah, kurang minum, kurang aktif atau simptom bertambah teruk, jangan tunggu terlalu lama.
​
Kenali tanda awal dan dapatkan pemeriksaan sebelum keadaan menjadi lebih serius.
​
πŸ“² Hubungi Klinik Haafilah: 018-255 3073
​

27/07/2026

ADA CYST MASA MENGANDUNG, BAHAYA KE?! 😰
​
Tenang dulu. Kebanyakan cyst pada awal kehamilan ialah corpus luteal cyst yang membantu menyokong kandungan dan kebiasaannya akan hilang dengan sendiri
​
Namun, pemeriksaan doktor tetap penting untuk mengenal pasti jenis cyst dan memantau saiznya, terutama jika cyst tersebut besar atau semakin membesar.
​
Segera dapatkan pemeriksaan jika mengalami:
⚠️ Sakit perut yang kuat secara tiba-tiba
⚠️ Pendarahan
⚠️ Pening atau rasa hendak pitam
​
Ada cyst ketika mengandung? Jangan abaikan temujanji susulan dan pemantauan doktor.
​

Address

Klinik Haafilah, No 203, Jalan 1, Taman Sri Kluang
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Haafilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Haafilah:

Shortcuts

Share

Category