11/06/2026
๐ท JEMPUTAN LIVE PETANG INI โ PART 4 (AKHIR) PROPHETIC PARENTING
๐ โKisah Nabi Mempengaruhi Akal dan Jiwa Anak: Kaedah Didikan Para Nabiโ
Ibu ayah,
Semalam kita belajar kisah Kifl (Zulkifli) dan kisah si belang, si botak dan si buta daripada hadis sahih.
Kita melihat bagaimana Rasulullah ๏ทบ mendidik manusia bukan hanya dengan arahan, tetapi melalui kisah yang menyentuh hati dan membentuk jiwa.
Anak mungkin terlupa apabila kita berkata:
โ Jangan sombong.
โ Jangan kedekut.
โ Bersyukurlah.
Tetapi apabila mereka mendengar kisah yang penuh ibrah, pengajaran itu hidup dalam akal dan jiwa mereka.
โจ Kisah Kifl mengajar anak tentang taubat dan rahmat Allah.
โจ Kisah si belang, si botak dan si buta mengajar anak tentang syukur, amanah dan bahaya kufur nikmat.
โจ Kisah keluarga Nabi Ibrahim mengajar anak tentang tauhid, pengorbanan, ketaatan dan cinta kepada Allah melebihi segala-galanya.
Inilah rahsia mengapa Allah SWT memenuhi Al-Quran dengan kisah-kisah para Nabi.
Firman Allah SWT:
โDan semua kisah para rasul yang Kami ceritakan kepadamu adalah untuk meneguhkan hatimuโฆโ
(Surah Hud: 120)
โค๏ธ Petang ini kita akan menutup siri Prophetic Parenting Part 4 (Akhir) dengan memahami bagaimana kisah-kisah Nabi menjadi alat tarbiah yang membentuk akal, menghidupkan jiwa dan melahirkan generasi soleh.
๐ Khamis | 11 Jun 2026
โฐ 4.00 Petang โ 5.00 Petang
๐ TikTok Ustazah Nazirah | Tadika Pintar Soleh
Didik anak dengan kisah Nabi. Kuatkan akal mereka. Hidupkan jiwa mereka. Tanamkan iman dalam hati mereka.
๐ท Jumpa petang ini, insya-Allah. Semoga Allah menjadikan anak-anak kita generasi yang mengenal Allah, mencintai Rasulullah ๏ทบ dan berakhlak mulia. ๐คฒ