SAUDEY Afiat

SAUDEY Afiat SAUDEY Afiat -Milik Penuh SAUDEY ANJAM (M) SDN.BHD.Vendor produk kesihatan yang penuh khasiat.
#

Betulkan yang biasa,biasakan yang betul masa pengambilan ubat anda.
05/02/2025

Betulkan yang biasa,biasakan yang betul masa pengambilan ubat anda.

Antara Produk HPA yang berasaskan herba terpilih.
09/11/2024

Antara Produk HPA yang berasaskan herba terpilih.

09/11/2024
Kenangan 20 tahun lalu ketika bersama HPA Industries secara sambilan.Setelah bersama mereka hampir setahun,diberi peluan...
08/11/2024

Kenangan 20 tahun lalu ketika bersama HPA Industries secara sambilan.

Setelah bersama mereka hampir setahun,diberi peluang mengikuti Holistics Healing Courses(HHC) berdasar Doktrin Perubatan Ibnu sina di Institut Latihan Herba Al-Wahidah (INTIBAH) Jejawi,Perlis di bawah bimbingan rektornya Tuan Hj.Ismail Hj.Ahmad.

Biar pun kelas teorinya singkat namun praktikalnya selama 5 tahun dengan testimoni pesakit yang bukan sedikit.

Alhamdulillah dengan pengalaman yang tak seberapa itu,dapat juga dimanfaatkan kepada diri sendiri juga keluarga terdekat dan rakan-rakan yang memerlukan sebagai ikhtiar alternatif terakhir perubatan apabila perubatan lain tidak menampakkan seperti diharapkan.

Namun perlu diingat bahawa mencegah itu lebih baik dari merawat atau mengubat.Dalam lambakan produk kesihatan masa ini,perlulah berhati-hati apabila mengambilnya sebagai makanan tambahan.Dapatkan kepastian produk dari Biro Farmasiutikal KKM demi keselamatan/kesihatan.

Justeru,setiap individu perlu punya asas kefahaman mengenai pemakanan dan pengambilan suplemen selain mengamalkan gaya hidup sihat.

Fahamilah sedikit sebanyak sistem anatomi,farmakologi etc. juga beberapa kaedah perubatan alternatif secara alamiah dan Ilahiah...Setidaknya dapat juga membantu diri sendiri,keluarga dan rakan-rakan yang memerlukan.
.
.

Salam Jumaat...

Mutakhir ini setiap hari ada sahaja kedengaran orang yang sakit dan kesakitan.Sakit  berbagai penyakit dan kesakitan ker...
25/10/2024

Mutakhir ini setiap hari ada sahaja kedengaran orang yang sakit dan kesakitan.Sakit berbagai penyakit dan kesakitan kerana sakit.

Justeru,kita tidak semestinya hanya bergantung kepada perubatan modern semata.Kaedah perubatan alternatif juga perlu diambil kira.

Dalam pendekatan alternatif Holistic Healing,ia lebih kepada perkuatkan sistem pertahanan tubuh melawan penyakit untuk kesembuhan.Fokus kepada punca penyakit berbanding hanya merawat tanda sakit.

Pengambilan suplimen tambahan atau herba terpilih juga dapat membantu tubuh perkuatkan sistem pertahanannya sendiri.

Namun diagnosa yang tepat sebelumnya sangatlah penting apabila mengambil sebarang produk kesihatan.

10/06/2024
06/07/2023

SAUDEY Afiat menghentikan operasi ketika COVID 19 melanda negeri.Bakal diaktifkan kembali seiring MADANI Afiat nanti.

06/07/2023

Ada sudah juga p**a MADANI Afiat...

06/04/2023

SAUDEY Afiat berhenti rehat ketika COVID melanda di segenap tempat...In Shaa Allah akan diaktifkan kembali selepas raya nanti.

17/08/2021

BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO COVID-19 APABILA ANDA BERKONGSI KERETA

Anda mempunyai risiko untuk mendapat Covid-19 di dalam kereta jika ada penumpang lain yang membawa virus.Virus boleh hadir di dalam droplet yang keluar dari pernafasan, pertuturan, batuk dan bersin dari seseorang yang dijangkiti. Droplet yang besar akan jatuh ke permukaan, tetapi droplet yang kecil dan aerosol akan berterbangan di udara sehingga 1 jam.

Berikut adalah beberapa petua bagaimana anda boleh mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 apabila berkongsi kereta (hasil kajian penyelidik di Universiti Swansea):

1. Memakai topeng muka tidak memberi jaminan 100% anda tidak dijangkiti tetapi sangat bermanfaat. Pembawa virus yang memakai topeng muka dapat mengurangkan penyebaran partikel virus sebanyak 90% dan jika anda juga memakai mask, maka tentu kadar jangkitan dapat dikurangkan dengan banyak. Memakai faceshield ataupun pelitup muka (face cover) dapat menurunkan lagi kadar penyebaran partikel virus dan jangkitan. Jadi anda ada hak untuk menyarankan penumpang lain memakai topeng muka.

2. Jarakkan kedudukan anda dengan penumpang lain. Duduk pada kedudukan sejauh yg mungkin dari penumpang lain. Jangan kongsi kenderaan dengan ramai penumpang.

3. Cuci tangan anda sebelum dan selepas menumpang kereta dan jika itu adalah kereta anda, cuci permukaan dan bahagian2 yang dipegang oleh penumpang termasuk handle dan tali pinggang keledar.

4. Kajian menunjukkan membuka tingkap selama 10 saat sekali sekala dapat mengurangkan pengump**an partikel virus sebanyak 97%. Apabila tingkap kereta dibuka, akan berlaku perbezaan tekanan di dalam dan luar kereta sehingga partikel di dalam kereta akan disedut keluar.

5. Memandu kereta secara perlahan memberi peluang yang lebih besar kepada partikel virus untuk berkumpul, jadi jika anda memandu kurang daripada 30 km/jam, adalah lebih baik membuka kesemua tingkap. Pemanduan yang perlahan juga menyebabkan perbezaan tekanan luar dan dalam lebih kecil, jadi kesan sedutan lebih rendah. Tetapi perlu ingat bahawa membuka kesemua tingkap boleh p**a membawa mudarat lain iaitu pencemaran luar yang masuk.

6. Jika anda memandu kenderaan lebih laju, tidak perlu membuka kesemua tingkap. Sudah memadai jika sekali sekala anda membuka dua tingkap yang bertentangan, contoh satu di depan kanan dan satu di belakang kiri. Ini dilakukan setiap 10-15 minit, selama 10 saat, ataupun semasa mana2 penumpang bersin dan batuk.

7. Duduk di kerusi depan kereta mempunyai risiko jangkitan yang lebih rendah kerana arah pergerakan udara dari depan ke belakang akan mengumpulkan partikel di bahagian belakang kereta. Jika penumpang terpaksa duduk di belakang, pilih tempat duduk yang bertentangan dengan tingkap yang dibuka.

8. Di samping kaedah-kaedah di atas, jika anda atau/dan penumpang lain sudah mengambil vaksin Covid-19, risiko jangkitan tentu sangat minima.

9. Tidak berkongsi kereta dengan orang yang anda tidak kenali lebih-lebih lagi jika anda berada di tempat yang virus ini sudah merebak di dalam komuniti. Jika anda terpaksa juga, sebaik2nya pakai topeng muka berlapis ataupun digabungkan denga faceshield. Berdoalah semoga tidak ada penumpang lain yang membawa virus.

10. CDC juga mencadangkan jika anda perlu amalkan “car pooling’, lakukan bersama orang yang sama dan lebih digalakkan tidak memasang penghawa dingin sebaliknya menggunakan aliran angin sahaja ataupun tingkap sentiasa dibuka.

Dato Dr Rushdan Noor

Artikel ini diambil dari page
Medical Mythbusters Malaysia

https://www.google.com/amp/s/www.bbc.com/news/uk-wales-58202468.amp

Guna jalan laut dgn CTSI,sudah sampai sini...Rakan2 pelanggan boleh dapatkan hari ini...
14/03/2021

Guna jalan laut dgn CTSI,sudah sampai sini...Rakan2 pelanggan boleh dapatkan hari ini...

Address

Jalan Nikmat 4
Kota Belud
89158

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+601112061216

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SAUDEY Afiat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to SAUDEY Afiat:

Shortcuts

Share