Wakaf Assyifa Kota Bahru Kelantan

Wakaf Assyifa Kota Bahru Kelantan perubatan alternatif secara islamiah untuk semua yang memerlukan. perubatan spiritual dan juga jas

Tiada yg lebih hebat daripada kuasa Allah. setelah bertahun lama bertarung dgn saka sampai menjadi ibarat kain buruk dir...
20/10/2025

Tiada yg lebih hebat daripada kuasa Allah. setelah bertahun lama bertarung dgn saka sampai menjadi ibarat kain buruk dirumah.. Beban pd anak2 cucu tp hanya Allah saja tahu beban pd pemiik saka. Dgn izin Allah, beliau selamat di kebumikan dan pemergian lancar tanpa aib pd keluarga. Alhamdulillah..

Pocong (cokelat heks) yg digunakan utk menzalimi org2 oleh pengamal ilmu hitam.. dibotolkan dari badan pesakit..
04/07/2024

Pocong (cokelat heks) yg digunakan utk menzalimi org2 oleh pengamal ilmu hitam.. dibotolkan dari badan pesakit..




02/12/2023

Bismillahirrahmanirrahim

Perasan tak dalam rumahtangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal, kerap prasangka buruk pada pasangan, isu kecil pun boleh jadi isu besar. Tengok muka pasangan pun rasa meluat, tapi dalam hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Hah, bila keadaan ini berlaku, salah satunya adalah berpunca daripada jin/ syaitan penghasut yang bernama "Dasim".

Perlu Tahu Mengenai "Dasim"

1.Dasim adalah iblis yang tak s**a suami isteri dan keluarga aman dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.

2.Selalunya kes rumahtangga Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan. Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak tak sefahaman tanpa sebab!

3.Si Dasim ni, kerja dia s**a buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang tu takkan diam diri, bila terasa hati sikit je terus akan turut berperang mulut, keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras.Kesannya rumah tangga yang dibina tu akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.

4. Dasim s**a menghasut terutama pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yang sering alami emosi tidak menentu.

5. Dasim ni terlalu jahat hingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab.

Pergaduhan dan perselisihan didalam rumahtangga memang hasutan dan kerja syaitan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dengan mendekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan hasutan ini.

10/04/2023

Kalau Anda Tidur Kena “Tindih”

a. Jika anda tidur dan terasa seperti kena “tindih”, mungkin apa yang anda alami adalah kesan psikologi semata-mata akibat stress. Setiap masalah hidup yang menimpa boleh mengakibatkan gangguan fungsi organ tubuh. Reaksi tubuh ini dinamakan “stress” manakala “depress” adalah reaksi kejiwaan seseorang terhadap stress yang dialami. Reaksi kejiwaan lain yang mempunyai hubungan dengan stress ialah kecemasan (anxiety). Lumrahnya, cara gangguan stress berlaku tidak jelas dan sering tidak disedari. Walaupun demikian, pada peringkat teruk ia boleh melahirkan rasa takut dan panik yang tidak jelas puncanya, malah ia boleh menyebabkan gangguan sistem pencernaan, mengalami masalah tidur dan berlakunya mimpi-mimpi ngeri sama ada pada mula-mula terlena ataupun ketika sedang nyenyak tidur.

Allah s.w.t. menjadikan manusia itu terdiri daripada 3 unsur utama, iaitu jasad, roh dan akal. Biarpun depress sering dikaitkan dengan reaksi kejiwaan seseorang akibat stress yang dialami, apabila berlaku simptom-simptom stress seperti rasa takut, gangguan tidur dan sebagainya, ia tidak mempunyai simptom-simptom lain seperti debaran jantung yang keras, sesak nafas, dingin, gementar dan tidak mengalami gangguan sistem pencernaan.

b. Apabila ada punca lain yang perlu dicari dan dianalisis, lebih-lebih lagi apabila masalah berlaku ketika tidur, rasa ditindih menyebabkan seseorang tidak bernafas, tidak boleh menjerit ataupun bersuara. Pada ketika tertentu, seseorang itu melihat lembaga hitam.. Pengalaman sebegitu andainya ia berlaku, ia terjadi hanya sekali. Ia mungkin berlaku akibat kesan psikologi, dan apa yang dilihat hanya ilusi semata-mata. Walaupun demikian, apabila ia berlaku berulang kali, ada kemungkinan ia berlaku akibat daripada gangguan iblis dan syaitan.

c. Ketika tidur, jasad manusia berada di pembaringan. Akal manusia tetap wujud, tetapi tidak aktif, berfungsi atau mempunyai ikhtiar seperti ketika manusia dalam keadaan berjaga. Ketika inilah makhluk yang asal kejadiannya daripada api menyerang manusia, iaitu menyerang roh tadi menyebabkan berlakunya gangguan-gangguan seperti mimpi-mimpi yang menakutkan. Ilusi semata-mata s**ar untuk dikaitkan dengan gangguan organ tubuh yang boleh menyebabkan seseorang itu terasa terhimpit atau tertindih, s**ar bernafas, tidak boleh bergerak ataupun bersuara, tetapi boleh terjaga apabila dia berupaya membaca ayat al-Quran.

Address

Kota Bharu
15670

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601119322719

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wakaf Assyifa Kota Bahru Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share