02/08/2026
PROGRAM WELLNESS ON WHEELS (WOW) SEMPENA PROGRAM BERJALAN MALAM (BERSANTAI TANPA PIL @ KOTA BHARU)
Wellness Hub Kelantan melalui medium promosi kesihatan bergerak, Wellness on Wheel (WoW) telah menjalankan saringan dan konsultasi InBody sempena Program Berjalan Malam (Bersantai Tanpa Pil) pada 31 Julai 2026, bertempat di Dataran Muammadi, Kota Bharu.
Antara perkhidmatan yang disediakan:
β
Timbang Komposisi Badan
Bukan sekadar berat badan! Peserta dapat mengetahui peratusan lemak, j***m otot serta tahap lemak visceral yang penting untuk dipantau.
β
Konsultasi Kesihatan Individu
Sesi bimbingan secara peribadi dengan perkongsian tip gaya hidup sihat yang praktikal dan mudah diamalkan di rumah, berdasarkan keputusan saringan yang diperoleh.
π‘ Kesihatan adalah aset paling berharga. Dengan memantau keadaan tubuh secara berkala dan mengamalkan gaya hidup sihat, kita dapat kekal aktif, berdikari dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik terutamanya apabila usia semakin meningkat. Jadilah lebih cakna terhadap kesihatan diri, kerana pencegahan sentiasa lebih baik daripada rawatan.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong usaha kami dalam meningkatkan kesedaran kesihatan komuniti π