Klinik Tegoh - Dr Amir Johaniff

Klinik Tegoh - Dr Amir Johaniff Klinik keluarga yang memfokuskan pada pembedahan kecil.

Waktu Operasi (Sabtu-Khamis)
9.00 pagi - 1.00 tgh hari
2.00 ptg - 5.30 ptg
8.00 mlm - 10.00 mlm

Jumaat : Tutup General practition clinic with interest in
- minor surgery
- wound care
- pre and postnatal care
- skin disease management

Daulat Tuanku πŸ‘‘πŸ€΄Klinik Tegoh merafak sembah dan menjunjung kasih, serta mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan ke...
01/06/2026

Daulat Tuanku πŸ‘‘πŸ€΄

Klinik Tegoh merafak sembah dan menjunjung kasih, serta mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan ke atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga pemerintahan Tuanku terus diberkati dan negara kita kekal aman, bersatu, dan makmur di bawah naungan Seri Paduka Baginda.

πŸ“£ Klinik Tegoh dibuka seperti biasa.

πŸ₯©π—§π—œπ—£ π— π—˜π—‘π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§π—žπ—”π—‘ π—žπ—›π—”π—¦π—œπ—”π—§ π—›π—œπ——π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π——π—”π—šπ—œπ—‘π—šBagi memastikan penyerapan zat besi daripada hidangan daging dapat dioptimumkan...
01/06/2026

πŸ₯©π—§π—œπ—£ π— π—˜π—‘π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§π—žπ—”π—‘ π—žπ—›π—”π—¦π—œπ—”π—§ π—›π—œπ——π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π——π—”π—šπ—œπ—‘π—š

Bagi memastikan penyerapan zat besi daripada hidangan daging dapat dioptimumkan, amalkan langkah berikut:

1️⃣ Tambahkan perahan limau ke dalam hidangan daging
2️⃣ Minum air limau semasa menikmati hidangan
3️⃣ Jarakkan pengambilan minuman berkafein sebelum atau selepas makan

Nikmati juadah Hari Raya Aidiladha dengan lebih sihat dan seimbang bersama keluarga tersayang ✨

Credit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalamualaikum & salam sejahtera πŸ“£ Klinik beroperasi seperti biasa pada hari ini.
30/05/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera πŸ“£

Klinik beroperasi seperti biasa pada hari ini.

Assalamualaikum & salam sejahtera πŸ“£πŸ“£πŸ“£Klinik akan ditutup pada 27/5/2026 (Rabu)- 28/5/2026 (Khamis) sempena Hari Raya Aid...
26/05/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera πŸ“£πŸ“£πŸ“£

Klinik akan ditutup pada 27/5/2026 (Rabu)- 28/5/2026 (Khamis) sempena Hari Raya Aidiladha.

Klinik akan kembali beroperasi pada 30/5/2026 (Sabtu)

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha daripada kami warga Klinik Tegoh. 🎊

STROK BUKAN SEMUA SAMA-Mulut tiba-tiba senget.-Tangan sebelah badan jadi lemah.-Cakap mula pelo.-Keluarga p**a kata, β€œMu...
25/05/2026

STROK BUKAN SEMUA SAMA

-Mulut tiba-tiba senget.
-Tangan sebelah badan jadi lemah.
-Cakap mula pelo.
-Keluarga p**a kata, β€œMungkin angin biasa kot.”

Jangan ambil ringan.

Dalam otak, strok boleh berlaku kerana dua keadaan besar.

Pertama, strok iskemia. Ini berlaku apabila salur darah ke otak tersumbat. Darah tak sampai, oksigen tak cukup, sel otak mula rosak.

Kedua, strok hemoragik. Ini berlaku apabila salur darah dalam otak pecah atau bocor. Darah keluar dan menekan tisu otak.

Satu macam paip tersumbat.
Satu lagi macam paip pecah.

Tapi dari luar, kedua-duanya boleh nampak hampir sama. Muka senget, tangan lemah, percakapan pelo, keliru, hilang imbangan, penglihatan terganggu atau sakit kepala tiba-tiba yang sangat kuat.

Sebab itu jangan cuba teka sendiri di rumah. Jangan urut. Jangan tidur dulu. Jangan tunggu β€œtengok esok macam mana”. Jangan bagi ubat sesuka hati, termasuk ubat cair darah, sebelum doktor sahkan jenis strok.

Strok perlu diperiksa segera di hospital. Biasanya doktor perlu buat pemeriksaan dan imbasan seperti CT scan untuk bezakan sama ada salur darah tersumbat atau berlaku pendarahan.

Ingat tanda BE FAST:

B - Balance, tiba-tiba hilang imbangan
E - Eyes, penglihatan kabur atau hilang
F - Face, muka senget
A - Arm, tangan lemah sebelah
S - Speech, cakap pelo atau susah faham
T - Time, terus bertindak

Dalam strok, masa bukan sekadar emas.
Masa ialah sel otak yang sedang mati satu demi satu.

Kalau ada tanda strok, terus hubungi 999 atau pergi ke Jabatan Kecemasan.

Jangan tunggu strok jadi β€œjelas”.
Bila tanda sudah muncul, itu sudah cukup serius.

CREDIT: PUBLIC HEALTH MALAYSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera. πŸ“£πŸ“£Klinik akan ditutup pada 21/5/2026 (Khamis) & 23/5/2026 (Sabtu). Klinik akan kembal...
20/05/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera. πŸ“£πŸ“£

Klinik akan ditutup pada 21/5/2026 (Khamis) & 23/5/2026 (Sabtu).

Klinik akan kembali beroperasi pada 24/2026 (Ahad).

19/05/2026

Pesakit datang ke klinik dengan mengadu kebas dan sakit pada pergelangan tangan serta jari tangan. Setelah pemeriksaan dilakukan, pesakit mengalami Carpal Tunnel Syndrome (CTS), iaitu keadaan di mana saraf di pergelangan tangan mengalami tekanan.

Rawatan suntikan telah diberikan oleh Doktor Amir untuk membantu mengurangkan keradangan dan melegakan simptom pesakit.

APA ITU CARPAL TUNNEL SYNDROME (CTS)?

Carpal Tunnel Syndrome berlaku apabila saraf median di pergelangan tangan terhimpit akibat bengkak atau tekanan dalam β€œcarpal tunnel”.

Keadaan ini boleh menyebabkan:

βœ”οΈ Kebas atau semut-semut pada ibu jari, jari telunjuk & jari tengah
βœ”οΈ Sakit pergelangan tangan terutama waktu malam
βœ”οΈ Tangan rasa lemah atau mudah terlepas barang
βœ”οΈ Rasa mencucuk atau berdenyut hingga ke lengan

Siapa yang berisiko?

πŸ”Ή Individu yang banyak menggunakan tangan secara berulang
πŸ”Ή Pengguna komputer / telefon yang lama
πŸ”Ή Pekerja kilang, tukang jahit, pemandu
πŸ”Ή Ibu mengandung
πŸ”Ή Pesakit diabetes atau masalah tiroid

Dalam video dibawah, Doktor Amir telah melakukan suntikan pada pergelangan tangan pesakit sebagai salah satu rawatan untuk membantu mengurangkan simptom Carpal Tunnel.

Selepas rawatan dilakukan, pesakit diberi ubatan dan rawatan susulan bagi memantau keadaan pesakit.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Carpal Tunnel dan rawatannya, anda boleh hubungi kami di:

πŸ“ž Hubungi kami di 09-7409681 /
πŸ“²https://wa.me/601155001882

β€œKenapa bila sakit, doktor tak bagi terus antibiotik?”Sebab bukan semua sakit perlukan antibiotik.Ramai orang fikir bila...
18/05/2026

β€œKenapa bila sakit, doktor tak bagi terus antibiotik?”

Sebab bukan semua sakit perlukan antibiotik.

Ramai orang fikir bila demam, batuk, selesema atau sakit tekak, antibiotik itu tanda rawatan yang lebih kuat. Seolah-olah kalau tak dapat antibiotik, rawatan itu tak cukup.

Hakikatnya, banyak penyakit biasa pada peringkat awal berpunca daripada virus. Antibiotik tidak membunuh virus. Jadi kalau antibiotik diberi tanpa sebab yang betul, ia bukan mempercepatkan sembuh pun.

Doktor biasanya akan nilai keadaan pesakit dahulu. Ada sakit yang cukup dengan rehat, minum air, ubat demam, ubat untuk kurangkan simptom dan pemantauan. Bila gejala makin teruk, berlarutan, atau mula ada tanda jangkitan bakteria, barulah antibiotik mungkin diperlukan.

Sebab itu ada pesakit yang tidak diberi antibiotik pada lawatan pertama, tetapi diberi kemudian bila keadaan berubah. Itu bukan rawatan tidak konsisten. Itu rawatan yang disesuaikan dengan keadaan pesakit.

Doktor bukan kedekut ubat.

Doktor sedang cuba elakkan antibiotik digunakan secara salah.

Bila antibiotik diambil sesuka hati, badan boleh mengalami kesan sampingan. Lebih membimbangkan, kuman boleh menjadi kebal. Satu hari nanti, bila kita benar-benar perlukan antibiotik, ubat itu mungkin sudah tidak lagi berkesan.

Jadi bila doktor tidak terus beri antibiotik, jangan terus fikir rawatan itu tidak bagus.

Kadang-kadang rawatan terbaik bukan ubat paling kuat.

Tetapi ubat yang paling tepat untuk punca sebenar sakit kita.

Antibiotik bukan untuk semua sakit.

Yang penting bukan cepat dapat antibiotik.

Yang penting, dapat rawatan yang betul.

CREDIT: PUBLIC HEALTH MALAYSIA

Diabetes bukan hanya tentang gula tetapi ia boleh memberi kesan kepada jantung, buah pinggang dan mata. Ramai yang tidak...
11/05/2026

Diabetes bukan hanya tentang gula tetapi ia boleh memberi kesan kepada jantung, buah pinggang dan mata. Ramai yang tidak sedar mereka menghidap diabetes sehingga komplikasi berlaku. Pemeriksaan awal boleh membantu mencegah komplikasi diabetes. Jom kenali risiko diabetes hari ini.

Diabetes terjadi bila tubuh tidak dapat mengawal kadar gula darah dengan baik. Puncanya bergantung pada jenis diabetes, tetapi secara umum ia melibatkan masalah hormon insulin iaitu sama ada insulin tidak cukup, atau badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin.

Antara penyebab dan faktor risiko utama:

Diabetes jenis 1

Sistem imun menyerang sel penghasil insulin di pankreas.
Biasanya bermula sejak kanak-kanak atau remaja, tetapi boleh berlaku pada orang dewasa.
Faktor genetik dan kemungkinan jangkitan virus tertentu boleh memainkan peranan.

Diabetes jenis 2

Ini jenis yang paling biasa. Faktor yang meningkatkan risiko termasuk:

-Berat badan berlebihan atau obesiti
-Kurang aktiviti fizikal
-Pemakanan tinggi gula, minuman manis, dan makanan ultra-proses
-Sejarah keluarga diabetes
-Umur meningkat
-Tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi
-Kurang tidur dan stres kronik
-Merokok

Dalam diabetes jenis 2, badan menjadi β€œkebal insulin” (insulin resistance), jadi gula terkumpul dalam darah.

Diabetes semasa hamil
Gestational Diabetes boleh berlaku ketika hamil kerana perubahan hormon yang mengganggu tindakan insulin.

Boleh dicegah?

Untuk diabetes jenis 2, risiko boleh dikurangkan dengan:

-Menjaga berat badan sihat
-Kurangkan minuman bergula
-Banyakkan sayur, serat, dan makanan kurang proses
-Bersenam secara berkala
-Tidur cukup
-Pemeriksaan kesihatan berkala, terutama jika ada sejarah keluarga

CREDIT: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Carbuncle di belakang badan pesakitCarbuncle ialah sekump**an bisul yang bercantum menjadi satu kawasan jangkitan yang l...
07/05/2026

Carbuncle di belakang badan pesakit

Carbuncle ialah sekump**an bisul yang bercantum menjadi satu kawasan jangkitan yang lebih besar. Ia biasanya muncul sebagai benjolan merah, bengkak, panas, sangat sakit, dan mempunyai beberapa β€œmata” atau lubang kecil tempat nanah keluar. Selalunya ia muncul di belakang leher, belakang badan, punggung atau paha.

⚠️ Siapa yang berisiko?

β€’ Pesakit diabetes
β€’ Individu obes
β€’ Kurang penjagaan kebersihan kulit
β€’ Sistem imun lemah
β€’ Kerap berpeluh atau geseran pakaian

Seorang pesakit telah datang ke klinik dan mengadu sakit disebabkan ada ketulan besar di belakang badan. Pesakit mendapati ketulan tersebut semakin bengkak dan kemerahan.

Setelah diperiksa oleh Doktor Amir, ketulan tersebut dipanggil carbuncle telah dibuang melalui pembedahan kecil. Prosedur dilakukan di bawah bius setempat di kawasan carbuncle tersebut. Doktor juga telah mengeluarkan nanah yang ada dan tisu mati juga dibuang.

Gambar dibawah merupakan pembedahan kecil membuang carbuncle pada belakang badan pesakit. pesakit juga diberi ubatan dan rawatan susulan untuk memantau keadaan luka pembedahan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Pembedahan Kecil, anda boleh hubungi kami di:
πŸ“ž Hubungi kami di 09-7409681 /
πŸ“²https://wa.me/601155001882

Address

Lot 2007/Blok A, Seksyen 37, Jalan Pengkalan Chepa
Kota Bharu
15400

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+6097409681

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Tegoh - Dr Amir Johaniff posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Tegoh - Dr Amir Johaniff:

Shortcuts

Share

Category