02/08/2026
BERTAHUN DAH PAKAI SPEK, TAPI..
TAK PERNAH CHECK MATA BETUL-BETUL?!
Ramai ingat bila mata mula kabur, itu tanda kena tukar cermin mata baru.
Hakikatnya, tak semua masalah kabur adalah disebabkan rabun makin bertambah.
Ada masalah kabur yang memerlukan solusi yang lebih tepat selain tukar cermin mata semata!
Sebenarnya, pemeriksaan mata yang lengkap bukan sekadar semak power cermin mata.
Melalui pemeriksaan mata, kita juga boleh:
✅Menilai kesihatan retina (saraf mata).
✅Mengesan tanda awal glaukoma yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan secara kekal.
✅Melihat perubahan akibat diabetes atau tekanan darah tinggi.
✅Mengesan katarak, masalah makula, kerosakan saraf optik dan pelbagai penyakit mata lain.
✅Menilai keadaan kornea, tekanan mata dan keseluruhan struktur mata.
Yang membimbangkan, banyak penyakit mata pada peringkat awal tidak menunjukkan simptom. Penglihatan mungkin masih nampak jelas, tetapi kerosakan sebenarnya sedang berlaku.
Banyak kes yang kami jumpa, sebenarnya cermin mata sudah tidak dapat bantu penglihatan dek kerana penyakit mata yang sudah pada tahap kritikal.
Jangan pandang remeh perihal masalah mata.
Jadikan rutin PEMERIKSAAN MATA LENGKAP setiap kali ingin menukar cermin mata baru.
Kunjungi CIK SITI OPTOMETRY, Bandar Baru Tunjong Kota Bharu bagi mendapatkan KHIDMAT OPTOMETRI SEBENAR. Kerana kami ‘bukanlah sekadar menjual cermin mata’
Ketahui dahulu STATUS KESIHATAN MATA anda dan semestinya proses tempahan cermin mata baru dengan LEBIH YAKIN.
☎️09-7449477
📲011-57710577