Primer Cherang

Call Directions Website Contact the practice

Primer Cherang UNTUK PERTANYAAN BERKAITAN SERVIS KLINIK
✔️ HUBUNGI/CALL : 09-747 2227 / 018-222 7466
✔️ WHATSAPP : 018-222 7466


PRIMER CHERANG CLINIC SDN. BHD.
(313)

(1060649-W)
We are fully committed and care about your health.

𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐁 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍Mungkin ada antara kita yang tidak mengetahui, Primer Cherang Rehab Centre...
10/09/2026

𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐁 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍

Mungkin ada antara kita yang tidak mengetahui, Primer Cherang Rehab Centre menyediakan perkhidmatan rehabilitasi secara menyeluruh bagi membantu pesakit memulihkan pergerakan, meningkatkan fungsi tubuh dan menjalani kehidupan harian dengan lebih yakin.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk:

✅ Fisioterapi
✅ Terapi cara kerja
✅ Terapi pertuturan
✅ Audiologi
✅ Terapi psikologi
✅ Rawatan awal autisme
✅ Pemulihan sendi dan tulang belakang
✅ Program rehabilitasi mengikut keperluan individu

Primer Cherang Rehab Centre diuruskan oleh barisan doktor serta pakar yang komited untuk membantu pemulihan pesakit-pesakit:

• 𝐃𝐫. 𝐑𝐚𝐡𝐢𝐦𝐢𝐞 𝐒𝐚𝐲𝐮𝐭𝐭𝐢
• 𝐃𝐫. 𝐒𝐚𝐟𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐢𝐟𝐮𝐝𝐢𝐧
• 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐨𝐫 𝐌𝐚𝐝𝐲𝐚 𝐃𝐫. 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐇𝐚𝐟𝐢𝐳 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐟𝐢

Dengan kemudahan rawatan yang bersesuaian, berteknologi dengan tenaga rehabilitasi terlatih serta pemantauan profesional, setiap program pemulihan dirancang berdasarkan penilaian keadaan dan keperluan pesakit.

Daripada langkah pertama menuju pemulihan, kami bersedia membantu anda dan insan tersayang membina semula kekuatan, kebolehan serta keyakinan.

𝐏𝐑𝐈𝐌𝐄𝐑 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐁 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄
Pusat Fisioterapi Kelantan

Langkah kecil hari ini mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan. Sudah ramai yang datang mendapatkan rawatan pemulihan di Primer Cherang Rehab Centre sepertimana alamat yang tertera dibawah:

📍 𝐏𝐫𝐢𝐦𝐞𝐫 𝐂𝐡𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐞𝐡𝐚𝐛 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞
Tingkat Bawah, Lot 2386, Jalan Hospital,
15200 Kota Bharu, Kelantan.

📞 Hubungi kami untuk pertanyaan dan tempahan sesi.

𝐏𝐔𝐋𝐈𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐅𝐔𝐍𝐆𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍, 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏
♥️We Love We Care, Be Part Of Our Family ♥️

Bukan hanya seluruh warga di KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA sahaja yang berduka, kami doktor dan staf di Klinik Primer C...
08/09/2026

Bukan hanya seluruh warga di KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA sahaja yang berduka, kami doktor dan staf di Klinik Primer Cherang HQ Kota Bharu dan cawangan Klinik Primer Cherang di seluruh Malaysia turut merasa sedih yang mendalam atas pemergian mereka dalam melaksanakan tugas dan amanah demi untuk rakyat.

Kami warga kerja di Klinik Primer Cherang HQ Kota Bharu mengharapkan agar kita khususnya pesakit-pesakit kesayangan kami untuk sama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada pegawai perubatan dan juruterbang helikopter yang terkorban. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH.

𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇Dengan penuh rasa dukacita, kami di Klinik Primer Cherang HQ Kota Bharu dan cawangan Klinik Primer Cherang di sel...
08/09/2026

𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

Dengan penuh rasa dukacita, kami di Klinik Primer Cherang HQ Kota Bharu dan cawangan Klinik Primer Cherang di seluruh Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, pada petang Selasa, 8 September 2026.

Helikopter jenis BO-105, yang dikendalikan oleh syarikat Layang-Layang Aerospace, sedang dalam penerbangan dari Miri ke Long Lellang bagi melaksanakan tugas rasmi Perkhidmatan Doktor Udara.

Mangsa yang disahkan terkorban ialah Kapten Zainol (Juruterbang), Dr. Ainul Baroah Kamaruddin (Pegawai Perubatan), Alexson Adit (Penolong Pegawai Perubatan), Debra Moset (Jururawat) dan Jessie Paya (Jururawat).

Pemergian mereka ketika melaksanakan amanah dan membawa perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada keluarga, rakan seperjuangan serta seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semoga seluruh ahli keluarga dan waris diberikan kekuatan, ketabahan serta ketenangan dalam menghadapi saat yang amat memilukan ini.

𝐉𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠.

Salam takziah yang sedalam-dalamnya daripada kami seluruh warga Klinik Primer Cherang.

Sekarang ni trend AI gambar 80an di media sosial. Kemah dan sopan jah Dr.Mie dan Dr.Wea zaman hari tu. Stesen bas Kota B...
08/09/2026

Sekarang ni trend AI gambar 80an di media sosial. Kemah dan sopan jah Dr.Mie dan Dr.Wea zaman hari tu. Stesen bas Kota Bharu dulu sohor benar. Ada kedai makan bawah tu. Asap bas tak berkepul sangat masa tu. Ada juga hok duk bergewe kelik daripada sekolah. Tapi, zaman sekarang, pedih mata kena asap bas.

SKMK satu-satunya syarikat bas Kelantan yang kita semua rasa bangga. Klinik Primer Cherang juga nak bagi set-set kita kenang klinik kita untuk sepuluh tahun akan datang. Akan ingat wajah Dr. Mie, wajah Dr.Wea sampai bila-bila.

Memang lagu tu bekali baju pada era zaman tu. Agak-agak tahun 80an berapa umur Dr.Mie dengan Dr.Wea? Cuba teka...

📱 𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐔𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐀𝐏𝐋𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐇𝐄𝐋𝐋𝐎 𝐏𝐑𝐈𝐌𝐄𝐑𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆Kini, urusan mendapatkan perkhidmatan kesihatan menjadi lebih mudah dan deka...
08/09/2026

📱 𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐔𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐀𝐏𝐋𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐇𝐄𝐋𝐋𝐎 𝐏𝐑𝐈𝐌𝐄𝐑𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆

Kini, urusan mendapatkan perkhidmatan kesihatan menjadi lebih mudah dan dekat dengan anda menerusi aplikasi 𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐏𝐫𝐢𝐦𝐞𝐫𝐂𝐡𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠.

Gunakanlah manfaat teknologi ini untuk memudahkan anda jika anda benar-benar ada kesulitan dan juga mendapat konsultasi daripada doktor. Walau di mana pun anda berada, aplikasi ini memudahkan anda berhubung secara atas talian dengan hanya menggunakan telefon pintar, tablet atau komputer riba tanpa perlu keluar dari rumah, tanpa keluar dari pejabat dan tanpa melangkah keluar daripada kereta anda.

𝐌𝐮𝐝𝐚𝐡, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚. 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢 𝐡𝐮𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐫𝐢!

Muat turun aplikasi 𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐏𝐫𝐢𝐦𝐞𝐫𝐂𝐡𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 melalui:

📲 Apple App Store
📲 Google Play Store

Nikmati kemudahan mendapatkan khidmat kesihatan bersama doktor-doktor Klinik Primer Cherang mengikut pilihan dan keselesaan anda.

𝐖𝐞 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐖𝐞 𝐂𝐚𝐫𝐞, 𝐁𝐞 𝐏𝐚𝐫𝐭 𝐨𝐟 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲.


𝐌𝐎𝐔 𝐏𝐄𝐒𝐎𝐍𝐀–𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐏𝐑𝐈𝐌𝐄𝐑 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐔𝐌𝐏𝐀𝐌𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀Satu sejarah baharu tercipta di Kelantan apab...
07/09/2026

𝐌𝐎𝐔 𝐏𝐄𝐒𝐎𝐍𝐀–𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐏𝐑𝐈𝐌𝐄𝐑 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐔𝐌𝐏𝐀𝐌𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Satu sejarah baharu tercipta di Kelantan apabila Persatuan Strok Negeri Kelantan (PESONA) dan Klinik Primer Cherang secara rasmi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU), sekali gus membuka lembaran kerjasama strategik antara persatuan strok negeri dan sebuah rangkaian klinik swasta.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Dr. Wira Al Fatah bin Ab Ayah @ Ab Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada kesinambungan penjagaan pesakit strok selepas fasa rawatan akut. Bagi kebanyakan pesakit, cabaran sebenar bermula selepas keluar dari hospital untuk kembali berjalan, bercakap, berdikari, bekerja dan kembali menjalani kehidupan bersama keluarga.

Melalui kerjasama ini, kekuatan komuniti dan pengalaman PESONA akan digabungkan dengan kemudahan serta sokongan perkhidmatan kesihatan Klinik Primer Cherang bagi membantu pesakit mendapatkan rawatan susulan, rehabilitasi, pemantauan kesihatan dan sokongan berterusan.

MoU ini bukan hanya melibatkan Klinik Primer Cherang HQ Kota Bharu sahaja. Insya-Allah, semua cawangan Klinik Primer Cherang di Kelantan akan turut memainkan peranan dalam membantu pesakit strok melalui kerjasama bersama PESONA.

Dalam jangka panjang, usaha ini juga diharapkan dapat diperluaskan ke seluruh cawangan Klinik Primer Cherang di Malaysia, supaya lebih ramai pesakit strok dan keluarga mereka mendapat akses kepada sokongan pemulihan yang lebih tersusun dan dekat dengan komuniti setempat.

Klinik Primer Cherang turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, barisan kepimpinan PESONA, para doktor, kakitangan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kerjasama ini.

Bagi pesakit strok, kehidupan tidak berakhir selepas serangan berlaku. Dengan rawatan, rehabilitasi dan sokongan yang betul, masih ada ruang untuk mereka membina semula kehidupan.

𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐭𝐫𝐨𝐤, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐚-𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐜𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐏𝐫𝐢𝐦𝐞𝐫 𝐂𝐡𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠.

Satu langkah lagi untuk pesakit strok.
Satu usaha bersama untuk membina semula kehidupan.

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN𝐊𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐮𝐭 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐫𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.Ketika kita masih menikma...
01/09/2026

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN

𝐊𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐮𝐭 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐫𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.

Ketika kita masih menikmati kegembiraan suasana Hari Kebangsaan Malaysia di Dataran Putrajaya, ada keluarga yang sama-sama meraikannya di Dataran Merdeka maut dalam kemalangan ngeri di Temerloh Pahang.

Allahyarham Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, bersama isterinya Allahyarhamah Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, dan anak mereka Allahyarham Adik Muhammad Armaan Nazeef yang sempat berada di Dataran Putrajaya yang turut sama mengibarkan Jalur Gemilang dalam meraikan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya.

Dalam perjalanan pulang, mereka terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 Lebuhraya Pantai Timur 1, arah Lanchang menuju Kuantan. Kereta mereka dirempuh oleh sebuah lori tangki muatan simen daripada arah belakang. Ketiga-tiga mereka yang berada di dalam Proton S70 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kami, warga kerja Klinik Primer Cherang HQ Kota Bharu dan cawangan Klinik Primer Cherang di seluruh Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan mereka yang mengenali mangsa. Difahamkan keluarga terbabit kemalangan memiliki sebuah kafe di Kuantan.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa mereka, mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga ahli keluarga mangsa diberikan kekuatan untuk melalui kehilangan yang begitu besar ini.

Marilah, kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah buat roh mereka yang terbabit dalam kemalangan ngeri tersebut.

Al-Fatihah.

31/08/2026

Terkini: 4 maut dalam kemalangan maut di LPT 1 hala ke Temerloh. Lori dipandu laju merempuh beberapa kenderaan lain.

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 🇲🇾Sempena Hari Kebangsaan Ke-69, kami di Klinik Primer Cherang HQ Kota Bharu dan cawang...
30/08/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 🇲🇾

Sempena Hari Kebangsaan Ke-69, kami di Klinik Primer Cherang HQ Kota Bharu dan cawangan Klinik Primer Cherang di seluruh Malaysia merakamkan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada pesakit-pesakit kesayangan kami.

Kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah perjuangan para terdahulu, tetapi ia merupakan amanah untuk kita terus memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan sesama bangsa dan memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan serta kesihatan rakyat.

Semangat kemerdekaan turut diterjemahkan melalui budaya kerja kami di Klinik Primer Cherang di seluruh Malaysia yang mengutamakan pesakit-pesakit kesayangan kami, profesionalisme kedoktoran, kecekapan dan keberhasilan pada rawatan yang diberikan dalam memastikan kesihatan pesakit-pesakit kesayangan kami sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.

🇲🇾 𝑾𝒆 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑾𝒆 𝑪𝒂𝒓𝒆, 𝑩𝒆 𝑷𝒂𝒓𝒕 𝑶𝒇 𝑶𝒖𝒓 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan menghayati erti kemerdekaan dengan terus bekerja, berbakti dan berganding bahu membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera serta menikmati keamanan dalam kita menghormati antara satu sama lain.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69 🇲🇾❤️

Address

No 1702, 1703, 1704, Tingkat Bawah
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 08:30 - 22:00
Saturday 08:30 - 22:00
Sunday 08:30 - 22:00

Telephone

+6097472227

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Primer Cherang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Primer Cherang:

Shortcuts

Share

Category