Poliklinik Al HAFIZ - KB

Poliklinik Al HAFIZ - KB Poliklinik Al Hafiz Kota Bharu Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09 7440720 atau tekan butang Whatsapp pada page. Terima kasih.

📌Jom buat medical check up untuk        di Poliklinik Al HAFIZ - KB.Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.📍...
10/09/2026

📌Jom buat medical check up untuk di Poliklinik Al HAFIZ - KB.

Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.

📍Poliklinik AL Hafiz, PT301 Tingkat bawah, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu Kelantan.

‼️Kesan awal, cegah awal 🩺Pencegahan awal melalui pemeriksaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat dapat mengesan serta...
08/09/2026

‼️Kesan awal, cegah awal 🩺

Pencegahan awal melalui pemeriksaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat dapat mengesan serta mengelakkan risiko penyakit kronik daripada menjadi lebih parah.

Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.

📍Poliklinik AL Hafiz, PT301 Tingkat bawah, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu Kelantan

07/09/2026

BATU KARANG BUAH PINGGANG: KECIL, TAPI SAKITNYA BOLEH BUAT ORANG BERGULING

Ada orang datang ke kecemasan bukan sekadar mengadu sakit.

Dia tak boleh duduk diam.
Sekejap berdiri.
Sekejap membongkok.
Sekejap baring.
Ada yang muntah, berpeluh dan betul-betul berguling menahan sakit.

Salah satu puncanya ialah renal colic.

Ia berlaku apabila batu dari buah pinggang masuk ke ureter, iaitu saluran sempit yang membawa air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing.

Apabila batu tersangkut, ureter cuba mengecut kuat untuk menolaknya keluar. Tekanan dalam sistem urinari meningkat dan inilah yang menghasilkan kesakitan yang sangat kuat, biasanya datang berombak.

Sakit selalunya bermula di bahagian pinggang atau belakang sebelah, kemudian boleh menjalar ke bawah perut, celah paha atau kemaluan.

Kadangkala turut ada loya, muntah, rasa hendak kencing selalu atau darah dalam air kencing.

Batu karang bukan semuanya sama.

Yang paling biasa ialah batu calcium oxalate. Ia boleh berkait dengan air kencing yang terlalu pekat, pengambilan garam tinggi, faktor pemakanan dan keadaan metabolik tertentu.

Ada juga calcium phosphate stone, uric acid stone yang lebih mudah terbentuk dalam air kencing berasid, struvite stone yang boleh berkait dengan jangkitan saluran kencing tertentu, serta cystine stone yang lebih jarang dan biasanya berkaitan penyakit genetik.

Satu perkara penting ialah saiz batu.

Secara umum, semakin kecil batu, semakin besar peluang ia keluar sendiri.

Batu sekitar ≤4 mm mempunyai peluang yang tinggi untuk keluar secara spontan, walaupun ia mungkin mengambil masa beberapa hari hingga beberapa minggu.

Batu 4–6 mm masih boleh keluar sendiri, tetapi kebarangkaliannya semakin rendah dan prosesnya mungkin lebih lama.

Apabila batu semakin besar, terutama melebihi sekitar 6 mm, kemungkinan memerlukan bantuan prosedur menjadi lebih tinggi.

Tetapi jangan tengok saiz sahaja.

Lokasi batu, tahap sumbatan, fungsi buah pinggang, kehadiran jangkitan dan tahap kesakitan juga menentukan rawatan.

Untuk batu kecil tanpa komplikasi, rawatan biasanya melibatkan ubat tahan sakit, pengambilan cecair yang sesuai dan pemantauan. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin memberikan ubat seperti alpha-blocker untuk membantu batu ureter tertentu keluar.

Jika batu tidak bergerak, terlalu besar atau menyebabkan komplikasi, rawatan mungkin memerlukan extracorporeal shock wave lithotripsy, ureteroscopy dengan laser atau prosedur lain oleh pakar urologi.

Namun ada satu situasi yang tidak boleh tunggu.

Batu yang menyumbat saluran + jangkitan boleh menjadi kecemasan perubatan.

Jika sakit batu karang datang bersama demam, menggigil, sangat lemah, muntah berterusan, tidak boleh kencing atau hanya mempunyai satu buah pinggang yang berfungsi, dapatkan rawatan segera.

Sebab batu sekecil beberapa milimeter pun boleh mencetuskan kesakitan luar biasa.

Bukan sebab batunya “tajam sangat”.

Tetapi kerana ia sedang cuba melalui satu saluran yang memang sangat sempit.

Jommss‼️Boleh cek di kaunter klinik sahaja.Mudah kan😊.Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.📍Poliklinik AL ...
03/09/2026

Jommss‼️Boleh cek di kaunter klinik sahaja.Mudah kan😊.

Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.

📍Poliklinik AL Hafiz, PT301 Tingkat bawah, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu Kelantan.

📌Ujian makmal  /   dengan kaedah   di Poliklinik Al HAFIZ - KB.Keputusan ujian segera.Hubungi talian klinik ☎️097440720 ...
01/09/2026

📌Ujian makmal / dengan kaedah di Poliklinik Al HAFIZ - KB.Keputusan ujian segera.

Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.

📍Poliklinik AL Hafiz, PT301 Tingkat bawah, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu Kelantan.

📌Ada ketumbuhan kecil seperti       atau lain-lain? Boleh dapatkan rawatan   minor di Poliklinik Al HAFIZ - KBHubungi ta...
30/08/2026

📌Ada ketumbuhan kecil seperti atau lain-lain? Boleh dapatkan rawatan minor di Poliklinik Al HAFIZ - KB

Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.

📍Poliklinik Al HAFIZ - KB PT301 Tingkat bawah, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu Kelantan.

📌Perlu rawatan   air/ iv drip? Boleh terus ke Poliklinik Al HAFIZ - KB.Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaa...
27/08/2026

📌Perlu rawatan air/ iv drip? Boleh terus ke Poliklinik Al HAFIZ - KB.

Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.

📍Poliklinik AL Hafiz, PT301 Tingkat bawah, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu Kelantan

📌Perkhidmatan   untuk dewasa & kanak- kanak di Poliklinik Al HAFIZ - KBHubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaa...
26/08/2026

📌Perkhidmatan untuk dewasa & kanak- kanak di Poliklinik Al HAFIZ - KB

Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.

📍Poliklinik AL Hafiz, PT301 Tingkat bawah, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu Kelantan.

25/08/2026

Dah 2026, masih lagi ada yang percaya strok boleh dirawat dengan cucuk, potong atau kerat hujung jari sampai berdarah.

Kononnya nak “keluarkan darah”.

Masalahnya, strok berlaku di OTAK.
Bukan sebab ada “darah kotor” yang perlu dibuang melalui jari.

Kalau strok iskemia, salur darah ke otak TERSUMBAT.
Kalau strok pendarahan, salur darah dalam otak PECAH.

Jadi bila anda potong jari sampai berdarah, apa yang berlaku?

Jari luka.

Itu sahaja.

Darah yang keluar dari jari tak akan tarik keluar darah beku dalam otak.
Tak akan buka salur darah yang tersumbat.
Tak akan hentikan pendarahan dalam otak.


Bayangkan paip di tingkat atas rumah tersumbat.

Anda buka paip dapur sampai air mencurah-curah pun sumbatan di tingkat atas masih ada.

Sama konsepnya.

“Tapi saya pernah tengok orang buat, lepas tu pesakit okay.”

Itu bukan bukti rawatan tersebut berkesan.

Minor stroke boleh menunjukkan pemulihan cepat. TIA p**a boleh menyebabkan simptom hilang sendiri.

Yang lebih membimbangkan, masa berharga boleh terbuang kerana sibuk mencucuk jari, mengurut atau mencuba petua sedangkan pesakit sepatutnya sudah berada dalam perjalanan ke hospital.

Dalam strok, TIME IS BRAIN.

Muka senget.
Tangan atau kaki tiba-tiba lemah.
Cakap pelo atau susah bercakap.
Penglihatan berubah atau hilang keseimbangan secara tiba-tiba.

Jangan cari jarum.
Jangan cari gunting kuku.

Cari Jabatan Kecemasan.

Strok ialah masalah di OTAK.
Potong jari cuma menambah masalah di JARI.

25/08/2026

Address

Jalan Kota Darul Naim
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Al HAFIZ - KB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Al HAFIZ - KB:

Shortcuts

Share

Category