07/07/2026
Kes Klinikal Hari Ini: Umur 21 Tahun, Tapi Otot Mata Dah Macam Umur 45 Tahun.
Hari ini team optometrist kami di De Smart mengendalikan pemeriksaan Mata seorang anak muda (berusia 21 tahun, dah habis belajar).
Awalnya datang sebab nak tukar frame cermin mata lama yang dah lusuh.
Tak complaint masalah mata.
Tetapi, selepas kami lakukan Pemeriksaan Mata Komprehensif (bukan sekadar ujian baca huruf pada dinding), ini data sebenar sistem penglihatan beliau:
1. Silau (Astigmatism) Sangat Tinggi: Mencecah -3.00 (mata kanan) dan -3.75 (mata kiri) yang selama ini tidak dibetulkan dengan tepat.
2. Stamina Otot Mata 'Pancit': Keupayaan fokus dekat beliau (Accommodation Amplitude) drop mendadak, tinggal 3 D sahaja.
3. Perlukan Bantuan Membaca (Add): Di usia 21 tahun, beliau terpaksa diberikan Add +1.00 untuk membaca jarak dekat dengan selesa.
Power Add ini kebiasaannya hanya kami berikan pada pakcik atau makcik yang berusia 45 tahun ke atas.
Sebaik sahaja beliau mencuba cermin mata baru yang ada bantuan fokus dekat (Add) tadi, beliau tengok cermin dan spontan berseloroh: “Eh ... baru saya perasan ada jerawat kat muka saya!”
Satu bilik pemeriksaan ketawa. Tapi selepas beliau pulang, kes ini membuatkan kami terduduk dan berfikir panjang tentang anak-anak kita.
Mengapa Anak Yang Dah Besar Pun Tak Pernah Mengadu Rabun?
Ini kesilapan besar yang ramai ibu bapa terlepas pandang. Kita ingat anak yang dah remaja, dah masuk universiti, akan mengadu kalau mata mereka bermasalah.
Realitinya, mereka TIDAK AKAN MENGADU.
Sebabnya?
Sejak zaman sekolah lagi, mereka dah terbiasa hidup dalam keadaan mata yang menanggung beban (silent sufferer).
Otot mata terpaksa bekerja 3 kali ganda lebih keras setiap saat untuk bagi nampak jelas disebabkan silau yang tidak dibetulkan.
Mereka menyangka rasa pening kepala, mata pedih, cepat letih, dan mengantuk setiap kali membaca buku tu adalah "perkara normal" yang dilalui oleh semua pelajar yang belajar keras.
Kesan Kepada Prestasi Akademik 🧠
Impak paling besar adalah pada masa depan mereka:
Di-cop Malas Belajar: Baru hadap buku atau laptop 15 minit, mata dah 'shut down' dan mengantuk. Akhirnya mereka putus asa nak membaca.
Hilang Keyakinan Diri: Bila result exam drop, mereka mula salahkan diri sendiri. Mereka ingat diri mereka "bodoh" atau "kurang bijak", padahal punca utamanya adalah sistem penglihatan mereka yang dah lama 'mogok' menahan penat.
Di De Smart, fokus kami selama 23 tahun ini bukan sekadar menjual cermin mata, tetapi memastikan sistem penglihatan anak-anak anda mempunyai stamina yang cukup untuk menyokong usaha keras mereka dalam pelajaran.
Nasihat ikhlas kami, jangan ukur kesihatan mata anak hanya dengan bertanya "Nampak jelas tak?".
Bawa anak-anak anda—sama ada yang masih bersekolah rendah mahupun yang dah di universiti—untuk kami ukur stamina otot mata mereka secara menyeluruh.
Slot pemeriksaan komprehensif bersama Optometrist kami di Pasir Tumboh sentiasa terbuka.
Anda boleh uruskan janji temu melalui pautan di bawah:
👉 http://wa.me/601118933626
http://wa.me/601118933626
De Smart Optometrist
Pakar Penjagaan Mata Komprehensif Anda sejak 2003.