Dr Hearing & Speech Centre

Dr Hearing & Speech Centre Welcome to Dr Hearing & Speech Centre HQ Kota Bharu! We are a team of experienced audiologist and speech therapist

https://linktr.ee/teamdrhscentre

We aim to provide our clients with premium products, services and supports for your hearing health. We offer range of services related to your hearing health and speech.

03/08/2026

Dr Hearing & Speech Centre berbesar hati menerima jemputan daripada Department of Otorhinolaryngology - Head Neck Surgery (ORL-HNS), Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menyertai USM
Temporal Bone Dissection Workshop yang telah berlangsung pada 14 & 15 Julai 2026. Kursus ini menghimpunkan pakar bedah ENT dan doktor pelatih bagi latihan praktikal lanjutan untuk memperkukuh kemahiran pembedahan dan meningkatkan kecemerlangan amalan klinikal.

Sebagai sebuah organisasi yang komited terhadap kecemerlangan dan kemajuan bidang penjagaan pendengaran, Dr Hearing & Speech Centre amat menghargai peluang ini untuk bersama-sama menyokong inisiatif yang memperkasa pembangunan kepakaran profesional di samping berkongsi inovasi terkini dalam teknologi audiologi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Department ORL-HNS, USM atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga kolaborasi antara sektor pendidikan, klinikal dan industri ini terus berkembang untuk memperkasa pembangunan ilmu, kecemerlangan inovasi, dan perkhidmatan kesihatan pendengaran demi manfaat masyarakat.

29/07/2026

Selepas hampir setahun menggunakan alat bantu pendengaran di telinga kanan, kini beliau melengkapkan pendengarannya dengan alat bantu pendengaran Widex BTE di telinga kiri. Ramai tidak sedar bahawa apabila kedua-dua telinga menerima bunyi dengan lebih seimbang, percakapan menjadi lebih jelas, lebih mudah mengenal arah datangnya bunyi, dan pengalaman mendengar terasa lebih semula jadi.

Pendengaran bukan sekadar mendengar bunyi, tetapi memahami setiap perbualan bersama insan tersayang. Jika kehilangan pendengaran berlaku pada kedua-dua belah telinga, penggunaan alat bantu pendengaran pada kedua-duanya sering memberi manfaat yang lebih baik berbanding hanya sebelah, bergantung kepada tahap pendengaran dan penilaian audiologist.

Jika anda atau ahli keluarga sering meminta orang mengulang percakapan, sukar mendengar ketika berbual di tempat bising, atau merasakan bunyi tidak lagi jelas, jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih teruk. DM kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pemeriksaan pendengaran dan pilihan alat bantu pendengaran yang sesuai dengan keperluan anda. ๐Ÿ’™

๐’๐ฎ๐ฉ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐  ๐„๐ฑ๐œ๐ž๐ฅ๐ฅ๐ž๐ง๐œ๐ž. ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐ข๐ง๐  ๐ญ๐ก๐ž ๐…๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ž ๐จ๐Ÿ ๐€๐ฎ๐๐ข๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ฒDr Hearing & Speech Centre amat berbesar hati menjadi ๐‘†๐‘–๐‘™๐‘ฃ๐‘’๐‘Ÿ ๐‘†๐‘๐‘œ...
05/07/2026

๐’๐ฎ๐ฉ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐  ๐„๐ฑ๐œ๐ž๐ฅ๐ฅ๐ž๐ง๐œ๐ž. ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐ข๐ง๐  ๐ญ๐ก๐ž ๐…๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ž ๐จ๐Ÿ ๐€๐ฎ๐๐ข๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ฒ

Dr Hearing & Speech Centre amat berbesar hati menjadi ๐‘†๐‘–๐‘™๐‘ฃ๐‘’๐‘Ÿ ๐‘†๐‘๐‘œ๐‘›๐‘ ๐‘œ๐‘Ÿ bagi ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐†๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐š๐ง๐  ๐€๐ฎ๐๐ข๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐’๐ข๐๐š๐ง๐  ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, anjuran ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—”๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ, ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜€ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป, ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜€ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ (๐—จ๐—ฆ๐— ) dengan kerjasama ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ ๐—”๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ๐˜€ ๐—จ๐—ฆ๐— .

๐Ÿ“… 19 Jun 2026
๐Ÿ“ Mimpi Garden, Kota Bharu, Kelantan
๐ŸŽญ Tema: Cross Culture

Sebagai sebuah organisasi yang komited dalam bidang penjagaan kesihatan pendengaran, kami percaya bahawa pembangunan profesion bermula dengan sokongan berterusan terhadap pendidikan, kecemerlangan akademik dan pembangunan generasi audiologis masa hadapan. Majlis ini bukan sekadar meraikan pencapaian, malah menjadi simbol dedikasi, semangat dan perjalanan para pelajar yang bakal menggalas amanah sebagai profesional kesihatan pendengaran.

Setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur atas penganjuran majlis yang penuh bermakna, serta kepada seluruh warga Audiologi USM atas segala pencapaian yang telah diraih. Semoga setiap langkah yang diambil hari ini menjadi permulaan kepada masa depan yang cemerlang dalam memperkasakan kualiti hidup masyarakat melalui penjagaan pendengaran.

Dr Hearing & Speech Centre akan terus komited dalam menyokong inisiatif yang memupuk kecemerlangan, inovasi dan perkembangan profesion audiologi demi manfaat komuniti pada masa hadapan.

๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘”๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›๐‘  ๐‘ก๐‘œ ๐‘กโ„Ž๐‘’ ๐‘“๐‘ข๐‘ก๐‘ข๐‘Ÿ๐‘’ ๐‘œ๐‘“ ๐‘Ž๐‘ข๐‘‘๐‘–๐‘œ๐‘™๐‘œ๐‘”๐‘ฆ. ๐‘‡โ„Ž๐‘’ ๐‘—๐‘œ๐‘ข๐‘Ÿ๐‘›๐‘’๐‘ฆ โ„Ž๐‘Ž๐‘  ๐‘œ๐‘›๐‘™๐‘ฆ ๐‘—๐‘ข๐‘ ๐‘ก ๐‘๐‘’๐‘”๐‘ข๐‘›.

Meeting lagi minggu ini. ๐Ÿ˜ŠSetiap kali kami duduk semeja, perbincangan kami bukan tentang โ€œdah cukupโ€ tetapi tentang โ€œapa...
27/06/2026

Meeting lagi minggu ini. ๐Ÿ˜Š
Setiap kali kami duduk semeja, perbincangan kami bukan tentang โ€œdah cukupโ€ tetapi tentang โ€œapa lagi yang boleh kami lakukanโ€. Perjalanan masih jauh, banyak perkara yang perlu dipelajari dan banyak perancangan yang sedang disusun. Kami percaya, perkhidmatan audiologi yang berkualiti sepatutnya lebih mudah diakses oleh lebih ramai masyarakat, dan itulah yang terus menjadi semangat kami untuk melangkah ke hadapan.

Ada satu lagi lokasi yang sedang bermain di fikiran kami untuk diterokai. Di mana agaknya? ๐Ÿ‘€
Jangan salah faham, kami masih belum jadi syarikat besar yang serba sempurna. Kami masih sebuah pasukan yang bekerja keras, banyak bermesyuarat, banyak berfikir dan kadang-kadang pening kepala memikirkan perancangan seterusnya. ๐Ÿ˜„ Tetapi satu perkara yang pasti, kami sedang membina sesuatu yang bermakna, sedikit demi sedikit. Dan siapa tahu, mungkin lokasi seterusnya itu akan menjadi tempat lahirnya peluang dan pengalaman baharu untuk audiologis yang ingin berkembang bersama kami. ๐Ÿค

Mencari bakat baharu, membina masa depan pendengaran. ๐Ÿ‘‚โœจHari ini, team DRHS berpeluang bertemu dan menemu duga beberapa ...
27/06/2026

Mencari bakat baharu, membina masa depan pendengaran. ๐Ÿ‘‚โœจ

Hari ini, team DRHS berpeluang bertemu dan menemu duga beberapa calon Audiologis daripada program Audiologi UKM. Kami sentiasa percaya bahawa bidang audiologi memerlukan bukan sahaja ilmu dan kemahiran klinikal, tetapi juga empati, keikhlasan dan semangat untuk membantu individu yang mengalami masalah pendengaran menjalani kehidupan yang lebih baik.

Terima kasih kepada semua calon yang hadir dan berkongsi pengalaman serta aspirasi masing-masing. Setiap daripada anda membawa potensi dan keunikan tersendiri. Semoga sesi ini menjadi satu pengalaman yang bermakna, dan kami mendoakan yang terbaik untuk perjalanan kerjaya anda dalam bidang audiologi. ๐ŸŒŸ๐Ÿค

๐ŸŒธ Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 ๐ŸŒธSemoga sambutan Hari Wesak membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada...
31/05/2026

๐ŸŒธ Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 ๐ŸŒธ

Semoga sambutan Hari Wesak membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya.
Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan keharmonian dalam masyarakat.

Semoga sinar kebaikan sentiasa menerangi kehidupan kita semua โœจ

Happy Wesak Day 2026.
Ikhlas daripada seluruh warga Dr Hearing & Speech Centre.

Salam Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™Semoga hari yang mulia ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan buat anda dan keluarga ...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™
Semoga hari yang mulia ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan buat anda dan keluarga ๐Ÿค
Raikan momen indah bersama insan tersayang dengan penuh kesyukuran โœจ

Ikhlas daripada
Dr Hearing & Speech Centre

25/05/2026
25/05/2026
๐ŸŽงโœจ Mei merupakan Better Hearing & Speech Month โœจ๐Ÿ—ฃ๏ธBetter Hearing & Speech Month diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran ...
17/05/2026

๐ŸŽงโœจ Mei merupakan Better Hearing & Speech Month โœจ๐Ÿ—ฃ๏ธ

Better Hearing & Speech Month diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran bahawa kesihatan pendengaran dan pertuturan memainkan peranan besar dalam kehidupan harian kita. Ia bukan sekadar tentang telinga โ€” tetapi juga keyakinan diri, pembelajaran, hubungan dengan orang sekeliling, prestasi kerja, dan kualiti hidup secara keseluruhan ๐Ÿ’™

Menjaga pendengaran sama penting seperti menjaga kesihatan lain. Pemeriksaan awal mungkin nampak kecil hari ini, tetapi boleh memberi perubahan besar untuk masa depan. ๐ŸŒฑ

Sempena bulan kesedaran ini, marilah kita sama-sama meningkatkan kesedaran tentang kesihatan pendengaran dan pertuturan, menggalakkan pemeriksaan awal, serta memberi sokongan kepada mereka yang mengalami masalah pendengaran tanpa rasa malu atau stigma kerana setiap orang berhak untuk mendengar dengan jelas, berkomunikasi dengan yakin, dan terus berhubung dengan insan tersayang. ๐Ÿค

Address

Lot 1317-B Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kg. Padang Demit, Kubang Kerian
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6097640690

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Hearing & Speech Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Hearing & Speech Centre:

Share

Category