Klinik KM SESB

Teruskan atau …..?
10/02/2026

Teruskan atau …..?

Tarikh nikah dah tetapkan. Baju sanding dah tempah. Hati berbunga-bunga.

Tiba-tiba, satu kertas laporan makmal hancurkan segalanya.

Doktor cakap perlahan: Maaf, awak berdua pembawa Thalassemia.

Dunia rasa senyap sunyi.

Anda pandang pasangan anda. Orang yang anda sayang separuh mati. Tapi dalam darah dia, dan dalam darah anda, ada "bom jangka" yang sama.

Kalau kahwin juga, risiko anak dapat Thalassemia Major ialah 25%.

Bunyi macam sikit. Tapi cuba bayangkan senario ini:

Anak kecil anda, darah daging anda sendiri, lahir dengan wajah pucat lesi. Perut dia buncit sebab hati dan limpa bengkak.

Setiap bulan, tangan kecil tu kena cucuk jarum untuk terima darah orang lain. Seumur hidup.

Dia akan tanya: "Ibu, kenapa adik sakit? Kenapa kawan lain tak kena cucuk?"

Masa tu, sanggup ke anda jawab: "Sebab Ayah dan Ibu sayang sangat kat satu sama lain, sampai kami ambil risiko ni ke atas kamu."

Cinta tak salah. Tapi genetik tak kenal erti kasihan.

Memutuskan hubungan tu sakit. Sangat sakit. Mungkin makan tahun nak *move on*.

Tapi meneruskan hubungan dengan risiko anak menderita seumur hidup.. itu satu perjudian nyawa yang kejam.

Kadang-kadang, bukti cinta paling agung bukan dengan memiliki. Tapi dengan melepaskan, demi zuriat yang tak berdosa.

Keputusan di tangan anda. Menangis sekarang, atau menangis di wad pediatrik nanti?

30/01/2026

Hati2 dengan lemak di dalam badan ..

24/01/2026

Boleh makan buah … tapi berpada pada dan pilih la buah yang lebih sesuai iaitu yg lebih serat dan kurang gula .

24/01/2026

Kenapa kita ada hati berlemak (fatty liver)?
.

21/01/2026

Apabila Ibu Menekan Doktor Untuk Beri Antibiotik Untuk Jangkitan Virus?

Post ini dibuat susulan perkongsian seorang ibu yang bimbang dan marah kerana anak demam, tetapi doktor tidak memberi antibiotik. Ramai ibu ayah pernah melalui situasi yang sama, jadi elok kita jelaskan dengan ringkas dan jelas supaya kedua dua pihak faham.

Pertama, dari sisi ibu ayah
Bila anak demam, ibu ayah biasanya mahu keputusan yang cepat dan rawatan yang “paling kuat” supaya anak cepat baik.

Ini normal, sebab kita risau dan kita mahu kurangkan risiko.

Kedua, dari sisi doktor
Doktor perlu beri rawatan berdasarkan pemeriksaan dan bukti, bukan berdasarkan permintaan ubat tertentu. Antibiotik bukan ubat demam dan bukan ubat untuk virus. Antibiotik hanya berfungsi untuk jangkitan bakteria.

Kenapa doktor tidak bagi antibiotik bila jangkitan virus?

1. Antibiotik tidak bunuh virus. Jadi ia tidak mempercepatkan penyembuhan jangkitan virus.

2. Kesan sampingan tidak berbaloi. Anak boleh cirit, ruam, muntah, atau alahan.

3. Risiko kuman kebal antibiotik. Bila antibiotik kerap diberi tanpa sebab, ia boleh jadi kurang berkesan bila betul betul diperlukan pada masa depan.

4. Anak boleh nampak baik selepas 1–2 hari walaupun tanpa antibiotik (atau selepas diberi antibiotik) Ini sebab jangkitan virus memang boleh pulih sendiri.

Kadang kadang ia kebetulan pulih selepas mula antibiotik, lalu nampak seperti antibiotik yang “menyembuhkan”.

Apa yang patut ibu ayah buat bila doktor kata “viral” dan tak beri antibiotik?

Tanda bahaya yang biasanya perlu diberi perhatian (secara umum). Jika ada mana mana ini, biasanya perlu dinilai segera:

• Anak nampak sangat lemah dan lesu. Tidak aktif seperti biasa

• Sesak nafas, laju sangat, atau tarik nafas nampak susah

• Kurang minum, kurang kencing, tanda dehidrasi
• Sawan
• Ruam yang cepat merebak atau lebam yang pelik
• Demam berlarutan beberapa hari tanpa trend menurun, atau makin teruk
Kesimp**an

1. Kita semua mahu anak cepat sembuh.
Bezanya, ibu cari cepat. Doktor cari tepat.
Dan kadang kadang, yang tepat itulah yang paling selamat.

2. Kalau semua demam kita paksa antibiotik, satu hari nanti bila betul betul perlu, ubat itu mungkin tak jalan.Jadi keputusan hari ini bukan untuk sedapkan hati, tapi untuk selamatkan masa depan.

3. Jangan ukur rawatan dengan “dapat antibiotik atau tidak”. Ukur dengan satu benda. Anak anda dirawat dengan betul, bukan dirawat ikut desakan.

Happening now …Ruangan menunggu klinik dipenuhi dengan orang ramai yg datang untuk ujian darah secara percuma.Terimakasi...
20/01/2026

Happening now …

Ruangan menunggu klinik dipenuhi dengan orang ramai yg datang untuk ujian darah
secara percuma.
Terimakasih atas sambutan yg sungguh luar biasa!

Sesiapa berminat dan ada kesempatan, sila lah ke klinik kami esok 20/1/26..
19/01/2026

Sesiapa berminat dan ada kesempatan,
sila lah ke klinik kami esok 20/1/26..

21/12/2025

Alhamdulillah..
Selesai sudah majlis sempena Pembukaan
Klinik KM SESB, yg bertukar alamat di Bangunan KWSP.

Terima kasih di atas kehadiran, sokongan dan doa para tetamu, juga dari yg tidak dapat hadir..

Ramai pesakit ingat semua ubat mesti diambil selepas makan, iaitu selepas makan nasi.Sebenarnya makanan dalam perut dapa...
15/12/2025

Ramai pesakit ingat semua ubat mesti diambil selepas makan, iaitu selepas makan nasi.

Sebenarnya makanan dalam perut dapat memberi kesan seperti meningkatkan penyerapan ubat, mengurangkqn kesan sampingan dan melindungi lapisan dalam perut.
Manakala ada juga ubat yang memerlukan perut kosong untuk meningkatkan dan mengelakkan gangguan penyerapan.

Ubat yg perlu diambil semasa perut kosong (empty stomach) sepatutnya diambil 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan untuk ia bekerja dengan lebih baik.

Ubat yg perlu diambil dengan makanan (with food) p**a diambil selepas makan makanan ringan (snack) seperti biskut, roti atau buah.

Kebanyakan ubat yang biasa diambil seperti Paracetamol dan ubat selsema p**a tidak terkesan dengan ‘isi perut’ dan boleh diambil sebelum atau selepas makan.
.

Untuk penerangan yg lebih lanjut tentang kaedah merancang keluarga yg sesuai dengan anda, sila la berjumpa dgn Doktor an...
11/12/2025

Untuk penerangan yg lebih lanjut tentang kaedah merancang keluarga yg sesuai dengan anda, sila la berjumpa dgn Doktor anda ..

Ramai orang nampak pejuang 2 garis.
Yang share gambar UPT, yang kongsi berita gembira bakal jadi ibu ayah.

Tapi jarang kita nampak pejuang 1 garis.
Setiap bulan berdebar tunggu keputusan, doa dalam hati, “Harap tak mengandung dulu.”
Bukan sebab tak mahu rezeki anak, tetapi sebab tahu diri dan keluarga belum mampu atau belum bersedia.

Ada yang kewangan semput, perkahwinan masih goyah, baru lepas bersalin, atau sedang bergelut dengan kesihatan mental sendiri.

Perasaan lega bila datang haid, kemudian rasa bersalah dan tertanya “kenapa aku rasa macam ini” itu bukan tanda anda manusia yang jahat. Itu tanda anda sedar tanggungjawab jadi ibu bapa bukan perkara kecil. Kehamilan yang tidak dirancang boleh beri kesan besar pada tubuh, emosi, hubungan, kerjaya dan masa depan anak.

Di sinilah perancangan keluarga jadi sangat penting.

Ada banyak pilihan yang selamat dan terbukti berkesan, contohnya pil perancang, suntikan, implan di lengan, IUCD, kondom dan kaedah kecemasan yang boleh diambil dalam masa tertentu jika hubungan berlaku tanpa perlindungan.

Kebanyakan kaedah ini bersifat sementara. Bila anda dan pasangan rasa sudah bersedia, kaedah boleh dihentikan dan peluang untuk hamil akan kembali mengikut kesihatan masing-masing.

Perancangan keluarga bukan sekadar elak mengandung. Tujuan utama ialah merancang jarak kehamilan supaya tubuh ibu sempat pulih, mengurangkan risiko komplikasi, dan pastikan setiap anak mendapat perhatian, masa dan sumber yang mencukupi.

Jarak kehamilan yang disyorkan biasanya sekurang-kurangnya dua tahun selepas bersalin sebelum hamil semula, bergantung pada keadaan kesihatan.

Anda boleh bertanya tentang pilihan yang sesuai di klinik kesihatan kerajaan, LPPKN atau klinik swasta. Jururawat dan doktor akan terangkan kelebihan, kekurangan dan kesan sampingan setiap kaedah supaya anda boleh pilih ikut keadaan diri, penyakit sedia ada, berat badan, umur dan perancangan hidup. Maklumat ini adalah sulit dan dilindungi, jadi anda tidak perlu malu untuk bertanya.

Hari ini, kita raikan semua pejuang.

Yang berharap muncul 2 garis dan yang setiap bulan berharap kekal 1 garis. Apa pun keputusan, yang penting anda buat dengan ilmu, dapat restu dan persetujuan bersama pasangan, dan yang paling utama, anda jaga diri sendiri sedaya mungkin.

Perancangan keluarga bukan menolak rezeki, tetapi usaha untuk menyambut rezeki pada masa yang lebih selamat untuk ibu, anak dan seluruh keluarga ❤️

Ambil Antibiotik hanya bila diperlukan iaitu bila dijangkiti kuman bakteria, atas preskribsi Doktor  dan habiskan antibi...
22/11/2024

Ambil Antibiotik hanya bila diperlukan iaitu bila dijangkiti kuman bakteria, atas preskribsi Doktor dan habiskan antibiotik seperti yg diarahkan.

Address

Lot BG. 03A, Tingkat Bawah Bangunan KWSP, No. 49, Japan Karamunsing
Kota Kinabalu
88100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088237492

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik KM SESB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik KM SESB:

Share

Category