05/08/2026
Selepas 18 hari konsisten brisk walk, ada satu perkara yang baru saya sedar.
Saya tiada sakit belakang atay kaki
Yang buat saya lebih terkejut, sepanjang brisk walk tu saya bukan jalan seorang. Saya siap dukung baby 1 tahun lagi.
Dulu, kalau berdiri lama atau banyak berjalan, belakang dan kaki cepat sangat rasa tak selesa. Tapi sekarang bila fikir balik. Eh, lama rupanya saya tak mengadu sakit belakang.
Bila saya muhasabah semula, saya rasa perubahan ini bukan datang daripada satu perkara sahaja.
Saya mula konsisten brisk walk.
Saya cuba jaga pemakanan.
Saya turunkan berat badan sedikit demi sedikit.
Dan saya juga konsisten mengambil ResV setiap hari.
Adakah ResV sahaja yang buat sakit belakang saya hilang?
Saya tak boleh kata begitu. Saya percaya perubahan ini adalah hasil gabungan gaya hidup yang lebih sihat dan amalan yang konsisten. Mungkin ResV turut memainkan peranan dalam rutin harian saya, tetapi yang paling penting ialah saya tidak berhenti berusaha.
Kadang-kadang kita terlalu mencari “produk ajaib”, sedangkan perubahan sebenar berlaku apabila kita konsisten melakukan perkara-perkara kecil setiap hari.
Alhamdulillah, hari ini saya lebih bertenaga, lebih mudah bergerak, dan paling saya syukur… saya boleh menikmati brisk walk tanpa dibelenggu sakit belakang seperti dulu.
Perubahan kecil, bila dibuat setiap hari, akhirnya memberi hasil yang besar. ❤️