Felcra Berhad Negeri Sabah

Felcra Berhad Negeri Sabah FELCRA Berhad Merupakan syarikat yang diperbadankan di Bawah Kementerian Kewangan seliaan KKDW

01/06/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”, ๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Daulat Tuanku

Sembah Takzim Daripada

Pengerusi & Lembaga Pengarah,
Ketua Pegawai Eksekutif & Pengurusan Tertinggi,
Warga Kerja, Peserta & Pesara FELCRA Berhad.

๐ŸŒพ Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 ๐ŸŒพโ€œKotobian Tadau Tagazo Do Kaamatanโ€Pesta Kaamatan merupakan lambang kesyukuran ...
31/05/2026

๐ŸŒพ Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 ๐ŸŒพ

โ€œKotobian Tadau Tagazo Do Kaamatanโ€

Pesta Kaamatan merupakan lambang kesyukuran atas hasil tuaian serta wadah untuk memelihara dan menghargai warisan budaya yang diwarisi turun-temurun.

Semoga sambutan Kaamatan tahun ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, memperkukuh silaturahim serta memupuk rasa hormat terhadap kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah.

Ikhlas Daripada

Encik Aliasan Bin Kerman
Pengarah Negeri
Warga Staf & Peserta
FELCRA Berhad Negeri Sabah

โœจ Kaamatan Menyatukan Kita, Warisan Dijaga, Budaya Dihormati. โœจ






Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M.Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, memperkuk...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M.

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, memperkukuh semangat pengorbanan, keikhlasan serta mempereratkan silaturahim sesama kita.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan dan ketaatan demi mencapai kesejahteraan serta kemakmuran yang berterusan.

Ikhlas daripada,
Encik Aliasan Bin Kerman
Pengarah Negeri
Warga Staf & Peserta
FELCRA Berhad Negeri Sabah

25/05/2026
25 Mei 2026 | IsninKunjungan Hormat Delegasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri Sabah๏ฟผ yang diketuai oleh YBhg. ...
25/05/2026

25 Mei 2026 | Isnin

Kunjungan Hormat Delegasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri Sabah๏ฟผ yang diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Awg Ruslli bin Mohammad, Pengarah Suruhanjaya Koperasi (SKM) Negeri Sabah ke FELCRA Berhad๏ฟผ Negeri Sabah telah disambut oleh YBrs. Encik Aliasan Bin Kerman, Pengarah Negeri Sabah bersama barisan pengurusan FELCRA Berhad Negeri Sabah.

Kunjungan ini bertujuan mengukuhkan hubungan strategik serta membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan ekonomi komuniti dan pengukuhan sektor koperasi di negeri Sabah.

Felcra Berhad
Gerakan Koperasi Negeri Sabah

Adakah anda merupakan peserta FELCRA Berhad Negeri Sabah?Bagi peserta yang masih belum mendaftar, pendaftaran masih bole...
22/05/2026

Adakah anda merupakan peserta FELCRA Berhad Negeri Sabah?

Bagi peserta yang masih belum mendaftar, pendaftaran masih boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui portal rasmi berikut:

๐Ÿ‘‰ https://epeserta.felcra.com.my/

Peserta juga boleh menghubungi Pejabat Kawasan berhampiran untuk mendapatkan bantuan serta pertanyaan lanjut berkaitan Portal e-Peserta FELCRA Berhad.

Felcra Berhad

18 Mei 2026Lawatan YBhg. Puan Nur Azhani Binti Ab. Ghani, Timbalan Pengarah Keusahawanan & Sumber Sosio Ekonomi ke Proje...
21/05/2026

18 Mei 2026

Lawatan YBhg. Puan Nur Azhani Binti Ab. Ghani, Timbalan Pengarah Keusahawanan & Sumber Sosio Ekonomi ke Projek Usahawan Chalet Lagenda Kg. Bambangan serta premis perniagaan Min Satey Sandakan.

Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan projek usahawan serta melihat sendiri potensi perniagaan dan kemudahan yang disediakan dalam memperkukuhkan pembangunan ekonomi komuniti peserta FELCRA Berhad.

19.05.2026 | SelasaProgram Lawatan oleh YBhg. Puan Azhani Binti Ab Ghani, Timbalan Pengarah Keusahawanan & Sumber Sosio ...
19/05/2026

19.05.2026 | Selasa

Program Lawatan oleh YBhg. Puan Azhani Binti Ab Ghani, Timbalan Pengarah Keusahawanan & Sumber Sosio Ekonomi ke Projek CPBU Kg. Kiabau, Telupid.

Projek baru sahaja siap kerja-kerja pembinaan dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun ini dengan menyediakan kemudahan glamping kepada para pengunjung. Pengunjung juga berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi serta pelbagai aktiviti menarik yang disediakan melalui pakej pada harga berpatutan yang akan diperkenalkan semasa pelancaran operasi projek ini.

Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif FELCRA Berhad dalam menyediakan program yang mampu menambah pendapatan sampingan kepada kumpulan sasar iaitu peserta projek Kg.Kiabau.

Turut hadir bersama ialah Pengarah Urusan FELCRA Bekalan & Perkhidmatan Sdn Bhd, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan FELCRA Berhad Negeri Sabah, Pengurus Kanan Cawangan Bisnes Bersepadu, Pengurus Bahagian Kejuruteraan Ibu Pejabat, Ketua Unit Hal Ehwal Peserta Sabah, Ketua Unit Kejuruteraan Sabah serta barisan staf Ibu Pejabat, Negeri, Kawasan Sandakan dan Anak Syarikat (FELCRA Bekalan & Perkhidmatan Sdn Bhd)

Program diakhiri dengan sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Puan Timbalan Pengarah Keusahawanan & Sumber Sosio Ekonomi.

19.05.2026 | SelasaKunjungan Hormat oleh YBrs. Encik Aliasan Bin Kerman, Pengarah FELCRA Berhad Negeri Sabah kepada YBhg...
19/05/2026

19.05.2026 | Selasa

Kunjungan Hormat oleh YBrs. Encik Aliasan Bin Kerman, Pengarah FELCRA Berhad Negeri Sabah kepada YBhg. Encik Jackley Bin Gielbert@Lontou, Pegawai Eksekutif Lembaga Bandaran Kudat.

Kunjungan ini diadakan sebagai usaha memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara FELCRA Berhad Negeri Sabah dan Lembaga Bandaran Kudat

19.05.2026 | SelasaProgram Dialog Tanam Semula Kali Ke-2 bagi Projek Kg. Marudu Laut, FELCRA Berhad Kawasan Kudat telah ...
19/05/2026

19.05.2026 | Selasa

Program Dialog Tanam Semula Kali Ke-2 bagi Projek Kg. Marudu Laut, FELCRA Berhad Kawasan Kudat telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Aliasan Bin Kerman, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Negeri Sabah.

Taklimat Dialog Tanam Semula telah disampaikan oleh Encik Malik Bin Kamal, Ketua Unit Perancang Projek FELCRA Berhad Negeri Sabah

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh barisan Pengurusan Negeri & Kawasan, AJKKP serta para peserta Projek Kg. Marudu Laut atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Address

FELCRA Berhad Negeri
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088487502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Berhad Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Felcra Berhad Negeri Sabah:

Share