Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK )

Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK ) Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK ), Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu, KM 12 Jalan Tuaran Inanam, Kota Kinabalu.

Sekolah Tunas Bakti adalah institusi Sekolah Diluluskan bagi pendidikan, latihan dan penahanan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 65 (sekolah diluluskan) Akta Kanak-Kanak 2001 Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu adalah sebuah institusi pemulihan akhlak atau Sekolah Yang Diluluskan untuk tahanan dan pemulihan bagi kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun yang bermasalah seperti berikut:-
(i) Kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah(Criminal)

10 Julai 2026 | Jumaat |PROGRAM PSIKO-PENDIDIKAN: BERSAMA MEMBINA PERSEKITARAN SELAMAT TANPA BULI DAN V**E📅 10 Julai 202...
10/07/2026

10 Julai 2026 | Jumaat |

PROGRAM PSIKO-PENDIDIKAN: BERSAMA MEMBINA PERSEKITARAN SELAMAT TANPA BULI DAN V**E

📅 10 Julai 2026 (Jumaat)
📍 Bilik Mesyuarat STBKK

Unit Psikologi dan Kaunseling STBKK telah melaksanakan Program Psiko-Pendidikan: Bersama Membina Persekitaran Selamat Tanpa Buli dan V**e yang bertujuan meningkatkan kesedaran penghuni mengenai bahaya buli dan penggunaan v**e serta membina kemahiran membuat pilihan yang lebih positif.

Sepanjang program, para peserta mengikuti sesi ceramah, perbincangan kumpulan, dan role play "Pilih Jalan Yang Betul". Melalui aktiviti interaktif ini, peserta berpeluang memahami jenis-jenis buli, kesannya terhadap mangsa, pembuli dan saksi, di samping mengenali risiko penggunaan v**e terhadap kesihatan fizikal, mental dan tingkah laku.

Program ini turut memberi penekanan kepada kepentingan mengawal emosi, menangani tekanan serta pengaruh rakan sebaya, dan membina kemahiran membuat keputusan yang sihat serta bertanggungjawab.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi panduan kepada para penghuni untuk membentuk sahsiah yang lebih positif, saling menghormati, serta mewujudkan persekitaran yang selamat, harmoni dan bebas daripada budaya buli serta penggunaan v**e.

"Keberanian sebenar bukanlah membuli atau mengikut tekanan rakan sebaya, tetapi berani mengawal diri dan membuat pilihan yang membawa kebaikan."

**e

29 Jun 2026 (Isnin)PROGRAM PEMANTAPAN PSTI TAHAP 4 & BENGKEL ASAS PENGACARAAN DAN PENGURUSAN MAJLIS Alhamdulillah, Progr...
29/06/2026

29 Jun 2026 (Isnin)

PROGRAM PEMANTAPAN PSTI TAHAP 4 & BENGKEL ASAS PENGACARAAN DAN PENGURUSAN MAJLIS

Alhamdulillah, Program Pemantapan PSTI Tahap 4 dan Bengkel Asas Pengacaraan dan Pengurusan Majlis telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama antara Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu (STBKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Kota Kinabalu (PKKK).

Program ini bertujuan memperkasakan kemahiran komunikasi, meningkatkan keyakinan diri, memupuk nilai kepimpinan serta memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pengacaraan dan pengurusan majlis yang berkesan.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Pn Norzarihan binti Kasman, Pegawai Psikologi STBKK merangkap wakil Pengetua STBKK. Turut hadir ialah Yang Berusaha Encik Abd Ghani, Pengerusi PKKK Kota Kinabalu, Ahli Jawatankuasa PKKK Kota Kinabalu, para guru, pegawai dan Ahli PSTI serta penghuni institusi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi pembangunan sahsiah, kemahiran insaniah dan kesejahteraan para penghuni institusi.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berguna untuk membentuk individu yang lebih berkeyakinan, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Alhamdulillah.  Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu kali ini terpilih selaku Host bagi Program Gema Rohani Kalam Al-Athfal...
11/06/2026

Alhamdulillah. Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu kali ini terpilih selaku Host bagi Program Gema Rohani Kalam Al-Athfal.
Tarikh:11 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi
Host: Sekolah Tunas Bakti (STBKK) Kota Kinabalu

Program yang diadakan setiap dua minggu secara dalam talian (Google Meet) merupakan inisiatif Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak yang bertujuan menggilap potensi, keyakinan, dan bakat kanak-kanak di Institusi JKM melalui pengisian kerohanian.

Program kali ini dijayakan dengan bacaan Yassin, bacaan doa serta tazkirah yang disampaikan sendiri oleh Penghuni STBKK.


“Bila hidup mengajar tentang kehilangan, Aidiladha mengajar tentang keikhlasan.”Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat S...
29/05/2026

“Bila hidup mengajar tentang kehilangan, Aidiladha mengajar tentang keikhlasan.”

Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat STBKK akan diadakan dengan kerjasama Ahli Lembaga Pelawat (ALP) STBKK.
Tarikh : 29hb mei 2026
Tempat : Asrama STBKK

STBKK telah menerima seekor kerbau untuk tujuan ibadah korban. Sebelum sembelihan, dilakukan sedikit tazkirah korban serta penerangan kaedah sembelihan oleh ahli lembaga pelawat STBKK. Disaksikan penghuni dan warga STBKK, Pengerusi ALP STBKK Datuk Dr Heddis bin Parasin @ Salleh Abdullah sendiri melakukan sembelihan korban dan seterusnya mengagihkan daging korban kepada penerima. Acara turut meriah dengan aktiviti rewang menguruskan daging korban serta memasak jamuan. Silaturrahim kemesraan sesama keluarga besar STBKK terlihat indah sepanjang program dijalankan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada penyumbang kerbau korban. Semoga ibadah korban itu diterima & mendapat keberkatan Ilahi.
Terima kasih kepada ALP STBKK, kakitangan beserta keluarga yang turut hadir memeriahkan suasana harmoni bersama anak-anak STBKK yang tidak balik bercuti.

“Selamat Hari Raya Aidiladha… semoga yang patah kembali pulih, dan yang hilang diganti indah"


🌾✨ PROGRAM SUAI-KENAL ALP & SAMBUTAN KAAMATAN PERINGKAT STBKK 2026 ✨🌾📅 19 Mei 2026 (Selasa)📍 Dewan Serbaguna STBKKSTBKK ...
23/05/2026

🌾✨ PROGRAM SUAI-KENAL ALP & SAMBUTAN KAAMATAN PERINGKAT STBKK 2026 ✨🌾

📅 19 Mei 2026 (Selasa)
📍 Dewan Serbaguna STBKK

STBKK telah mengadakan Program Suai-Kenal Ahli Lembaga Pelawat (ALP) dan Sambutan Kaamatan Peringkat STBKK dalam suasana penuh meriah, harmoni dan semangat kekeluargaan melibatkan warga kerja serta penghuni STBKK.

Program dimulakan dengan pertandingan Bintang Remaja dan Sugandoi Staff yang berjaya menyerlahkan bakat, keyakinan diri dan kreativiti para peserta. Pelbagai persembahan menarik turut dipersembahkan termasuk tarian sambutan tetamu, persembahan etnik Murut “Tatagom Do Kuron” oleh penghuni serta tarian daripada staff wanita STBKK.

Majlis turut diserikan dengan sesi suai-kenal bersama Ahli Lembaga Pelawat STBKK, penyerahan bilik angkat kepada ALP, acara penghargaan “Jasamu Dikenang” kepada En. Faizan Kajul sempena perpindahan beliau ke JPKAS HQ serta pengumuman Pekerja Contoh Januari hingga April 2026.

Selain itu, penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan dan pakaian etnik tercantik turut diadakan bagi memeriahkan sambutan Kaamatan yang sinonim dengan perpaduan, budaya dan semangat kebersamaan.

Kemuncak program diteruskan dengan sesi bergambar serta acara potong kek sambutan hari lahir penghuni Januari hingga Jun 2026 dan Sambutan Hari Guru sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang warga STBKK.

Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan silaturahim, semangat kerja berpasukan serta mewujudkan suasana institusi yang positif, ceria dan penuh nilai kekeluargaan. 🌺✨






PROGRAM PEMANTAPAN KERJA BERPASUKAN & PEMBUDAYAAN KESERONOKAN BEKERJA : AKTIVITI TRIM & FIT ZUMBA STBKK SIRI 3/2026📅 20 ...
23/05/2026

PROGRAM PEMANTAPAN KERJA BERPASUKAN & PEMBUDAYAAN KESERONOKAN BEKERJA : AKTIVITI TRIM & FIT ZUMBA STBKK SIRI 3/2026

📅 20 Mei 2026 (Rabu)
⏰ 3.00 Petang – 4.30 Petang
📍 Dewan Serbaguna STBKK

Program ini telah melibatkan seramai 43 orang peserta terdiri daripada 28 orang penghuni STBKK dan 15 orang staff STBKK. Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan memperkukuh semangat kerja berpasukan, menggalakkan budaya kerja yang positif serta menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga STBKK.

Antara objektif utama program adalah untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama antara staff dan penghuni melalui aktiviti santai dan interaktif, di samping membantu mengurangkan tekanan emosi melalui senaman aerobik yang menyeronokkan. Program ini turut memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental sebagai asas kesejahteraan diri dan suasana kerja yang harmoni.

Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti Aktiviti Senaman Zumba yang dikendalikan oleh En. Firman bin Kadir dengan penuh semangat, ceria dan aktif. Suasana program yang santai dan menyeronokkan berjaya mewujudkan interaksi positif, semangat komuniti serta pengalaman bermakna antara semua peserta.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan sebagai salah satu medium memperkukuh kesejahteraan psikososial, kecergasan serta budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga STBKK.





PROGRAM TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) Pada 22 Mei 2026 (Jumaat), telah berlangsung Taklimat Progra...
22/05/2026

PROGRAM TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)

Pada 22 Mei 2026 (Jumaat), telah berlangsung Taklimat Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertempat di Bilik Mesyuarat STBKK melibatkan seramai 29 orang peserta.

Program yang diselaraskan oleh Pn Norzarihan ini telah disampaikan oleh En Firman selaku Pemimpin ARPRM bagi memberi pendedahan awal kepada peserta berkaitan pelaksanaan program, tatacara pengisian buku log serta pemilihan komponen yang bersesuaian mengikut minat dan potensi diri peserta.

Antara pengisian yang dijalankan:
✨ Taklimat Program ARPRM
✨ Tatacara Pengisian Buku Log
✨ Pemilihan Komponen Program
✨ Lafaz Ikrar Tahap Gangsa ARPRM

Peserta turut diberikan penerangan berkaitan komponen utama program seperti:
▪️ Khidmat Masyarakat
▪️ Rekreasi Fizikal
▪️ Kemahiran
▪️ Penjelajahan Lasak

Sepanjang program berlangsung, peserta menunjukkan komitmen, minat dan penglibatan yang sangat baik terutama dalam sesi soal jawab serta pemilihan komponen program.

Semoga program ini menjadi platform terbaik dalam membentuk sahsiah, disiplin, kepimpinan dan pembangunan potensi diri remaja secara positif dan berstruktur.







Program Pemantapan Personnel Warga Kerja Institusi JPKAS 2026
30/04/2026

Program Pemantapan Personnel Warga Kerja Institusi JPKAS 2026

PROGRAM MODUL PEER SUPPORT TEAM INSTITUSI (PSTI) 📅 Tarikh: 18 April 2026 (Jumaat)📍 Tempat: Bilik Msyrt STBKK Alhamdulill...
17/04/2026

PROGRAM MODUL PEER SUPPORT TEAM INSTITUSI (PSTI)

📅 Tarikh: 18 April 2026 (Jumaat)
📍 Tempat: Bilik Msyrt STBKK

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Modul Pembinaan Kendiri Peer Support Team Institusi (PSTI) yang melibatkan penyertaan 10 orang ahli PSTI STBKK.
Program ini dilaksanakan secara santai dan interaktif melalui pendekatan Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Sepanjang program, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti menarik dan mencabar seperti:

1. Ice Breaking – “1 Perkataan Diri Saya”
2.Kenali Personaliti – “Gaya Aku”
3.Kenali Potensi – “Pokok Potensi Diri”
4.Aktiviti “Kerusi Panas”
5.Pembinaan Matlamat – “Target Hidup”

Program ini bertujuan untuk membantu peserta mengenali diri, membina keyakinan serta mengasah potensi sebagai Peer Support Team (PSTI) yang mampu menjadi pembimbing rakan sebaya

Melalui aktiviti yang dijalankan, peserta dilihat lebih berani tampil ke hadapan, berkongsi pandangan serta menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi.

Paling menarik, sesi penutup menyaksikan semua peserta dengan penuh semangat melaungkan:
“SAYA BOLEH! SAYA KUAT! SAYA PSTI!”

Semoga program ini menjadi titik permulaan kepada perubahan positif dalam diri setiap peserta serta melahirkan individu yang lebih berdaya tahan, berempati dan saling menyokong
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!






Address

Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu, KM 12 Jalan Tuaran Inanam
Kota Kinabalu
88300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK ) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share