Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square

Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square, Medical Center, B-11-O, Lot11, Block B, Ground Floor Lintas Square, Jalan Lintas, Kota Kinabalu.

Range of Medical Services

NCD follow up
Medical Check Up
Health Screening
Medical Report
ECG
Nebulisation
Vaccination (Adult&Chidlren)
Minor Surgery
Wound Dressing
Dengue/Influenza/Covid/Urine/Urine Drug Rapid Test
Family Medicine (Adult&Children) Medical Service
General Medical Treatment – for adults & children
Management of Chronic diseases – Hypertension, Diabetes, Asthma etc
Management of O

bstetrics & Gynecological conditions
Management of Orthopedic conditions
Management of Skin conditions
Management of Eye conditions
Management of ENT conditions
Management of Asthma and Nebulizer treatment

Surgical Procedures
Minor surgical procedures including circumcision
Preventive /Rehabilitative
Pre-employment& food handlers examination
Physiotherapy
Health Education
Medical talks/seminars

Women & Children
Management of Ante natal & Post natal cases
Immunization for children & adults

Laboratory Test and Other Investigation
Urine FEME
Urine drug test
ECG
Ultrasound
Audiometry
Pap Smear
Deep Heart Therapy
Radiology (x-ray) services
Spirometry
Blood test

09/07/2026

Mandi malam bukan punca paru-paru berair.

Ini antara mitos kesihatan yang masih kuat dalam masyarakat.

“Jangan mandi malam, nanti paru-paru masuk air.”
“Jangan mandi malam, nanti paru-paru berair.”

Secara medical, air mandi tidak masuk ke paru-paru melalui kulit.

Paru-paru berair biasanya merujuk kepada dua keadaan:

1. Cecair berkumpul di luar paru-paru
Ini dipanggil pleural effusion.
2. Cecair berkumpul dalam paru-paru
Ini lebih kepada pulmonary edema, selalunya berkait dengan masalah jantung.

Punca sebenar boleh termasuk:

Jangkitan paru-paru seperti pneumonia
Masalah jantung
Tuberkulosis
Masalah buah pinggang atau hati
Kanser
Darah beku di salur paru-paru

Mandi malam tidak menyebabkan semua ini.

Cuma, kalau seseorang memang sudah tidak sihat, sedang demam, menggigil, ada asma, atau badan terlalu lemah, mandi air terlalu sejuk mungkin boleh buat badan rasa lebih tidak selesa.

Itu bukan bermaksud mandi malam menyebabkan paru-paru berair.

Jangan salahkan mandi malam sampai terlepas punca sebenar.

Kalau ada sesak nafas, batuk teruk, sakit dada, kaki bengkak, cepat penat, demam berpanjangan atau nafas berbunyi, dapatkan pemeriksaan.

Paru-paru berair bukan diagnosis yang boleh diselesaikan dengan pantang mandi malam.

Ia perlu dicari puncanya.



05/07/2026

KEMAS RUMAH PENAT… TAPI BERAT TAK TURUN?

Penat ≠ Fat Loss

Kerja rumah seperti mop, sidai baju dan lipat kain memang guna tenaga. Ia bagus kerana badan bergerak dan kurang duduk lama.

Namun, kebanyakan kerja rumah bersifat “stop-start”:
• Sekejap buat, sekejap berhenti
• Pergerakan tidak berterusan
• Heart rate tidak kekal tinggi

Untuk bakar kalori dengan lebih efektif, heart rate perlu:
• Naik ke zon sederhana atau tinggi
• Kekal dalam tempoh tertentu

Anggaran mudah:
Maximum heart rate = 220 – umur

Zon sederhana: 50–70%
Zon tinggi: 70–85%

Contoh umur 40 tahun:
Maximum heart rate ≈ 180 bpm
Zon sederhana: 90–126 bpm
Zon tinggi: 126–153 bpm

Kalau heart rate naik sekejap-sekejap sahaja, kalori tetap terbakar, tetapi kesannya kecil untuk turunkan berat.
Ingat:
Berat turun = Kalori masuk < Kalori keluar

Kerja rumah membantu, tetapi jika makan berlebihan, berat tetap susah turun.

Nak lebih efektif?
• Buat kerja rumah dengan pace lebih laju
• Kurangkan berhenti lama
• Sasarkan 20–30 minit pergerakan berterusan
• Tambah brisk walk
• Tambah latihan kekuatan

KESIMPULAN

Kerja rumah = aktiviti fizikal
Tetapi fat loss perlukan:
• Heart rate cukup tinggi
• Tempoh cukup lama
• Kawalan kalori
• Otot lebih aktif

Penat itu real.
Tapi penat sahaja belum tentu cukup untuk fat loss.

01/07/2026

SLE: bila sistem imun tersalah serang tubuh sendiri

Ada orang nampak sihat dari luar, tetapi tubuhnya sedang “berperang” setiap hari.

SLE atau Systemic Lupus Erythematosus ialah penyakit autoimun kronik. Maksudnya, sistem imun yang sepatutnya melindungi badan tersalah menyerang tisu dan organ sendiri. Ia boleh melibatkan kulit, sendi, darah, buah pinggang, paru-paru, jantung dan sistem saraf.

Gejala SLE boleh datang dan pergi. Ada masa stabil. Ada masa flare.

Antara gejala yang boleh berlaku:

Rasa terlalu letih walaupun cukup tidur
Sakit atau bengkak sendi
Demam berulang tanpa sebab jelas
Ruam merah di muka, terutama bentuk “butterfly rash”
Kulit sensitif kepada cahaya matahari
Rambut gugur
Ulser mulut yang kerap
Sakit dada atau sesak nafas
Bengkak kaki atau sekitar mata
Air kencing berbuih atau perubahan kencing

Gejala paling biasa termasuk extreme fatigue, sakit atau bengkak sendi, ruam kulit, demam, rambut gugur dan ulser mulut.

SLE bukan sekadar “penat biasa”.
Bukan sekadar “kulit sensitif”.
Bukan juga penyakit yang boleh dikenal pasti dengan satu gejala sahaja.

Sebab itu SLE kadang-kadang lambat dikesan. Gejalanya boleh menyerupai banyak penyakit lain, dan tahapnya boleh berbeza daripada ringan hingga serius.

Jumpa doktor jika anda mengalami gabungan gejala seperti penat melampau, sakit sendi, ruam muka, demam berulang, ulser mulut atau rambut gugur tanpa sebab jelas.

Lebih penting, dapatkan rawatan segera jika ada bengkak kaki, sesak nafas, sakit dada, sawan, keliru, atau perubahan kencing.

SLE tidak semestinya nampak dari luar.
Tapi bagi pesakit, ia sangat nyata.

Jangan cepat label orang “mengada-ngada” bila mereka kata badan terlalu penat. Kadang-kadang tubuh mereka sedang melawan sesuatu yang kita tidak nampak.



25/06/2026

Café-au-lait: Tompok “kopi susu” pada kulit anak

Pernah nampak tompok coklat muda pada kulit anak, seakan warna kopi bercampur susu?

Itulah yang dipanggil café-au-lait spot.

Ia biasanya berbentuk rata, berwarna coklat muda hingga coklat, dan boleh muncul sejak lahir atau ketika awal kanak-kanak.

Satu atau dua tompok kecil selalunya tidak berbahaya.

Tetapi, ibu bapa perlu lebih peka jika tompok ini semakin banyak.

Bila perlu bimbang?

Dapatkan pemeriksaan doktor jika anak mempunyai:

🚨 6 atau lebih tompok café-au-lait, terutama jika saiznya melebihi 5 mm pada kanak-kanak atau 15 mm selepas akil baligh.

🚨Tanda ini boleh menjadi petunjuk kepada keadaan genetik seperti Neurofibromatosis Type 1, NF1, terutama jika disertai gejala lain.

Gejala lain yang perlu diperhatikan:

🚨 Selain tompok café-au-lait, perhatikan juga jika anak mempunyai bintik-bintik halus di kawasan ketiak atau celah paha, benjolan lembut pada kulit, masalah penglihatan, kelewatan perkembangan, masalah pembelajaran atau tumpuan. Gejala ini boleh berlaku dalam NF1, tetapi penilaian doktor diperlukan untuk pengesahan.

Jangan panik, tetapi jangan abaikan.

Bukan semua tompok café-au-lait bermaksud anak mempunyai penyakit genetik. Namun, jika bilangannya banyak atau disertai tanda lain, pemeriksaan awal boleh membantu anak mendapat pemantauan dan rawatan yang sesuai.

Tompok kecil mungkin nampak biasa, tetapi perubahan pada kulit anak kadang-kadang memberi petunjuk penting tentang kesihatan mereka.

19/06/2026

GULA NORMAL, TAPI KOLESTEROL TINGGI. SELAMAT KE?

Ramai orang rasa lega bila bacaan gula normal.

“Alhamdulillah, tak ada diabetes.”

Betul. Itu berita baik.

Tapi jangan lupa satu lagi bacaan yang boleh buat salur darah tersumbat secara senyap: kolesterol LDL.

LDL apabila terlalu tinggi, ia boleh terkumpul dalam dinding salur darah dan membentuk plak.

Lama-lama, plak ini buat laluan darah makin sempit.

Bayangkan salur darah macam jalan raya.

Kalau gula tinggi, permukaan jalan lebih mudah rosak dan retak.

Tapi kalau LDL tinggi, “timbunan lemak” masih boleh terkumpul di tepi jalan itu.

Maksudnya, walaupun gula normal, kalau LDL tinggi, risiko salur darah sempit tetap ada.

Gula tinggi memang boleh mempercepatkan kerosakan salur darah. Tapi gula normal bukan bermaksud salur darah confirm selamat.

Lebih-lebih lagi kalau ada faktor lain seperti darah tinggi, merokok, obesiti, kurang bersenam, sejarah keluarga serangan jantung muda, atau triglyceride tinggi.

Yang menakutkan, proses ini selalunya tidak sakit.

Tiada tanda.
Tiada rasa sempit.
Tiada bunyi amaran.

Tahu-tahu, plak boleh pecah. Darah beku terbentuk. Salur darah tersumbat tiba-tiba.

Kalau berlaku di jantung, boleh jadi serangan jantung.
Kalau berlaku di otak, boleh jadi strok.

Jadi jangan tengok gula sahaja.

Tengok juga LDL, HDL, triglyceride, tekanan darah, berat badan dan gaya hidup.

Mudahnya:

Gula tinggi mempercepatkan kerosakan.
LDL tinggi membina plak.
Dua-dua boleh membawa kepada salur darah tersumbat.

Gula normal itu bagus. Tapi kalau kolesterol tinggi, jangan buat-buat tenang.

Salur darah boleh “jem” lama sebelum badan mula bagi signal.



Wishing everyone a wonderful holiday! Please note that we will be open as usual 8am-8pm to serve you throughout the holi...
02/06/2026

Wishing everyone a wonderful holiday! Please note that we will be open as usual 8am-8pm to serve you throughout the holidays. TQ

Selamat Hari Raya Adiladha to all our valued patients and friends 🕌🌟Please be informed that our clinic will continue to ...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Adiladha to all our valued patients and friends 🕌🌟

Please be informed that our clinic will continue to operate as usual during this period. Stay safe and have a wonderful celebration🙏

21/05/2026

Hari ini volume dinaikkan sebab lagu rasa lagi sedap. 20 tahun nanti, suara orang depan mata pun mungkin kedengaran macam berbisik.

Hampir 1 bilion belia di seluruh dunia dilaporkan berisiko mengalami kehilangan pendengaran akibat tabiat mendengar bunyi terlalu kuat melalui earbuds atau headphone dalam tempoh yang lama.

Masalahnya, ramai orang muda tidak rasa benda ini bahaya.

Sebab sekarang telinga masih boleh dengar.
Lagu masih jelas.
Bass masih padu.

Bila telinga berdengung sekejap selepas buka earbuds, kita anggap itu perkara biasa.

Tapi kehilangan pendengaran akibat bunyi kuat biasanya tidak datang mengejut.

Ia datang senyap-senyap.

Sebelum, dengar lagu kuat-kuat rasa puas.
Selepas 20 tahun, orang bercakap dekat meja pun perlu diulang dua tiga kali.

Sebelum, earbuds jadi teman setiap hari.
Selepas 20 tahun, suasana ramai mula jadi memenatkan sebab semua bunyi bercampur dan susah difahami.

Sebelum, telinga berdengung dianggap kecil.
Selepas 20 tahun, baru sedar itu mungkin amaran awal yang dulu kita selalu abaikan.

Amalkan Rule 60/60.

Dengar pada volume tidak melebihi 60 peratus, dan rehatkan telinga selepas 60 minit penggunaan.

Jaga telinga hari ini, supaya esok dunia tidak jadi perlahan sebelum waktunya.

16/05/2026

HEIMLICH MANEUVER: ILMU KECIL YANG BOLEH SELAMATKAN NYAWA

Kadang-kadang tragedi berlaku bukan sebab orang sekeliling tidak peduli.

Tetapi sebab mereka panik.

Nampak seseorang tercekik, muka mula cemas, tangan pegang leher, suara tak keluar, batuk pun tak mampu. Dalam beberapa saat, suasana boleh berubah jadi kelam-kabut.

Sebab itu kita kena tahu asas pertolongan cemas untuk kes tercekik.

Kalau mangsa masih boleh batuk, bercakap atau bernafas, galakkan dia batuk sekuat mungkin. Jangan terus tepuk belakang secara membabi buta.

Tetapi kalau mangsa sudah tidak boleh bercakap, tidak boleh batuk dengan kuat, susah bernafas atau muka mula berubah pucat/kebiruan, ini tanda saluran pernafasan mungkin tersumbat.

Untuk orang dewasa dan kanak-kanak lebih 1 tahun, lakukan langkah ini:

Bongkokkan mangsa sedikit ke hadapan.

Beri 5 tepukan kuat di bahagian belakang, antara dua tulang belikat.

Jika masih tersumbat, berdiri di belakang mangsa.

Letakkan genggaman tangan sedikit atas pusat, pegang dengan tangan sebelah lagi, kemudian tolak ke dalam dan ke atas dengan kuat.

Ulang kitaran 5 tepukan belakang dan 5 tujahan abdomen sehingga objek keluar atau bantuan tiba.

Kalau mangsa tidak sedarkan diri, hubungi 999 dan mulakan CPR jika anda tahu caranya.

Penting juga untuk tahu, Heimlich maneuver tidak sesuai untuk bayi bawah 1 tahun. Untuk bayi, tekniknya berbeza dan perlu lebih berhati-hati.

Jangan angkat anak terbalik.
Jangan korek mulut secara membuta tuli.
Jangan suruh minum air ketika sedang tercekik.
Jangan tunggu “kejap lagi okeylah” kalau mangsa sudah tidak boleh bernafas.

Ini ilmu yang nampak kecil.

Tapi dalam situasi sebenar, orang yang tahu apa perlu dibuat boleh jadi beza antara panik dan peluang kedua untuk hidup.

Belajar. Ingat. Kongsi.

Sebab kita tak pernah tahu, satu hari nanti tangan kita mungkin yang paling dekat untuk menyelamatkan seseorang.




Address

B-11-O, Lot11, Block B, Ground Floor Lintas Square, Jalan Lintas
Kota Kinabalu
88300

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 20:00

Telephone

+6088276760

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square:

Shortcuts

Share

Category