A Gift of Life Sabah

A Gift of Life Sabah Pusat Sumber Transplan Sabah
(Sabah Transplant Resource Centre),
Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu & Sabah Transplant Coordinators Association (STCA)

๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€๐—ฝ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต (๐—ฃ๐—ฆ๐—ง๐—ฆ)
๐˜š๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜Š๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฆ

Organ donation efforts in Sabah have been ongoing since 1995, with awareness campaigns and pledge registration drives. To support the donation process at the hospital level, the Tissue and Organ Procurement Team (TOP Team) was later formed at Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Following the 2008 Ministry of Health directiv

e, the Regional Transplant Procurement Management Unit (RTPMU) was established in 2012 to oversee the organ donation program across Sabah, Labuan F.T., and Lawas (northern Sarawak). This social media page, A Gift of Life Sabah, was launched on 24 July 2012 and has since been actively conducting public awareness campaigns, publishing educational materials, and addressing doubts and misconceptions about organ donation. On 12 July 2014, RTPMU developed to PSTS focusing on public awareness, hospital staff training, and clinical coordination in organ donation activities for Sabah.

25/07/2026
๐Ÿ“ฃ ๐’๐„๐ƒ๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐’๐”๐๐† ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐ˆ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐ˆ๐“๐‚๐‚ ๐Œ๐š๐ฅ๐ฅ, ๐๐ž๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ง๐ Program Derma Darah bersama Jabatan Siasatan Jenayah Na...
25/07/2026

๐Ÿ“ฃ ๐’๐„๐ƒ๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐’๐”๐๐† ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐ˆ

๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐ˆ๐“๐‚๐‚ ๐Œ๐š๐ฅ๐ฅ, ๐๐ž๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ง๐ 

Program Derma Darah bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah

Jom Derma Darah dan berikrar sebagai penderma Organ . Program ini berlangsung sehingga esok 26 Julai 2026 (10.00 pagi - 5 petang)๐Ÿ’š

24/07/2026
11-12 JULAI 2026 I EG MALL INANAMKaunter Jom Ikrar Derma Organ Sempena Kempen Derma Darah PKPIMJutaan terima kasih kepad...
17/07/2026

11-12 JULAI 2026 I EG MALL INANAM

Kaunter Jom Ikrar Derma Organ Sempena Kempen Derma Darah PKPIM

Jutaan terima kasih kepada para pengunjung yang sudi hadir.

Aktiviti ini akan bersambung pada 25-27 Julai di ITCC Penampang. Semua warga dijemput hadir untuk menderma darah dan menjadi pengikrar organ

๐Ÿ’š Tahniah Hospital Selayang, Terima Kasih kepada Para Penderma Organ dan ahli keluarga yang mengizinkan pendermaan yang ...
15/07/2026

๐Ÿ’š Tahniah Hospital Selayang, Terima Kasih kepada Para Penderma Organ dan ahli keluarga yang mengizinkan pendermaan yang membawa sinar harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan. ๐Ÿ’

PENDERMAAN ORGAN: MEMBINA HARAPAN, MENYELAMATKAN KEHIDUPAN

Alhamdulillah, saya menerima satu perkhabaran yang amat menyentuh hati dan membanggakan daripada rakan-rakan di Hospital Selayang. Dalam tempoh kurang daripada 72 jam, Pasukan Pemindahan Organ (Transplant Team) hospital tersebut telah berjaya melaksanakan LIMA (5) pembedahan pemindahan buah pinggang!

Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghormatan kepada para penderma organ dan waris keluarga atas pengorbanan yang tiada galang gantinya ini. Hakikatnya, setiap ikrar pendermaan organ adalah satu harapan baharu untuk menyelamatkan nyawa. Ia merupakan sebuah anugerah "Gift of Life" yang menyambung nafas pesakit yang sekian lama menanti keajaiban.

Namun, hasrat murni ini tidak akan terlaksana tanpa kefahaman dan persetujuan waris. Oleh itu, kepada semua pengikrar penderma organ, sampaikanlah pesanan tulus ini kepada ahli keluarga anda: "Warisku, Hormati Ikrarku". Peranan waris amat kritikal dalam menunaikan hasrat terakhir anda demi memberikan kehidupan kedua buat insan lain.

Kepada seluruh warga kerja KKM di Hospital Selayang yang menjayakan misi besar iniโ€”Pakar-pakar Bedah Urologi, Pasukan Anestesiologi, Radiologi Intervensi (IR), Penyelaras Pemindahan, Ahli Farmasi, dan semestinya barisan Jururawat Dewan Bedah (OT)โ€”Syabas dan Tahniah!

Saya amat tersentuh apabila dimaklumkan sebuah kisah di sebalik dewan bedah. Dalam keadaan keletihan berhempas-pulas menyelamatkan nyawa, seorang jururawat OT yang disapa hanya mengukir senyuman. Saat ditanya mengenai kesediaan jika ada lagi pembedahan yang bakal menyusul, beliau dengan penuh semangat dan ikhlas membalas, "We are ok, can still do."

Tiada segaris keluhan, yang ada hanyalah tahap kesiapsiagaan dan dedikasi luar biasa demi memastikan pesakit End-Stage Kidney Disease (ESKD) menerima rawatan yang terbaik. Anda semua telah bekerja keras melangkaui kudrat, namun tetap teguh memikul amanah ini.

Inilah manifestasi sebenar roh pengorbanan dan nilai Ihsan yang mendasari warga Kementerian Kesihatan Malaysia. Bakti luhur anda semua sentiasa dalam doa dan ingatan saya. Terima kasih, wira-wira kesihatan negara di Hospital Selayang!





11 Julai 2026 | Dewan Holy Grace Methodist, TawauJom Ikrar Derma Organ bersempena dengan Sambutan Hari Penderma Darah Se...
11/07/2026

11 Julai 2026 | Dewan Holy Grace Methodist, Tawau

Jom Ikrar Derma Organ bersempena dengan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Hospital Tawau 2026 sedang berjalan bermula 9:00 pagi hingga 3:00 petang di Dewan Holy Grace Methodist, Jalan Timur, Tawau.

Orang ramai sekitar Tawau dialu-alukan tampil menderma darah, dapatkan informasi mengenai derma organ dan ikuti pelbagai aktiviti menarik.

๐Ÿ’š Satu Ikrar, Sejuta Harapan. Dermalah Organ Demi Kehidupan

โค๏ธ Setitis Darah, Demi Kemanusiaan. Derma Darah, Selamatkan Nyawa


KURSUS PEMANTAPAN PENGETAHUAN & KOMPETENSI KEJURURAWATAN BIL 1/2026Tahniah diucapkan kepada semua warga kejururawatan Ho...
08/07/2026

KURSUS PEMANTAPAN PENGETAHUAN & KOMPETENSI KEJURURAWATAN BIL 1/2026

Tahniah diucapkan kepada semua warga kejururawatan Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang telah menjayakan Kursus Pemantapan Pengetahuan dan Kompetensi Kejururawatan Bil 1/2026 di Dewan Auditorium HQE pada 07 Julai 2026 yang lalu.

Kursus sehari ini bertujuan memperbaharui kemahiran klinikal staf kejururawatan selaras dengan perkembangan amalan perubatan terkini.

Antara pengisian utama adalah ceramah khas "Nurses As Transplant Coordinator" oleh KJ Jenifer Sikah (Pusat Sumber Transplan Sabah). Pendedahan ini amat penting dalam memberi , mendalam tentang peranan strategik jururawat di sebalik tabir dalam koordinasi, pendermaan, dan pemindahan organ di hospital.

Terima kasih kepada semua penceramah atas ilmu yang bernilai, serta syabas kepada jawatankuasa pelaksana dan semua peserta yang komited meningkatkan kualiti servis perkhidmatan kita. โค๏ธ

Setitis darah mampu memberi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan. Sambil menderma darah, jangan lupa singgah di K...
07/07/2026

Setitis darah mampu memberi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan. Sambil menderma darah, jangan lupa singgah di Kaunter Jom Ikrar Derma Organ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar sebagai pengikrar penderma organ.

Jumpa anda di sana! โค๏ธ๐Ÿฉธ

๐Ÿฉธ JOM DERMA DARAH, JOM SELAMATKAN NYAWA! โค๏ธ

Setitis darah anda mampu memberi harapan baharu kepada mereka yang memerlukan. Jangan tunggu sehingga kecemasan berlaku โ€“ jadilah wira hari ini!

๐Ÿ“… Tarikh: 11 โ€“ 12 Julai 2026

๐Ÿ•™ Masa: 10.00 pagi โ€“ 4.00 petang

๐Ÿ“ Tempat: EG Mall Inanam (Berhampiran Pintu Keluar Servay)

โœจ Siapa-siapa boleh jadi WIRA, tak kisah jenis darah!

โค๏ธ 1 beg darah mampu menyelamatkan sehingga 3 nyawa.

Ayuh ajak keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang untuk bersama-sama menyokong Kempen Derma Darah PKPIM 2026. Setiap titisan darah anda membawa sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.

4-5JULAI 2026 I Suria Sabah Shoping Mall , Kota KinabaluKempen Derma Darah PKPIMTerima kasih singgah dan daftar sebagai ...
07/07/2026

4-5JULAI 2026 I Suria Sabah Shoping Mall , Kota Kinabalu

Kempen Derma Darah PKPIM

Terima kasih singgah dan daftar sebagai pengikrar Organ

Bagi yang belum berkesempatan, anda dijemput hadir ke event yang seterusnya pada 11-12 Julai 2026 bertempat di EG Mall Inanam.

๐Ÿ’ โ€“ ๐Ÿ“ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐ฎ๐ซ๐ข๐š ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐’๐ก๐จ๐ฉ๐ฉ๐ข๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฅ๐ฅ, ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ๐Š๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง ๐ƒ๐ž๐ซ๐ฆ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐Š๐๐ˆ๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŸฉธSempena Kempen Derma Darah PKPI...
04/07/2026

๐Ÿ’ โ€“ ๐Ÿ“ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐ฎ๐ซ๐ข๐š ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐’๐ก๐จ๐ฉ๐ฉ๐ข๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฅ๐ฅ, ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ

๐Š๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง ๐ƒ๐ž๐ซ๐ฆ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐Š๐๐ˆ๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿฉธ

Sempena Kempen Derma Darah PKPIM 2026, Kaunter Jom Ikrar Derma Organ turut dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat mengenai pendermaan organ serta mendaftar sebagai pengikrar penderma organ.

Bagi yang masih belum berkesempatan hadir, jangan risau! Kempen ini masih berlangsung sehingga esok 5 Julai 2026 (Ahad).

Ayuh bersama-sama menderma darah dan singgah di Kaunter Jom Ikrar Derma Organ untuk mendapatkan maklumat serta mendaftar sebagai pengikrar penderma organ. Setiap titisan darah dan setiap ikrar yang dibuat mampu memberi harapan baharu kepada mereka yang memerlukan.

Address

Jalan Rumah Sakit
Kota Kinabalu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088517555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A Gift of Life Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to A Gift of Life Sabah:

Shortcuts

Share