26/08/2026
25 – 26 Ogos | Kg. Inanam Laut
Pada 25 Ogos 2026, BSMM Daerah Kota Kinabalu telah hadir ke Dewan Mini Kg. Inanam Laut bagi menyantuni serta menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran yang terjejas dalam insiden pada 23 Ogos 2026 yang lalu. Antara bantuan yang disalurkan termasuklah pakaian terpakai, tilam, bantal, sarung bantal, serta bekalan makanan seperti beras, mi kering, minyak masak, gula, dan biskut. Pihak BSMM Daerah Kota Kinabalu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Remy Martin Gunsalam atas sumbangan yang telah diberikan.
Seterusnya pada 26 Ogos 2026, BSMM Daerah Kota Kinabalu telah hadir sekali lagi untuk menyerahkan Hygiene Kit (Set Kebersihan Diri) kepada para mangsa. Penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Puan Misha Wan, Pegawai Tadbir Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kota Kinabalu.
Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh seluruh mangsa kebakaran.