Pergigian Daerah Kota Tinggi

Pergigian Daerah Kota Tinggi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pergigian Daerah Kota Tinggi, Medical and health, Kota Tinggi.

Pergigian Daerah Kota Tinggi

Page ini diwujudkan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan pergigian mulai dari kanak-kanak hingga dewasa.

🎉 Tahniah diucapkan kepada Kueila ZiLa atas kemenangan dalam Pertandingan Rekabentuk T-Shirt Pejabat Pergigian Daerah Ko...
17/08/2026

🎉 Tahniah diucapkan kepada Kueila ZiLa atas kemenangan dalam Pertandingan Rekabentuk T-Shirt Pejabat Pergigian Daerah Kota Tinggi! 🎉

​Sebagai penghargaan, pemenang membawa pulang hadiah istimewa berupa T-shirt yang dicetak dengan rekaan kemenangannya sendiri. Selain itu, beliau turut menerima 2 helai T-shirt tambahan daripada rekaan Top 3. 👕✨

​Syabas dan tahniah diucapkan! 🏆

22/07/2026
Jom Berus Gigi 2026 ! ✨️🪥🦷2minit2Xsehari untuk senyuman menawan sepanjang hayat !Pagi ini, warga daerah Kota Tinggi turu...
22/07/2026

Jom Berus Gigi 2026 ! ✨️🪥
🦷2minit2Xsehari untuk senyuman menawan sepanjang hayat !

Pagi ini, warga daerah Kota Tinggi turut sama memeriahkan Program Jom Berus Gigi 2026 yang diadakan serentak seluruh Malaysia. Program ini merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan amalan berus gigi dan mengingatkan masyarakat bahawa penjagaan kesihatan pergigian bermula dengan amalan harian yang mudah.

Terima kasih kepada semua anggota pergigian, guru, murid, pesakit serta seluruh warga daerah Kota Tinggi yang meluangkan masa menjayakan program ini bersama-sama. Langkah kecil, impak besar✨️ Bersama-sama kita membudayakan senyuman sihat untuk semua ! 😁

22/07/2026

2 minit 2X sehari untuk senyuman sepanjang hayat! 🪥✨"

​Jom tingkatkan kesedaran penjagaan kebersihan mulut bersama Daerah Kota Tinggi!

Saksikan video panduan dan latihan memberus gigi dengan teknik yang tepat dan berkesan.

​Gosok betul-betul, gigi sihat, gusi terpelihara!

Selamat menonton & jangan lupa amalkan ya! 🦷❤️

​

Nota Kaki: Penglibatan murid/kanak-kanak di dalam video ini adalah dengan kebenaran ibu bapa/penjaga.

21/07/2026
APAKAH FAEDAH YANG ANDA BOLEH PEROLEHI DENGAN BERHENTI MEROKOK? 🤔Merokok meningkatkan risiko kepada pelbagai penyakit da...
05/06/2026

APAKAH FAEDAH YANG ANDA BOLEH PEROLEHI DENGAN BERHENTI MEROKOK? 🤔

Merokok meningkatkan risiko kepada pelbagai penyakit dan boleh menjejaskan kesihatan mulut serta badan secara keseluruhan. Faedah berhenti merokok sangat banyak dan manfaatnya bermula seawal beberapa minit selepas rokok terakhir.

Pengarang: Dr Nurul Fatihah binti Hussien (KP Sening)

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.Semoga hari yang penuh keberkatan ini mengajar kita erti k...
27/05/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Semoga hari yang penuh keberkatan ini mengajar kita erti keikhlasan dan pengorbanan yang sebenar dalam mendekatkan diri kepadaNya. Salam Aidiladha, dan selamat menjalani ibadah korban dengan penuh kesyukuran.

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN SERTA LATIHAN KEBAKARAN DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SEBANA COVE.Pada 16 Mei 2026, ...
18/05/2026

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN SERTA LATIHAN KEBAKARAN DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SEBANA COVE.

Pada 16 Mei 2026, anggota Klinik Pergigian Sening telah mengadakan lawatan ke Balai Bomba Dan Penyelamat Sebana Cove untuk menjayakan program ini dengan kerjasama pihak bomba.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk :
Ceramah Kesihatan Pergigian
Pameran pergigian
Permainan interaktif
Pemeriksaan dan rawatan gigi anggota bomba dan penyelamat
Latihan kebakaran (fire drill)

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Balai Bomba Dan Penyelamat Sebana Cove atas kerjasama yang diberikan sepanjang program.

12/05/2026

PENJAGAAN MULUT BAYI YANG BETUL ✨

Kesihatan gigi kekal bermula daripada penjagaan gusi dan gigi susu yang betul. Gigi susu yang rosak bukan saja sakit, tapi boleh mengganggu selera makan anak kita. Mencegah itu lebih baik (dan lebih murah !) dari merawat.

Jom ikuti poster ini untuk mengetahui cara penjagaan yang betul, serta SHARE untuk manfaat ibu bapa lain 👍

Pengarang : Dr Nurul Fatihah binti Hussien (KP Sening)


Address

Kota Tinggi
81900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6078831320

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share