Dr Suhazeli Abdullah

Dr Suhazeli Abdullah Family Medicine Specialist, Charity Activist: Warga Cakna, Aid4Palestine, Book Writers, MedTweetMY, Papisma, MedicalMythBusters Malaysia, MMC

KES MALARIA IMPORT DI TERENGGANU: APA YANG ANDA PERLU TAHU? 🦟Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) buat kenyataan t...
05/06/2026

KES MALARIA IMPORT DI TERENGGANU: APA YANG ANDA PERLU TAHU? 🦟

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) buat kenyataan terbaharu, semua 17 kes malaria yang dilaporkan dari Januari hingga Mei 2026 adalah kes import.

Ini bermakna jangkitan tersebut bermula dari seseorang dari luar negara dan dibawa masuk oleh dia yang telah dijangkiti, bukannya bermula di dalam negeri Terengganu. Pihak JKNT mengesahkan bahawa tiada sebarang penularan tempatan dikesan setakat ini, dan Terengganu kekal mengekalkan status sifar kes malaria manusia tempatan.

Tak perlu bimbang pada siapa yang nak datang berkursus atau bercuti di negeri Terengganu, masih lagi dikira bukan satu wabak yang menakutkan. Datanglah ke negeri Terengganu, negeri paling bahagia.

οΏΌοΏΌLagipun nyamuk yang membawa (vektor) parasit Malaria tersebut adalah khusus.

πŸ” Jom Kenali Vektor Sebenar Penyebaran Malaria

Bagi mengelakkan kekeliruan, malaria tidak berjangkit daripada manusia ke manusia seperti selesema (bukan jangkitan bawaan udara atau sentuhan). Ia memerlukan agen penyebar, iaitu:

🦟 Vektor Utama:
β–ͺ️Nyamuk Tiruk Betina (dari genus Anopheles).
β–ͺ️Bagaimana Ia Merebak? Nyamuk Tiruk betina ini bertindak sebagai vektor dengan menghisap darah pesakit yang sudah mempunyai parasit (Plasmodium). Parasit tersebut kemudiannya membiak di dalam badan nyamuk sebelum dipindahkan p**a kepada individu sihat yang digigitnya selepas itu.

πŸ”¬ Jenis Parasit Malaria
Secara amnya, terdapat dua kategori utama jangkitan yang dikesan berdasarkan jenis parasit:

1. Malaria Manusia: Disebabkan oleh spesies parasit spesifik manusia seperti Plasmodium falciparum, Plasmodium vivax, Plasmodium malariae, dan Plasmodium ovale.

2. Malaria Zoonotik: Jangkitan yang asalnya daripada haiwan (seperti monyet/makak) melalui parasit Plasmodium knowlesi, yang kemudiannya menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang sama. (Kategori ini mencatatkan 4 kes import di Terengganu).

Meskipun kes yang dikesan adalah kes import, JKNT tetap mempergiat aktiviti kawalan vektor (seperti semburan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk) di lokaliti terbabit bagi memastikan Nyamuk Tiruk tempatan tidak menggigit kes import ini lalu menyebarkannya kepada penduduk sekitar.

Sentiasa berwaspada, jaga kebersihan persekitaran, dan jangan mudah mempercayai spekulasi tidak sahih! πŸ›‘οΈ

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
4/6/2026

Saya masih tak boleh move on mengenangkan nasib anak Garissa Kenya ini. Berlatar belakangkan daging dijemur, anak-anak i...
01/06/2026

Saya masih tak boleh move on mengenangkan nasib anak Garissa Kenya ini. Berlatar belakangkan daging dijemur, anak-anak ini tiada waktu makan tetap. Jika kita, sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum teh petang, makan malam dan kekadang belum tidur pun masuk dapur lagi.

Tetapi mereka tidak!

Mereka bergantung kepada diet apa yang ada hari itu. Musim korban sebegini, mungkin keraplah boleh makan. Musim lain? Tunggu mana rezeki yang ada.

Sebab itu daging kering yang dijemur matahari itu amat berguna. Sekurang-kurangnya boleh bertahan hingga 6 bulan.

Saya teringat masa kecil dulu, mak saya buat pekasam daging. Memang enak dan menyelerakan apabila dipanggang atas dapur arang.

Berjaya kita hari ini atas keperitan hidup masa lalu.

Doakan anak-anak Kenya itu dapat mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.


Sebak untuk diceritakan sesi Qurban pada tahun ini. Semoga arwah dicucuri rahmat dan diganjari Syurga Firdausi.Waidu ada...
30/05/2026

Sebak untuk diceritakan sesi Qurban pada tahun ini. Semoga arwah dicucuri rahmat dan diganjari Syurga Firdausi.

Waidu adalah nama timangan. Nama sebenar Abdul Wahid. Namun kemesraan terserlah setiap kali kami melaksanakan program qurban di Garissa, Kenya, beliau dan Isteri Ummi Shenaz adalah yang paling sibuk. Tak menang tangan menguruskan segala perkara bermula booking lembu kambing, booking penginapan dan buat arahan kepada staff tempatan supaya program berjaya.

Allah menyayangi Waidu, sebaik sahaja kami dari Malaysia memulakan perjalanan ke Garissa, Ummi Shenaz mesej Waidu jatuh bilik air dan terus dikejarkan ke Hospital di Nairobi.

Sesampainya kami di Nairobi, terus kami ziarah. Doktor merawat memaklumkan keadaan agak serius.

Kami meneruskan program qurban di Garissa kali ini tanpa Ummi Shenaz dan Waidu. Rindu dengan suara laungan mereka membuat arahan.

Malam raya pertama, berita kematian Waidu terus menyelinap masuk ke kalbu kami. Sedih dan pilu.

Program hari kedua di Garissa terus hilang seri. Namun amanah diteruskan.

Selesai sahaja program di bumi Garissa, kami terus ke Nairobi untuk kunjungan terakhir dan ucapan takziah.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh.

1 BAHAGIAN, 1 NAMA: JANGAN TERSALAH NIAT KORBAN! Menjelang Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, ramai di antara kita yan...
19/05/2026

1 BAHAGIAN, 1 NAMA: JANGAN TERSALAH NIAT KORBAN!

Menjelang Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, ramai di antara kita yang sudah mula mendaftar untuk ibadah korban, kan? Alhamdulillah.

Tapi tunggu dulu! Sebelum hantar nama, jom kita semak semula Syarat Sah Ibadah Korban supaya ibadah kita diterima dan tidak bertukar menjadi sedekah biasa sahaja.

Prinsip asasnya mudah: Satu bahagian haiwan korban HANYA SAH untuk seorang individu. Sila ambil perhatian tentang 4 perkara penting ini:

1️⃣ Seekor Kambing Hanya Untuk Seorang 🐐

Para ulama telah bersepakat bahawa seekor kambing atau kibas tidak boleh dikongsi penamaannya oleh dua orang atau lebih. Satu kambing = satu nama sahaja.

2️⃣ 1/7 Bahagian Lembu = 1 Penama. Walaupun seekor lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian, setiap satu bahagian (1/7) tersebut hanya dikhususkan untuk satu nama sahaja. Tidak boleh satu bahagian lembu dikongsi dua nama.

3️⃣ Kongsi Duit Boleh, Niat Mesti Satu! πŸ’΅
"Kalau kami adik-beradik nak tong-tong (berkongsi duit) beli satu bahagian untuk mak atau ayah, boleh ke?"
πŸ‘‰ BOLEH! Anda dibenarkan berkongsi wang untuk membeli, tetapi korban tersebut wajib diniatkan atas nama seorang individu sahaja (dikira sebagai hadiah/hibah kepada individu tersebut).

4️⃣ Melebihi Had Jadi Sedekah Biasa.
❌
Hati-hati ya! Jika satu bahagian lembu atau seekor kambing dikongsi niatnya untuk beberapa orang, ibadah korban tersebut dikira TIDAK SAH. Ia tidak menjadi ibadah korban, sebaliknya hanya dikira sebagai sedekah daging biasa sahaja.

5️⃣ BOLEH niat kongsi PAHALA dengan keluarga?
TIDAK BOLEH niat kongsi BAHAGIAN/NAMA (contohnya: satu bahagian lembu itu diniatkan kononnya sah untuk 5 orang serentak, itu tidak sah korbannya dan bertukar jadi sedekah daging biasa).

Cara Niat & Akad yang Betul dan Tepat
Untuk mengelakkan kekeliruan (supaya tidak terjatuh kepada hukum kongsi bahagian yang boleh membatalkan korban), berikut adalah cara niat yang terbaik:

Niat di dalam hati: "Sahaja aku berkorban dengan seekor kambing ini / satu bahagian lembu ini kerana Allah Taala, dan aku hadiahkan pahalanya untuk diriku dan ahli keluargaku."

Inilah sejarah hitam yang pernah menggemparkan negara sekitar dua tahun yang lalu. Ianya menjadi satu luka yang mendalam...
15/05/2026

Inilah sejarah hitam yang pernah menggemparkan negara sekitar dua tahun yang lalu. Ianya menjadi satu luka yang mendalam bagi pengamal perubatan yang cintakan anak bangsa.

11/05/2026

[MISI GARISSA: AMANAH ANDA KAMI SAMPAIKAN] πŸ‡°πŸ‡ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

Di sebalik bumi gersang Garissa, Kenya, tersimpan ribuan kisah kedaifan. Namun syukur, kehadiran Warga Cakna membawa sinar baru buat saudara kita di sana.

Melalui sokongan anda, 3 misi utama berjaya dilaksanakan:
βœ… Korban & Aqiqah – Hidangan istimewa buat yang jarang merasa.
βœ… Food Pack – Talian hayat buat dapur yang hampir padam.
βœ… Wakaf Al-Quran – Pelita jiwa buat anak-anak syurga.

Terima kasih rakyat Malaysia. Kerana anda, mereka tidak lagi sendirian. Kasih sayang benar-benar tiada sempadan. ❀️

09/05/2026

"πŸ“’ PERHATIAN: SLOT QURBAN 2026 TERHAD!

Ramai yang dah mendaftar awal untuk pastikan nama mereka tersenarai tahun ini. Jangan sampai saat akhir baru nak cari! πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨

πŸ“ Lokasi Perlaksanaan: Kenya, Mindanao, Sudan.
πŸ’° Harga serendah RM450/Bahagian.

Daftar sekarang sebelum slot ditutup sepenuhnya.

Layari www.wargacakna.org

7 Cara "Tenang" Bila Orang Tak Hargai Kita 🧠✨Pernah tak rasa kita dah buat macam-macam, tapi orang layan kita macam kita...
15/04/2026

7 Cara "Tenang" Bila Orang Tak Hargai Kita 🧠✨

Pernah tak rasa kita dah buat macam-macam, tapi orang layan kita macam kita ni tak wujud? Mesti rasa sakit hati, kan?

Biasanya, kita akan rasa nak mengamuk atau "kejar" dia untuk buktikan yang kita ni hebat. Tapi cara tu sebenarnya buat kita nampak lemah.

Mungkin boleh ikut cara Stoic ni. Ianya bukan anutan agama pun, ianya gaya pemikiran untuk meneruskan kehidupan. Stoic kata, kekuatan sebenar bukannya pada siapa yang paling kuat menjerit, tapi siapa yang paling tenang. Cara no 6 cukup saya minat.

1. Fokus Benda Boleh Kawal πŸ›‘

Kita tak boleh paksa orang s**a atau hormat kita. Itu hak dia. Yang kita boleh kawal ialah cara kita respon. Kalau dia tak nak hargai, itu masalah dia, bukan masalah kita.

2. Jangan Bagi "Kunci" Emosi Kita Kat Orang πŸ”‘

Bila kita marah sebab kena sidai, maksudnya kita dah bagi orang tu kuasa untuk kawal mood kita. Jangan bagi! Kekalkan ketenangan. Biar dia pelik tengok kita tetap tenang dan rileks.

3. Nilai Diri Datang Dari Dalam πŸ’Ž

Jangan cari "pujian" orang untuk rasa diri kita berharga. Kalau kita dah buat benda betul, dah kerja keras, itu dah cukup. Tak payah tunggu orang cakap "Power lah kau!" baru nak rasa happy.

4. Anggap Ini "Latihan" Mental πŸ‹οΈβ€β™‚οΈ

Bila kena hina atau kena abai, anggap itu macam pergi gym untuk mental. Gunakan situasi tu untuk latih sabar. Lagi teruk dia layan, lagi kuat mental kita kalau kita tak melenting.

5. Diam Itu Senjata Hebat 🀫

Zaman sekarang orang s**a "berbalas" kat media sosial. Tapi sebenarnya, diam dan beredar tanpa cakap apa-apa adalah cara paling 'high class'. Tak payah bazir air liur tegakkan benang yang basah.

6. Masa Kita Terlalu Mahal ⏳

Jangan bazirkan berjam-jam fikir "Kenapa dia buat aku macam ni?". Masa tu lebih baik guna untuk buat kerja, hobi, atau lepak dengan orang yang memang hargai kita. Masa tak boleh patah balik, beb.

7. Kasihkan Mereka (Sebab Mereka Tak Tahu) ❀️

Marcus Aurelius (otai Stoic) selalu cakap, orang yang jahat atau sombong ni sebenarnya "sakit" sebab mereka tak tahu cara jadi baik. Jadi, tak payah benci, kesiankan je dia sebab dia terlepas kawan yang baik macam korang.

Ingatlah kata-kata ini:
Bila kita berhenti "kejar" perhatian orang, masa tulah maruah kita akan naik sendiri. Berjalan terus dengan kepala tegak.

Adakah anda pernah kena p**au ke? Cuba share macam mana anda handle kat komen bawah. πŸ‘‡

MITOS METFORMIN ROSAK OTAK? NI FAKTA SAINTIFIK MUDAH! Ada yang salah faham mengenai kajian terbaharu pasal metformin, ub...
07/04/2026

MITOS METFORMIN ROSAK OTAK? NI FAKTA SAINTIFIK MUDAH!

Ada yang salah faham mengenai kajian terbaharu pasal metformin, ubat kencing manis paling kerap digunakan. Dalam berita terbaharu itu: Ia KERJA DI OTAK untuk turunkan gula darah! Tapi TIDAK ROSAK OTAK. Mari faham ringkas:

Kajian sebelum ini Metformin bertindakbalas di sel-sel hati β†’ halang pembentukan gula baru (glukoneogenesis) β†’ gula darah turun 20-30%. Bagus untuk diabetes jenis 2!

Setelah kajian terbaharu (Science Advances 2025, Baylor College): Didapati Metformin juga masuk juga ke sel-sel otak (VMH - pusat kawalan gula). Ia sekat protein Rap1 di neuron SF1 β†’ akhirnya otak 'arahkan' badan:
βœ… Tingkat sensitiviti insulin (otot & hati).
βœ… Tambah glukagon (hormon lawan insulin).
βœ… Hati kurangkan gula LAGI!

Kesimp**an dari penemuan terbaharu eksperimen atas tikus ini:
βœ… Dos kecil pun mampu sampai ke otak dan turunkan dengan kadar segera di otak dan di hati secara sinergi.
βœ… Terbukti Metformin melindunginya Otak melalui kurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk). Kajian lain atas monyet mendapati, pengambilan metformin menyebabkan otak 6 tahun lebih muda!
βœ… Protein Rap1 hanya disekat sikit je, tak ganggu ingatan/belajar.

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
8/4/2026

Kualiti Udara Kuala Terengganu BUKAN di Tahap Bahaya! πŸ›‘Ada pihak yang mendakwa bahawa Kuala Terengganu kini berhadapan d...
07/04/2026

Kualiti Udara Kuala Terengganu BUKAN di Tahap Bahaya! πŸ›‘

Ada pihak yang mendakwa bahawa Kuala Terengganu kini berhadapan dengan tahap kualiti udara yang "Bahaya". Berdasarkan data terkini (sehingga 7 April 2026), dakwaan ini adalah TIDAK BENAR.

Berikut adalah fakta sebenar:

🌀️ Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Terengganu pada masa ini hanya mencatatkan bacaan sekitar 67 hingga 95.

🟒 Bacaan ini diklasifikasikan sebagai tahap Sederhana, yang bermaksud risiko kesihatan adalah sangat rendah.

🚨 Tahap Berbahaya (Merah) hanya diisytiharkan apabila bacaan IPU melebihi paras 300, yang bermaksud status kecemasan kualiti udara. Kuala Terengganu masih sangat jauh daripada angka tersebut.

🟑 Sebagai makluman, kawasan di Terengganu yang mencatatkan IPU tertinggi pada hari ini ialah Kemaman dengan bacaan 163 (Tidak Sihat), namun ini juga bukan di tahap bahaya.

Apa yang perlu anda buat?
Walaupun status kualiti udara masih Sederhana, bacaan di Kuala Terengganu dilihat menghampiri julat Tidak Sihat (101 ke atas). Anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan aktiviti fizikal di luar jika sensitif, dan sentiasa menyemak bacaan terkini melalui portal rasmi APIMS (Air Pollutant Index Management System) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sila kongsikan maklumat ini agar masyarakat tidak panik dengan berita yang kurang tepat. Sebarkan fakta, bukan auta! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Address

Kuala Berang
21700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Suhazeli Abdullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share