06/04/2025
Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa masalah kurang fokus dalam kalangan anak-anak bukan disebabkan mereka malas atau tidak mahu belajar.
Sebaliknya, ada faktor biologi dan persekitaran yang memainkan peranan besar.
✅ 1. Gangguan Pada Penghantaran Isyarat Dalam Otak
Dalam otak, terdapat bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmitter. Ia bertanggungjawab menghantar isyarat antara sel otak. Jika neurotransmitter ini tidak seimbang, anak akan mudah hilang tumpuan walaupun sedang belajar.
✅ 2. Kekurangan Nutrien Penting Untuk Otak
Pemakanan anak-anak hari ini banyak mengandungi bahan terproses dan kurang zat. Kekurangan mineral seperti magnesium, fosfat dan kalsium boleh menyebabkan sel otak lemah dan sukar menyimpan maklumat. Akibatnya, anak cepat letih dan kurang daya ingatan.
✅ 3. Terlalu Banyak Rangsangan terhadap Gajet, Televisyen, YouTube
Pendedahan berlebihan kepada skrin menjadikan otak anak terlebih rangsangan. Apabila tiba masa untuk belajar, otak sudah pun penat dan tidak bersedia untuk memberi tumpuan.
✅ 4. Tiada Sokongan Emosi Dari Ibu Bapa
Anak yang selalu dimarahi, dibandingkan atau tidak diberi perhatian emosinya akan lebih mudah terganggu. Tekanan perasaan akan menyebabkan otak masuk ke ‘mod berjaga-jaga’ (survival mode), menjadikan mereka sukar untuk belajar secara efektif.
🧐Dapat sesuatu? mohon share, comment, like dan follow. supaya ibu bapa diluar sana pun dapat sesuatu