Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar Laman rasmi Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Kangsar

📌 LAWATAN PENANDA ARAS EKSAPada 22 Mei 2026, delegasi daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar telah mengadakan l...
23/05/2026

📌 LAWATAN PENANDA ARAS EKSA

Pada 22 Mei 2026, delegasi daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar telah mengadakan lawatan penanda aras EKSA ke Pejabat Kesihatan Daerah Manjung.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik, memperkukuhkan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) serta meningkatkan kualiti persekitaran kerja yang lebih sistematik, kondusif dan berdaya saing.

Sepanjang lawatan, delegasi berpeluang meninjau pelaksanaan EKSA di setiap zon, bertukar pandangan serta memperoleh idea dan inspirasi baharu bagi memperkasakan budaya kerja cemerlang di organisasi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Manjung atas sambutan mesra, perkongsian ilmu serta kerjasama yang diberikan sepanjang sesi lawatan ini berlangsung.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuhkan demi kecemerlangan perkhidmatan awam.

15 MEI 2026, JumaatSesi 1 Aktiviti Pharmacy Integrated Comunity Care (PICC) peringkat PKD Kuala Kangsar (KK Kuala Kangsa...
16/05/2026

15 MEI 2026, Jumaat

Sesi 1 Aktiviti Pharmacy Integrated Comunity Care (PICC) peringkat PKD Kuala Kangsar (KK Kuala Kangsar) telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama KOSPEN Chandan Putri dan Duta Kenali Ubat Anda (DKUA) bertempat di Restoran & Cafe Soho Lekoi.

Kerjasama daripada 12 peserta di kalangan komuniti setempat amat baik sekali. Semoga kita akan mendapat hasil yang terbaik pada sesi ke-4 nanti!

Maklumat tambahan

Pharmacy Integrated Community Care (PICC) merupakan inisiatif bagi mengoptimumkan rawatan diabetes pesakit di komuniti. PICC merangkumi aktiviti pengurusan ubat-ubatan, amalan gaya hidup sihat dan pengambilan diet yang seimbang.

PICC dilaksanakan melalui kolaborasi pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai dietetik, jururawat, penolong pegawai perubatan, ahli fisioterapi serta wakil komuniti (Duta Kenali Ubat Anda dan Pasukan Sukarelawan KOSPEN).

Anjuran bersama:
Unit Farmasi & Unit NCD PKD Kuala Kangsar

Tugas harian sebagai petugas barisan hadapan kesihatan menuntut pengorbanan fizikal dan mental yang tinggi. Menyedari ha...
16/05/2026

Tugas harian sebagai petugas barisan hadapan kesihatan menuntut pengorbanan fizikal dan mental yang tinggi. Menyedari hakikat ini, satu kursus bertajuk Gerak Sihat S Minda Cergas telah diadakan di
Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK), Padang Rengas, Perak pada 14 Mei 2026. Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Fisioterapi dan Unit NCD PKD Kuala Kangsar khas untuk para petugas kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.
Kursus ini bertujuan menangani isu kecederaan di tempat kerja dan tekanan emosi di tempat kerja. Kursus

Sesi pagi dimulakan dengan slot ergonomik yang memfokuskan kepada pendedahan kecederaan tangan dan belakang, teknik penjagaan struktur fizikal badan, senaman regangan dan kekuatan.
Sesi petang p**a beralih kepada aspek kesejahteraan emosi bagi memastikan kesihatan mental staf berada pada tahap optimum.

15/05/2026

Sebuah kantin sekolah jenis kebangsaan di Pulau Pinang diarah tutup selama 14 hari bermula semalam selepas pihak berkuasa menemukan najis tikus di kawasan penyediaan makanan premis berkenaan.

Menurut Exco Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen, tindakan itu diambil di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi menjaga kesihatan awam. Pemeriksaan mendapati najis tikus ditemui di bahagian belakang peti sejuk yang tidak digunakan, namun setakat ini tiada kes keracunan makanan dilaporkan.



📍Food Safety AlertSijil analisis wajib untuk lima jenis sayuran import mulai Jun 2026
14/05/2026

📍Food Safety Alert

Sijil analisis wajib untuk lima jenis sayuran import mulai Jun 2026

Keperluan Sijil Analisis (CoA) bagi lima jenis sayuran import akan mula dikuatkuasakan pada 1 Jun ini dalam usaha memperketat kawalan keselamatan makanan negara, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan lima jenis sayuran berkenaan ialah cili merah, timun, tomato, sayur sawi dan kubis bulat.

Berita penuh -- https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2557059



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

“AYAH SAYA MENINGGAL SEBAB SAKIT TUA..”12 Mei - Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC) PKD Kuala Kangsar telah me...
12/05/2026

“AYAH SAYA MENINGGAL SEBAB SAKIT TUA..”

12 Mei - Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC) PKD Kuala Kangsar telah menganjurkan Kursus Kematian Tidak Disahkan (Verbal Autopsy -VA) buat Pegawai Perubatan, PPP, dan Jururawat pada hari ini.

Apa itu VA & Kenapa Penting?

VA adalah kaedah temubual waris untuk mengenal pasti punca kematian bagi kes yang berlaku di luar hospital. Data ini sangat kritikal untuk Jabatan Perangkaan (DOSM) bagi merancang polisi kesihatan negara yang lebih tepat.

MCD vs NMCD

• Medical Certified Death (MCD): Punca kematian disahkan doktor (biasanya di hospital).

• Non-Medical Certified Death (NMCD): Kematian luar hospital yang puncanya tidak spesifik.
Misi 80% MCD

Sejak 2017, KKM berusaha meningkatkan kadar MCD kepada 80%. Buat masa ini, nisbah MCD dan NMCD di Malaysia masih sekitar 50:50. Sebab itu, kemahiran VA oleh petugas kesihatan sangat diperlukan untuk merungkai punca sebenar kematian dalam komuniti.

Pernah dengar kes "Sakit Tua"?

Bila orang meninggal di rumah, polis datang dan tulis punca kematian sebagai "Sakit Tua".

Tahukah anda itu adalah contoh NMCD? Secara perubatan, "Sakit Tua" bukan punca spesifik. Di sinilah tugas pasukan perubatan untuk buat Verbal Autopsy bagi mengetahui adakah ia disebabkan jantung, kencing manis, atau faktor lain.

Tahniah semua peserta!

SETIAP 1 MINIT BERLALU, KADAR SELAMAT MANGSA JANTUNG TERHENTI TURUN 10%. SELEPAS 10 MINIT, PELUANG UNTUK HIDUP HAMPIR TI...
11/05/2026

SETIAP 1 MINIT BERLALU, KADAR SELAMAT MANGSA JANTUNG TERHENTI TURUN 10%. SELEPAS 10 MINIT, PELUANG UNTUK HIDUP HAMPIR TIADA

KUALA KANGSAR, 7 MEI 2026 – Menyedari hakikat betapa kritikalnya setiap saat dalam usaha menyelamatkan nyawa, Pasukan Jurulatih Basic Life Support (BLS) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Kangsar amat berbesar hati apabila dijemput untuk melatih barisan anggota dari Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Kangsar.

Kursus yang telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Mei lepas bertempat di Dewan CME, Hospital Kuala Kangsar ini bertujuan untuk memperkasakan lagi kesiapsiagaan dan kemahiran kecemasan petugas kesihatan pergigian di daerah ini.

Sepanjang sesi kursus berlangsung, pasukan BLS telah berkongsi kepakaran dan mengendalikan latihan intensif secara teori mahupun praktikal.

Fokus utama adalah merangkumi teknik Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) terkini serta cara pengurusan mangsa tercekik (choking). Modul yang disampaikan merangkumi aplikasi teknik yang berbeza untuk mangsa dewasa, kanak-kanak, dan juga bayi (infant).

Sebagai makluman, bagi memastikan kemahiran rawatan kecemasan ini sentiasa tajam dan mematuhi piawaian perubatan terkini, setiap anggota kesihatan diwajibkan untuk memperbaharui (renew) pensijilan BLS mereka setiap 2 tahun sekali.

Ini penting bagi memastikan mereka sentiasa bersedia mengendalikan sebarang kemungkinan kecemasan pesakit, sama ada di kerusi rawatan pergigian mahupun di ruang menunggu klinik.

Namun begitu, kemahiran BLS dan CPR ini bukanlah eksklusif untuk petugas kesihatan sahaja, malah, orang awam amat disarankan dan mesti mengetahui cara melakukan CPR dengan betul kerana kecemasan tidak mengenal tempat dan waktu.

Kita tidak tahu bila kita akan berhadapan dengan situasi cemas yang memerlukan CPR, mungkin ia melibatkan ahli keluarga kita sendiri di rumah.

Di saat mangsa rebah dan tidak sedarkan diri akibat cardiac arrest, menunggu ambulans tiba mungkin memakan masa. Seperti fakta di atas: setiap minit yang berlalu tanpa sebarang bantuan CPR, peluang mangsa untuk selamat menjunam turun sebanyak 10%.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Kangsar atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada pasukan jurulatih BLS PKD Kuala Kangsar. Tahniah atas komitmen jitu yang ditunjukkan oleh semua peserta!

Ingat, dua tangan anda mampu mengembalikan degupan jantung dan mengubah takdir seseorang.

FAKTA✅ 🆚 MITOS❎ ⭕️Keracunan Makanan1️⃣”Makanan panas yang baru dimasak pasti bebas bakteria”    ➡️ Mitos — Makanan boleh...
11/05/2026

FAKTA✅ 🆚 MITOS❎
⭕️Keracunan Makanan

1️⃣”Makanan panas yang baru dimasak pasti bebas bakteria”
➡️ Mitos — Makanan boleh tercemar semula jika dikendalikan dengan tangan, peralatan atau permukaan yang kotor.

2️⃣“Keracunan makanan boleh berlaku walaupun makanan nampak elok”
➡️ Fakta — Ada bakteria berbahaya tidak mengubah rupa, bau atau rasa makanan.

3️⃣ “Simpan makanan pada suhu bilik terlalu lama boleh meningkatkan risiko keracunan makanan”
➡️ Fakta — Bakteria mudah membiak pada suhu antara 5°C hingga 63°C.

4️⃣”Makanan sejuk beku membunuh semua bakteria”
➡️ Mitos — Pembekuan hanya memperlahankan pertumbuhan bakteria, bukan membunuh semuanya.

5️⃣”Lihat, hidu dan rasa boleh membantu mengesan makanan rosak”
➡️ Fakta — Perubahan bau, warna atau rasa boleh menjadi tanda makanan telah rosak.

6️⃣”Makanan yang dipanaskan semula berkali-kali lebih selamat”
➡️ Mitos — Pemanasan berulang boleh meningkatkan risiko pencemaran jika tidak disimpan dengan betul.

7️⃣”Basuh tangan sebelum menyediakan makanan dapat mencegah keracunan makanan”
➡️ Fakta — Kebersihan tangan penting untuk mengurangkan penyebaran bakteria dan virus.

8️⃣”Semua keracunan makanan berlaku sejurus selepas makan”
➡️ Mitos — Gejala boleh muncul beberapa jam atau beberapa hari selepas makan makanan tercemar.

9️⃣”Makanan mentah dan makanan masak perlu diasingkan”
➡️ Fakta — Ini dapat mengelakkan pencemaran silang.

🔟”Air yang nampak jernih semestinya selamat diminum”
➡️ Mitos — Air masih boleh mengandungi mikroorganisma berbahaya walaupun kelihatan bersih.

KUALA KANGSAR – Dalam usaha berterusan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada...
11/05/2026

KUALA KANGSAR – Dalam usaha berterusan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada masyarakat, Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar telah berjaya menganjurkan Kursus Update Clinical Practice Guidelines (CPG) Asthma dan Hypertension.

Kursus yang penuh perkongsian ilmu ini telah berlangsung pada hari Selasa, 5 Mei yang lalu, bertempat di Bilik Sayong, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.

Penganjuran kursus ini menghimpunkan barisan anggota kesihatan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, dan Jururawat.

Lebih istimewa, sesi pemindahan ilmu ini telah dikendalikan secara langsung oleh barisan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga yang berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes kesihatan.

Penyakit Darah Tinggi (Hipertensi) dan Asma bukanlah sesuatu yang asing di negara kita. Beban penyakit ini semakin membimbangkan:

• Darah Tinggi (Pembunuh Senyap): Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), hampir 3 daripada 10 orang dewasa di Malaysia menghidap penyakit darah tinggi. Kebanyakan mereka tidak menyedari status kesihatan sehingga berlaku komplikasi serius.

• Asma (Lelah): Dianggarkan hampir 2 juta rakyat Malaysia hidup dengan penyakit asma. Kawalan yang lemah boleh menjejaskan kualiti hidup, produktiviti, dan dalam kes kecemasan, boleh membawa maut.

Bagi pesakit, kunci utama adalah pematuhan kepada rawatan dan ubat-ubatan. Selain itu, gaya hidup sihat amat ditekankan:
1. Kurangkan garam dan lemak dalam hidangan.
2. Senaman berkala membantu mengawal tekanan darah.
3. Bagi pesakit asma, pastikan persekitaran bersih daripada habuk dan asap rokok.
4. Saringan berkala

Melalui inisiatif 'update' ilmu secara berkala seperti ini, anggota kesihatan di PKD Kuala Kangsar akan sentiasa peka dengan garis panduan klinikal terkini. Ini memastikan setiap pesakit yang hadir ke klinik-klinik kesihatan kita menerima rawatan yang paling optimum dan tepat.

Mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati! 💪🇲🇾

✅Food Safety InfoPengendali makanan Patuh✅ 🆚 Tak Patuh❎
11/05/2026

✅Food Safety Info

Pengendali makanan Patuh✅ 🆚 Tak Patuh❎

Kalau masak di rumah untuk keluarga, itu ruang peribadi.

Kadang-kadang rambut terlepas sikit, pakai selipar dapur, cincin masih di jari, mungkin keluarga sendiri pun tak kisah.

Tapi bila anda sudah berniaga, bekerja di kedai makan, sediakan makanan untuk pelanggan, bungkus pesanan, masak untuk katering, atau kendalikan makanan orang awam, standard itu sudah berubah.

Ini bukan lagi soal “suka hati saya”.

Ini soal keselamatan makanan.

Rambut mengurai, kuku panjang, barang kemas, pakaian tidak sesuai, apron tiada dan kasut terbuka mungkin nampak macam benda kecil.

Tapi dalam pengendalian makanan, benda kecil inilah yang boleh jadi punca pencemaran.

Pelanggan bayar untuk makanan yang sedap dan bersih, bukan makanan yang datang sekali dengan risiko yang tak sepatutnya.

Sebab itu pengendali makanan perlu patuh kepada Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Pakaian mesti bersih, sesuai, tidak mencemarkan makanan, memakai apron atau pakaian luar berwarna cerah, penutup kepala dan kasut yang sesuai. 

Jadi kalau kendalikan makanan, pakailah dengan betul.

Bukan sebab nak nampak skema.

Tapi sebab makanan yang anda pegang, akhirnya masuk ke badan orang lain.




MITOS 🆚 FAKTA ❓⭕️Lihat, Hidu & Rasa Dalam Keselamatan Makanan1️⃣ “Jika makanan nampak elok, ia pasti selamat dimakan”❌ M...
10/05/2026

MITOS 🆚 FAKTA ❓

⭕️Lihat, Hidu & Rasa Dalam Keselamatan Makanan

1️⃣ “Jika makanan nampak elok, ia pasti selamat dimakan”
❌ MITOS
Ada makanan tercemar yang masih kelihatan normal.

2️⃣ “Kaedah lihat, hidu dan rasa boleh membantu mengenal pasti makanan rosak”
✅ FAKTA
Perubahan warna, bau atau rasa boleh menjadi tanda makanan telah rosak.

3️⃣ “Bau masam atau busuk pada makanan boleh menandakan makanan tidak selamat”
✅ FAKTA
Bau luar biasa sering menunjukkan kerosakan makanan.

4️⃣ “Merasa sedikit makanan basi tidak berbahaya”
❌ MITOS
Walaupun sedikit, makanan tercemar boleh menyebabkan keracunan makanan.

5️⃣ “Perubahan warna pada makanan boleh menjadi petunjuk pencemaran atau kerosakan”
✅ FAKTA
Contohnya makanan berlendir atau bertukar warna.

6️⃣ “Jika makanan disimpan dalam peti sejuk, lihat, hidu dan rasa tidak lagi penting”
❌ MITOS
Pemeriksaan makanan masih perlu dilakukan sebelum dimakan.

7️⃣ “Kaedah lihat, hidu dan rasa ialah langkah awal keselamatan makanan”
✅ FAKTA
Ia membantu pengguna membuat penilaian awal sebelum makan atau membeli makanan.

🛡️ Lihat • Hidu • Rasa — Cegah Keracunan Makanan

Address

1
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00

Telephone

+6057763355

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category