30/05/2026
Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih
Pihak Hospital Jelebu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Skuad Mubaligh Negeri Sembilan yang diwakili oleh En Mohd Umry bin Abdul Khois selaku Pengerusi Squad Mubaligh Negeri Sembilan yang juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Jelebu atas sumbangan 240 pek daging qurban yang telah diagihkan kepada seluruh kakitangan Hospital Jelebu yang beragama Islam.
Sumbangan yang penuh bermakna ini bukan sahaja mencerminkan semangat ibadah dan pengorbanan sempena Aidiladha, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan nilai kebersamaan dalam kalangan warga Hospital Jelebu.
Semoga segala amal kebajikan dan keprihatinan yang ditunjukkan ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT serta menjadi asbab kepada kesejahteraan dan kejayaan yang berpanjangan.
Terima kasih atas keprihatinan dan kemurahan hati yang diberikan.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. 🌙✨