Petua Anak Pintar

Petua Anak Pintar IN SHA ALLAH BERSAMA SAMA KITA MENJADI KHALIFAH YANG MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN DAN TURUT MENAMBAH NILAI DALAM KEHIDUPAN UMMAH SEJAGAT.

NAK SERTAI SBG TEAM DRMZ? KLIK :
https://drmzbiz.com/daftar/001007

14/01/2024

Cikgu²,ibu ayah semua.Nak tahu anak tu perform atau tak,tgk tahap 2 sek rendah depa.kalau tahap 2 xperform lagi itu maknanya anak anda lambat berkembang atau ada masalah.
Kalau tahap 1 perform tetiba tahap 2 jatuh merudum maknanya kena buat check and balance..tgk sama ada anak kuat main ke, tak fokus ke..masa ni mak ayah kena alert..Bantu anak..jangan biarkan krn tahap 2 lagi susah. Ketinggalan tahap 2 maka masalah lagi besar bila naik sekolah menengah.
Perkembangan kognitif anak ni dia banyak dipengaruhi oleh 2 sebab
1. Pengaruh rakan atau persekitaran
2. Pemakanannya (cepat² ambil Tablet Minda DRMZ A PLUS😄)
KALAU mak ayah tak alert..maka kesianlah anak itu..ketahuilah oleh semua mak ayah..semua anak berpotensi. Jangan gadaikan masa depan mrk kerana kita sibuk nau nau atau ambil mudah atau tak ambil port.
Sekian dr cikgu pencen.

26/09/2023
Mak Bergolok Gadai Beli Laptop Untuk Anak, Tapi Anak ....😭Paling sedih sepanjang hari yang amat memenatkan,Bila seorang ...
10/08/2023

Mak Bergolok Gadai Beli Laptop Untuk Anak, Tapi Anak ....😭

Paling sedih sepanjang hari yang amat memenatkan,

Bila seorang ibu yang dah kumpul duit berbulan lama, malah saya dah bagi diskaun yang cukup banyak,

Bila sampai hantar laptop punya jauh, anaknya tak mahu laptop tu.

"Encik boleh patah balik tak?"

"Eh kenapa? Laptop ada masalah?"

"Tak. Anak kata berat. Nanti takut bahunya terseliuh"

Darah saya naik. Saya tak boleh tahan dah. Dari awal datang dengan buat muka, saya terangkan tentang laptop tak dengar. Pegang phone dan main phone sepanjang saya terangkan.

Saya tekan minyak. Saya nampak dah budak ni dari jauh. Tak padan dengan umur baru tingkatan berapa.

Saya dah nak menjerit rasa.

Tapi ibunya tahan saya.

"Encik tolong encik. Soryy. Soryy. Saya ambik laptop ni. Nanti saya jual pada kawan ke. Sorry. Maaf encik"

Sambil tangannya nak menahan saya dari mendekati anaknya, tapi saya juga elak. Sebab syariat kan. Cuma saya tak mampu tahan.

"Apa masalah kamu ni? Mak kamu sanggup berhutang dengan saya. Nak beli laptop ni. Berat apanya? Sampai nak patah bahu?"

Saya tak mampu tahan. Saya minta maaf banyak-banyak pada puan ni. Kalau terasa dengan tindakan saya. Saya dah cukup sabar.

Sebab bukan kurang ajar dengan saya, cuma sikapnya terhadap maknya. Yang berkorban siang malam demi sebuah laptop.

"Maaf encik. Maaf. Tolong jangan marah anak saya"
Saya istighfar banyak kali.

Saya minta maaf pada puan ni banyak kali.

Mata saya tak berkedip memandang seorang anak yang tak kenang budi!

Saya minta maaf sekali lagi, saya nak pergi. Saya bagi semula duit tunai yang puan ni bagi. Saya tak nak laptop tu. Ambil lah dan gunalah.

Dan,
Ini bukan sekali saya kena dan lalui.
Dah banyak kali.

Saya tidak salahkan ibu bapa yang terlalu memanjakan, atau mengikut kehendak anak.
Ada ayah yang jual motor sebab anak nak guna macbook air M1 yang harganya beribu, sedangkan bila tanya ambik course engineering ke sampai nak kena guna mac, rupanya sebab tak nak kalah dengan kawan.

Ada mak gadaikan emas sebab anaknya nak Hp victus 16 yang harganya lebih RM3500 sebab rupanya nak lanyak permainan dalam talian saja. Sedangkan beli laptop secondhand harga rendah pun boleh guna dah.

Entahlah.
Saya cukup penat dan letih berhadapan situasi begini.
Banyak kali tahan, yang tadi hampir nak dilepaskan. Saya tak mampu. Tak mampu lihat wajah ibu ayah yang sayu bila anak buat perangai begitu.

Semua budak yang perangai begini, saya tinggalkan satu pesan saja.
"Satu hari nanti kalau kamu hidup tanpa ada satu sen pun, kamu sampai berguling-guling nak cari rezeki, ingatlah apa yang kamu dah buat apa hari ini"

Buat ibu dan ayah,

Pesan saya satu saja. Kerana saya juga seorang ayah.
Jangan jadikan anak-anak kita sebagai tuan. Didiklah mereka dengan bersyukur dan cukup dengan apa yang ada.

Itu saja.
Ampun maaf.

Sumber: FB Abu Hurairah Roslan

28/07/2023

Rezeki Akan Sempit Bila:
1) Anggap anak adalah beban
2) Kedekut dengan anak
3) Mengeluh dalam membesarkan anak 4) S**a beremosi dengan anak

28/07/2023

Hari ni bukan hari biasa biasa ni. Hari ni hari Jumaat yang bertindih dengan 10 Muharram!
Jom ibu semua pakat doakan anak² kita harini

Ingat mak ayah..Yang ada anak sekolah tadika dan darjah 1, mohon simpan la benda alah ni. Benda ni saja takde jual kat k...
10/07/2023

Ingat mak ayah..
Yang ada anak sekolah tadika dan darjah 1, mohon simpan la benda alah ni. Benda ni saja takde jual kat kedai. Korang takkan kalut nanti. Trust me. Thank me later 🤣

Kongsian Kredit Faizah Sofian

Address

Kuala Krail

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Petua Anak Pintar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Petua Anak Pintar:

Shortcuts

Share