11/08/2026
๐ข ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ง ๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ (๐ฃ๐๐๐) ๐๐๐ฃ๐๐ฆ ๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐จ๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐๐ง ๐ฅ๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐จ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐ (๐ ๐จ๐๐ฃ) ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ฆ๐จ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ก๐๐ก ๐๐ ๐๐ก๐ฆ๐ง๐๐ง๐จ๐ฆ๐ ๐ง๐๐๐๐๐ญ ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐ฆ
๐
Tarikh: 10 Ogos 2026
๐ Tempat: Bilik Mesyuarat, Pejabat Agama Islam Daerah Lipis
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Lipis telah mengadakan sesi libat urus bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Lipis dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Lipis bagi membincangkan isu keselamatan makanan serta mekanisme kawalan dan pencegahan kejadian keracunan makanan di institusi tahfiz di Daerah Lipis.
๐ฏ Objektif Sesi Libat Urus:
1) Memperkukuh kerjasama dan komunikasi yang berkesan antara PKD Lipis, PAID Lipis dan MUIP Cawangan Lipis bagi memastikan urusan serta tindakan, khususnya dalam perkongsian maklumat berkaitan kejadian keracunan makanan, dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
2) Membincangkan isu-isu kritikal berkaitan keselamatan makanan di institusi tahfiz di Daerah Lipis bagi memastikan tindakan pembetulan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan.
3) Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan amalan pengendalian makanan yang bersih dan selamat.
4) Memperkukuh langkah pencegahan dan mekanisme kawalan bagi mengurangkan risiko kejadian keracunan makanan pada masa hadapan.
Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Qadhi Daerah Lipis, Tuan Ahmad Tajuddin bin Mat Zain; Pegawai Kesihatan Daerah Lipis, Dr. Shafizah binti Ahmad Shafei; Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Lipis, Encik Aismat bin Abu Bakar; barisan pegawai teknikal PKD Lipis; wakil pengurusan institusi tahfiz di Daerah Lipis; serta pembekal makanan di dapur asrama institusi tahfiz.
Kerjasama strategik antara agensi ini diharapkan dapat memperkukuh usaha pencegahan keracunan makanan serta meningkatkan tahap keselamatan makanan di institusi tahfiz, khususnya dalam memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat.