Pusat Kesihatan UTM Kuala Lumpur

Directions Website Contact the practice

Pusat Kesihatan UTM Kuala Lumpur Menjalankan servis perkhidmatan kesihatan kepada warga kampus UTM serta warga sekitar.

🎥 PERTANDINGAN TIKTOK KESIHATAN MENTAL 2026! 💚Jom tunjukkan kreativiti anda dalam menghasilkan video TikTok bertemakan k...
08/10/2026

🎥 PERTANDINGAN TIKTOK KESIHATAN MENTAL 2026! 💚

Jom tunjukkan kreativiti anda dalam menghasilkan video TikTok bertemakan kesihatan mental dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM500! 🏆💰

👥 Terbuka kepada belia berumur 15–30 tahun
🎬 Video TikTok maksimum 3 minit
📱 Akaun TikTok mestilah Public
💚 Penyertaan PERCUMA!

🥇 Tempat Pertama – RM500
🥈 Tempat Kedua – RM300
🥉 Tempat Ketiga – RM200

📅 Tarikh penyertaan: 8–22 Oktober 2026

Jadikan TikTok anda sebagai platform untuk bersuara, berkongsi pengalaman dan menyebarkan kesedaran tentang kesihatan mental.

👉 Imbas QR Code pada poster untuk mendapatkan borang penyertaan dan sertai sekarang!

Kecilkan Stigma, Besarkan Empati. 💚
Cipta • Kongsi • Sebarkan Kesedaran
🧠 Kesihatan Mental Tanggungjawab Bersama

Anjuran:
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL)

Dengan kerjasama:
Pusat Kesihatan UTM Kuala Lumpur
Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur
Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTM Kuala Lumpur




“Tahniah di atas kecemerlangan dalam menjalankan tugas di Pusat Kesihatan Universiti. Semoga dengan penganugerahan ini m...
08/10/2026

“Tahniah di atas kecemerlangan dalam menjalankan tugas di Pusat Kesihatan Universiti. Semoga dengan penganugerahan ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha, berbakti dan mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa hadapan.”

Sekalung tahniah dari kami warga PKU, UTM Kuala Lumpur. Semoga dapat membawa UTM terbang lebih tinggi
08/10/2026

Sekalung tahniah dari kami warga PKU, UTM Kuala Lumpur. Semoga dapat membawa UTM terbang lebih tinggi

Pusat Kesihatan Universiti, UTM Kuala Lumpur sedang menjalankan Sesi Pemeriksaan Kesihatan bagi kemasukan pelajar Pascas...
01/10/2026

Pusat Kesihatan Universiti, UTM Kuala Lumpur sedang menjalankan Sesi Pemeriksaan Kesihatan bagi kemasukan pelajar Pascasiswazah dan Pra Siswazah Ambilan September 2026/2027 bermula 8 September hingga 8 Oktober 2026.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Kaunter Pendaftaran di talian 03 481 99079 atau Unit Pentadbiran & Kewangan - 03 481 99208

Terima kasih.

Untuk makluman semua..
17/09/2026

Untuk makluman semua..

Hubungi kami :
14/09/2026

Hubungi kami :

PROGRAM SMART CALIPH @ MASJID UTMKL: MENYEMAI KESEDARAN EMOSI DAN KELESTARIAN SEJAK USIA MUDAKUALA LUMPUR, 4 September 2...
05/09/2026

PROGRAM SMART CALIPH @ MASJID UTMKL: MENYEMAI KESEDARAN EMOSI DAN KELESTARIAN SEJAK USIA MUDA

KUALA LUMPUR, 4 September 2026 – Kesedaran mengenai kesihatan mental dan kelestarian alam sekitar perlu dipupuk sejak usia muda sebagai asas pembentukan generasi yang sihat, seimbang dan bertanggungjawab. Sehubungan itu, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid UTMKL telah menganjurkan Program Smart Caliph @ Masjid UTMKL dengan slot kesihatan yang bertemakan “Taman Emosi Saya”.

Program yang berlangsung dari 9.30 pagi hingga 11.00 pagi ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan mengenali, memahami dan mengurus emosi melalui pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan.

Pengisian program telah disampaikan oleh Dr Nor Atikah binti Abdul Razak, Pegawai Perubatan PKU UTMKL yang merangkumi aktiviti Kenali Emosi Saya, latihan pernafasan Bunga & Lilin, perkongsian ringkas melalui Formula 4T, serta aktiviti berkebun secara berkumpulan.

Pendekatan unik ini menghubungkan kesihatan mental dengan aktiviti berkebun, di mana peserta berpeluang menanam kangkung menggunakan starter kit masing-masing sebelum meletakkan tanda “My Emotion Garden”. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan interaksi dan kerjasama, malah memberikan pengalaman secara langsung bahawa emosi juga perlu “ditanam, dijaga dan dipupuk” seperti tumbuhan.

Pendekatan berbentuk pengalaman seperti ini dapat membantu kanak-kanak memahami bahawa menjaga kesihatan bukan sekadar berkaitan kesihatan fizikal, tetapi turut merangkumi kesejahteraan emosi, hubungan sosial dan persekitaran yang sihat.

Program ini turut menyokong usaha membudayakan kelestarian dan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda, seiring dengan aspirasi pembangunan lestari serta peranan institusi pendidikan dalam membentuk komuniti yang lebih prihatin terhadap kesihatan diri dan alam sekitar.

Melalui inisiatif ini, PKU UTMKL terus memperkukuh peranan sebagai entiti promosi kesihatan dengan membawa mesej kesihatan ke ruang komuniti secara lebih kreatif, inklusif dan dekat dengan golongan sasaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Masjid UTMKL, para fasilitator, urus setia serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama dan semangat yang luar biasa sepanjang program berlangsung.

Semoga kita berjumpa lagi dalam program akan datang! 💚

🌱🍈 DARI KEBUN KE KOMUNITI: PKU UTMKL X JABATAN PERTANIAN🍈🌱Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTMKL berbesar hati menerima ...
21/08/2026

🌱🍈 DARI KEBUN KE KOMUNITI: PKU UTMKL X JABATAN PERTANIAN🍈🌱

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTMKL berbesar hati menerima sokongan dan kerjasama teknikal daripada Jabatan Pertanian menerusi Program Pengukuhan dan Kemampanan Komuniti Pertanian yang telah dilaksanakan di Ambrosia Garden, PKU UTMKL pada 19 Ogos 2026. 🤝

Sesi demonstrasi dan pemindahan ilmu yang santai tetapi penuh manfaat ini memberi peluang kepada warga PKU untuk mempelajari teknik urban farming secara praktikal, antaranya:

🌱 Semaian & Media Tanam – teknik penyemaian dan penyediaan media tanaman yang betul.
💧 Sistem Pengairan & Raised Bed– penggunaan ruang yang optimum serta pengurusan air yang lebih sistematik.
🧪 Nutrisi & pH Tanah– memahami keseimbangan tanah dan penggunaan dolomit bagi menyokong pertumbuhan tanaman.
🪲 Kawalan Perosak Mesra Alam– kaedah lestari seperti Neem Oil dan perangkap fizikal.

Inisiatif ini bukan sekadar berkebun, tetapi menggalakkan warga PKU UTMKL untuk kekal aktif, berkongsi ilmu dan bekerjasama, selari dengan aspirasi Kampus Hijau UTM serta komitmen terhadap SDG 3, 12, 13, 15 & 17. 🌱💚🌍

🤝 Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pertanian atas perkongsian ilmu, kepakaran dan sokongan yang diberikan kepada PKU UTMKL.

Terima kasih juga kepada semua warga PKU UTMKL yang bersama-sama menjayakan Ambrosia Garden. 🌱

Semoga tanaman kita membesar dengan subur dan menghasilkan tuaian yang terbaik! 🍈✨

Program  CME- The Journey of Metformin : Why Choose Glucophage XR?“Perjalanan Metformin dalam rawatan Diabetes Mellitus ...
18/08/2026

Program CME- The Journey of Metformin : Why Choose Glucophage XR?“

Perjalanan Metformin dalam rawatan Diabetes Mellitus Type 2 serta rasional pemilihan formulasi Glucophage XR sebagai salah satu pilihan rawatan, dengan memberi penekanan kepada keberkesanan, toleransi, kemudahan penggunaan dan pematuhan pesakit terhadap terapi.”

Siri 7 (Team B)Program Pelestarian Ambrosia Garden
18/08/2026

Siri 7 (Team B)

Program Pelestarian Ambrosia Garden

Address

Pusat Kesihatan UTM Kuala Lumpur, Jalan Sultan Yahya Petra
Kuala Lumpur
54100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan UTM Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Kesihatan UTM Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share