Klinik Kesihatan Cheras Baru

Call Directions

Klinik Kesihatan Cheras Baru Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Kesihatan Cheras Baru, Hospital, Jalan 16, Kampung Cheras Baru, Off Jalan Kuari, Kuala Lumpur.

Klinik Kesihatan Cheras Baru merupakan salah satu klinik kesihatan dibawah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, dibawah Pejabat Kesihatan Daerah Cheras

πŸŒŸπŸ’œ KARNIVAL KESIHATAN WARGA EMAS KLINIK KESIHATAN CHERAS BARU πŸ’œπŸŒŸβ€œEMAS 360°”Emosi Sihat, Jantung Sejahtera, Langkah Selam...
27/09/2026

πŸŒŸπŸ’œ KARNIVAL KESIHATAN WARGA EMAS KLINIK KESIHATAN CHERAS BARU πŸ’œπŸŒŸ

β€œEMAS 360°”
Emosi Sihat, Jantung Sejahtera, Langkah Selamat
Warga emas bukan sekadar usia β€” mereka adalah aset keluarga, sumber pengalaman dan tunjang komuniti. ❀️

Sempena Karnival Kesihatan Warga Emas Peringkat Kesihatan Daerah Cheras, Klinik Kesihatan Cheras Baru dengan kerjasama pelbagai agensi dan komuniti menjemput semua warga emas serta ahli keluarga untuk bersama-sama memeriahkan program:

πŸ“… 3 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Cheras Baru, WPKL

πŸŽ‰ ANTARA AKTIVITI MENARIK:
πŸ’ͺ Senaman Rintangan (Resistance Exercise)
πŸ’¬ Forum Kesihatan Warga Emas – Emosi Sihat β€’ Jantung Sejahtera β€’ Langkah Selamat
🩺 Reruai Kesihatan
🦷 Pemeriksaan gigi
πŸ’‰ Vaksinasi influenza
🧠 Saringan kesihatan mental
πŸƒβ€β™‚οΈ Sukaneka EMAS 360Β°
🀝 Pelbagai aktiviti kesihatan dan komuniti
🌿 Ayuh jadikan usia emas lebih sihat, aktif dan bermakna.

Bawa bersama keluarga, sahabat dan komuniti anda.
Kerana kesihatan yang baik bukan hanya untuk kita, tetapi untuk terus menikmati kehidupan bersama insan tersayang. πŸ’•

πŸ’› Warga Emas Sihat, Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera.

πŸ“ž Untuk keterangan lanjut:
03-4294 6114
πŸ“± Facebook Rasmi: Klinik Kesihatan Cheras Baru







04/09/2026
🌱 PROGRAM KEIBUBAPAAN: 1000 HARI MENCINTAIMU πŸ‘ΆπŸ»β€οΈAlhamdulillah, pada 8 Ogos 2026, telah berlangsung Program Keibubapaan ...
11/08/2026

🌱 PROGRAM KEIBUBAPAAN: 1000 HARI MENCINTAIMU πŸ‘ΆπŸ»β€οΈ

Alhamdulillah, pada 8 Ogos 2026, telah berlangsung Program Keibubapaan anjuran Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Cheras Makmur, bertempat di perkarangan Klinik Kesihatan Cheras Baru.

Program ini telah disertai oleh 33 orang ibu bapa pertama (primigravida) yang hadir untuk mendapatkan ilmu dan panduan berkaitan kesihatan, tumbesaran dan perkembangan anak-anak. πŸ₯°

✨ Kenapa 1000 hari pertama sangat penting?

1000 hari pertama kehidupan β€” bermula daripada kehamilan sehingga anak berusia 2 tahun β€” merupakan tempoh yang amat penting dalam membentuk asas kesihatan, tumbesaran, perkembangan otak dan kesejahteraan anak untuk jangka panjang.

Sepanjang program, ibu bapa bukan sahaja mendapat perkongsian mengenai β€œ1000 Hari Mencintaimu”, malah turut didedahkan kepada pelbagai topik penting dalam penjagaan ibu dan anak.

πŸ’‰ Fakta dan Mitos Vaksin

Sesi ini membincangkan kepentingan imunisasi serta membantu ibu bapa membezakan antara fakta dan mitos berkaitan vaksin. Dalam era lambakan maklumat di media sosial, ibu bapa perlu mendapatkan maklumat imunisasi daripada sumber yang sahih dan berasaskan bukti.

🀰 Senaman Ibu Mengandung

Ibu-ibu juga berpeluang menyertai sesi praktikal senaman yang sesuai semasa kehamilan.

πŸ§‘πŸ»β€βš•οΈ Bantuan Hayat Asas (BLS) Kanak-kanak

Sesi praktikal ini memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang tindakan awal yang boleh dilakukan sekiranya berlaku kecemasan melibatkan kanak-kanak.

πŸ“š Ilmu keibubapaan tidak semestinya perlu mahal.

Pada masa kini, terdapat begitu banyak program, kursus dan kandungan keibubapaan di luar sana. Ada yang mengenakan bayaran yang agak tinggi, dan yang lebih penting, tidak semua maklumat yang disampaikan semestinya mempunyai asas bukti yang kukuh.

Sedangkan perkhidmatan kesihatan kerajaan menyediakan pelbagai program pendidikan kesihatan yang sahih, berasaskan bukti dan PERCUMA kepada masyarakat.

Jadi, sebelum membayar mahal untuk mendapatkan ilmu keibubapaan, semak dahulu sumbernya. Tanya petugas kesihatan. Pastikan maklumat itu sahih. ❀️

🌷 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

Terima kasih kepada Unit Maternal & Child Health (MCH), Pejabat Kesihatan Daerah Cheras serta warga kerja KKIA Cheras Makmur atas usaha dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Ucapan penghargaan turut diberikan kepada Dr Nurul Akmal binti Ramli, yang hadir sebagai wakil kepada Dr Rohaya bt Ramli, Pegawai Kesihatan Daerah PKD Cheras, dan seterusnya merasmikan program.

Terima kasih juga kepada para penceramah dan fasilitator yang sudi berkongsi ilmu:

πŸ‘¨πŸ»β€βš•οΈ Dr Megat Mohamad Amirul Amzal bin Megat Hashim
Pakar Perubatan Keluarga UD14, PPUM
🎀 Fakta dan Mitos Vaksin

πŸ‘©πŸ»β€βš•οΈ Dr Ain Sabrina binti Mohamed Amiruddin
Pakar Perubatan Keluarga UD14, Ketua Klinik Kesihatan Cheras Baru
🎀 1000 Hari Mencintaimu
πŸ§‘πŸ»β€βš•οΈ Bantuan Hayat Asas (BLS) Kanak-kanak

πŸ‘©πŸ»β€βš•οΈ Rabiatul Aqilah binti Ahmad Zainnie
Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi) U9, PKD Cheras
🀰 Sesi Praktikal Senaman Ibu Mengandung

Dan pastinya, terima kasih kepada 33 orang ibu bapa yang hadir dan memilih untuk meluangkan masa mendapatkan ilmu kesihatan yang sahih untuk anak-anak. ❀️

Kerana 1000 hari pertama bukan sekadar tentang membesarkan anak β€” tetapi tentang membina asas kehidupan mereka. 🌱











πŸ“’*WEBINAR KESIHATAN* : πŸ›‘οΈ *IMUNISASI MEASLES RUBELLA (MR): CEGAH PENYAKIT, LINDUNGI GENERASI MASA DEPAN*Tahukah andaβ“πŸ’‰ I...
01/08/2026

πŸ“’*WEBINAR KESIHATAN* : πŸ›‘οΈ *IMUNISASI MEASLES RUBELLA (MR): CEGAH PENYAKIT, LINDUNGI GENERASI MASA DEPAN*

Tahukah anda❓

πŸ’‰ Imunisasi MR dapat melindungi kanak-kanak daripada penyakit Campak (Measles) dan Rubella, sekali gus membantu mencegah penularan penyakit dalam komuniti.

Jom sertai webinar ini untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada pakar!

πŸ‘¨β€βš•οΈ Ahli Panel:

πŸ”Ή *DR. WAN ABDUL HANNAN BIN WAN IBADULLAH*
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

πŸ”Ή *DR. MEGAT MOHAMAD AMIRUL AMZAR BIN MEGAT HASHIM*
Pakar Perubatan Keluarga
MBBS (UM), MFamMed (UM)
Ketua Koordinator Klinik Pakar Perubatan Rawatan Utama PPUM
Pengasas & Pelatih Bengkel Vaccine Communication Training (VaCT) PPUM

πŸ“… Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•£ Masa: 8.30 malam
πŸ’» Platform: Google Meet

πŸ”— Pautan:
https://meet.google.com/utx-amfk-afo

πŸ“Œ Sasaran Peserta:
πŸ‘¨β€βš•οΈ Petugas kesihatan
πŸ‘©β€πŸ« Guru-guru
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Ibu bapa
🌍 Masyarakat awam

✨ Bersama melindungi generasi masa depan daripada penyakit campak (Measles) dan Rubella melalui Imunisasi MR.

πŸ“² Imbas kod QR pada poster atau klik pautan di atas untuk menyertai.

Anjuran:
Unit Kesihatan Keluarga
Pejabat Kesihatan Cheras
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

Lindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes Gunakan aerosol di dalam rumah bagi membantu membunuh nyamuk dewasa. Pastika...
29/07/2026

Lindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes

Gunakan aerosol di dalam rumah bagi membantu membunuh nyamuk dewasa. Pastikan penggunaan dibuat mengikut arahan pada label produk.

Sebelum semburan, tutup makanan dan minuman.
Semasa semburan, sembur di kawasan gelap dan redup yang menjadi tempat nyamuk bersembunyi.
Selepas semburan, pastikan ruang mempunyai pengudaraan yang baik.

*Ingat! Aerosol bukan pengganti aktiviti cari dan musnah. Hapuskan air bertakung untuk putuskan kitaran pembiakan Aedes.*

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.

πŸ“’ KARNIVAL KESIHATAN KOMUNITI CHERAS 2026: BERSAMA MENANGANI DARAH TINGGI ❀️🩺Alhamdulillah, Karnival Kesihatan Komuniti ...
26/06/2026

πŸ“’ KARNIVAL KESIHATAN KOMUNITI CHERAS 2026: BERSAMA MENANGANI DARAH TINGGI ❀️🩺

Alhamdulillah, Karnival Kesihatan Komuniti Cheras yang telah berlangsung pada sabtu lepas (20 Jun 2026) di EkoCheras Mall telah berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai darah tinggi (hipertensi), yang sering dikenali sebagai "Silent Killer" kerana kebanyakan pesakit tidak mempunyai sebarang gejala sehingga komplikasi serius seperti strok, serangan jantung atau kegagalan buah pinggang berlaku.

πŸ“Š Dapatan Program:
βœ… Saringan Kesihatan Umum NHSI – 123 orang
βœ… Pengajaran dan demonstrasi CPR – ~50 orang
βœ… Saringan Kanser Tekak (ENT) – 31 orang
βœ… Pemeriksaan Ultrasound – 27 pesakit

Melalui pemeriksaan ultrasound yang dijalankan, terdapat peserta yang dikenal pasti mempunyai masalah yang memerlukan penilaian lanjut dan telah dirujuk kepada pakar ginekologi untuk pemeriksaan lanjut bagi menyingkirkan kemungkinan kanser rahim. Ini membuktikan bahawa saringan kesihatan mampu membantu mengesan penyakit lebih awal sebelum gejala serius berlaku.

🎀 Forum Kesihatan "Bersama Menangani Darah Tinggi"

Antara tarikan utama program ialah forum kesihatan yang berlangsung secara interaktif dan mendapat penyertaan aktif daripada para peserta.
Bagi memastikan mesej kesihatan dapat disampaikan dengan berkesan kepada semua lapisan masyarakat, forum telah dikendalikan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, English dan Bahasa Cina. Pendekatan ini membolehkan maklumat berkaitan pencegahan dan kawalan darah tinggi disampaikan dengan lebih jelas kepada peserta daripada pelbagai latar belakang dan kaum yang hadir.

Terima kasih kepada:
πŸŽ™οΈ Moderator β€’ Dr Poo Suk Ting, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Cheras Baru
πŸ‘¨β€βš•οΈ Panelis
β€’ Dr Ian Choong – Pakar Perubatan Keluarga PPUM dan Pakar Lifestyle Medicine
β€’ Dr Beh Hooi Chin – Pakar Perubatan Keluarga PPUM yang aktif bersama Malaysian Society for World Action on Salt, Sugar and Health (MyWASSH)

Perkongsian mereka telah memberi pendedahan yang sangat bermanfaat mengenai pencegahan, pengesanan awal dan kawalan darah tinggi melalui perubahan gaya hidup, pengurangan pengambilan garam dan gula, serta kepentingan pematuhan rawatan.

🀝 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan kolaborasi yang telah menjayakan program ini:
πŸ”Ή Pejabat Kesihatan Cheras, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
πŸ”Ή Komuniti Cheras Sejahtera Bersama
πŸ”Ή Panel Penasihat Klinik Kesihatan Cheras Baru
πŸ”Ή Bahagian Jangkaun Komuniti (HOPE@PPUM) Pusat Perubatan Universiti Malaya
πŸ”Ή Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Parlimen Cheras
πŸ”Ή EkoCheras Mall
πŸ”Ή Kiwanis Kidney Dialysis and Stroke Foundation, Kiwanis Club Bangsar

🌟 Penghargaan khas kepada HOPE@PPUM atas komitmen dan sokongan berterusan dalam usaha memperkasakan kesihatan komuniti - membawa servis hospital seperti ultrasound dan scope terus ke komuniti. Kerjasama erat yang diberikan telah memainkan peranan penting dalam memastikan pelbagai aktiviti saringan dan pendidikan kesihatan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

🌟 Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Cheras atas bantuan dalam menggerakkan komuniti setempat dan memastikan penyertaan masyarakat yang memberangsangkan sepanjang program berlangsung.

🌟 Pihak Klinik Kesihatan Cheras Baru juga ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr Ping Foo Wong Ping Foo, mantan Ketua Klinik Kesihatan Cheras Baru, atas sokongan, bimbingan, nasihat dan komitmen beliau yang amat besar dalam membantu perancangan serta pelaksanaan program ini. Pengalaman dan dedikasi beliau dalam membina jaringan kerjasama bersama komuniti dan pelbagai agensi telah menjadi antara faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan Karnival Kesihatan Komuniti Cheras 2026.

πŸ’ Terima kasih juga kepada semua petugas kesihatan, sukarelawan, NGO yang terlibat, para panel forum, serta semua peserta yang hadir dan menjayakan program ini.

πŸ“Œ Pesanan Kesihatan
Darah tinggi adalah "Silent Killer". Ramai penghidap tidak menyedari mereka mempunyai tekanan darah tinggi sehingga komplikasi serius berlaku.
βœ”οΈ Semua individu berumur 30 tahun dan ke atas, walaupun sihat dan tidak mempunyai gejala, digalakkan menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun.
βœ”οΈ Pengesanan awal membolehkan rawatan dimulakan lebih awal dan membantu mencegah komplikasi seperti strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan penyakit salur darah.

❀️ Jom bersama kita cegah darah tinggi, kekal sihat dan hidup berkualiti!

🚨 ANDA DAN KELUARGA ADA RANCANGAN HUJUNG MINGGU? 🚨Jom singgah ke Karnival Kesihatan Komuniti Cheras 2026 di Eko Cheras M...
16/06/2026

🚨 ANDA DAN KELUARGA ADA RANCANGAN HUJUNG MINGGU? 🚨

Jom singgah ke Karnival Kesihatan Komuniti Cheras 2026 di Eko Cheras Mall!

🩺 Pemeriksaan kesihatan PERCUMA
πŸ’‰ Vaksin Influenza PERCUMA untuk warga emas 60 tahun ke atas
❀️ Forum kesihatan mengenai darah tinggi
πŸš‘ Demonstrasi CPR
🧠 Maklumat kesihatan daripada pelbagai agensi dan NGO termasuk Kiwanis Kidney Dialysis & Stroke Foundation

🎁 Hadiah untuk 100 peserta terawal
🍱 Makanan disediakan

πŸ“… 20 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ 10.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tingkat 2, Eko Cheras Mall (Berhadapan Kaison)

Jangan tunggu sakit baru nak periksa! Datang bersama ibu bapa, pasangan, anak-anak dan rakan-rakan.

Kesihatan keluarga adalah pelaburan terbaik untuk masa depan. Jumpa anda di sana! 😊🫢🏻

16/04/2026
🌑️ Raya Seronok, Tapi Jangan Abaikan Risiko Strok HabaMusim raya + cuaca panas = kombinasi yang kita selalu underestimat...
24/03/2026

🌑️ Raya Seronok, Tapi Jangan Abaikan Risiko Strok Haba

Musim raya + cuaca panas = kombinasi yang kita selalu underestimate.

Strok haba bukan sekadar rasa panas β€” ia boleh berlaku cepat dan jadi kecemasan yang mengancam nyawa.

⚠️ Jangan tunggu sampai rebah.
Kalau badan dah beri signal (pening, terlalu haus, lemah, suhu naik), itu tanda badan dah mula gagal kawal haba.

🚨 Apa paling penting? Bertindak awal:
πŸ™…β€β™‚οΈHentikan aktiviti & cari tempat teduh / sejuk
❄️Sejukkan badan secepat mungkin
🚰Pastikan hidrasi cukup
Jika makin teruk β†’ terus dapatkan rawatan

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Dalam kesibukan beraya, perhatikan juga: Anak kecil, warga emas & ahli keluarga berpenyakit kronik β€” mereka lebih mudah terjejas.

❀️ Raya tetap boleh meriah, tapi keselamatan jangan kompromi.

Jaga diri, jaga orang tersayang.

Sambutan  Hari Kesedaran Kanser Kolorektal peringkat Klinik Kesihatan Cheras Baru 2025 πŸ“… Tarikh: 19 September 2025 | 8.0...
03/10/2025

Sambutan Hari Kesedaran Kanser Kolorektal peringkat Klinik Kesihatan Cheras Baru 2025

πŸ“… Tarikh: 19 September 2025 | 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Klinik Kesihatan Cheras Baru

Sambutan ini diadakan setiap tahun di seluruh dunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit kolorektal ,cara pencegahan, komplikasi serta kepentingan rawatan awal.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr Wong Ping Foo, Ketua Klinik merangkap Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Cheras Baru.

Antara pengisian utama program ialah ceramah berkaitan penyakit kolorektal yang disampaikan oleh Dr Poo Suk Ting & Dr Anu Malar Narunan,Pakar Perubatan Keluarga (Pra-warta) Klinik Kesihatan Cheras Baru.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang sambutan ini, termasuk sesi soal jawab interaktif bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan Sambutan Hari kolorektal yang diketuai oleh Dr Chen Jo Yee

β€” πŠπ‹πˆππˆπŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐑𝐔 β€”

Address

Jalan 16, Kampung Cheras Baru, Off Jalan Kuari
Kuala Lumpur
56100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

03-42946114

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Cheras Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category