07/08/2026
Suasana pagi Isnin di Uniklinik, Puan Farah masuk ke bilik consult sambil dukung baby 2 bulan, Aisy yang sedang lena tidur. (Puan Farah dan Aisy bukan nama sebenar)
Doktor: Assalamualaikum Puan Farah! Wah, Aisy dah 2 bulan ya? Besar dah nampak p**i tu.
Farah (ketawa kecil): Waalaikumussalam doktor. Haa ya, cepat masa berlalu, 2 bulan dah Aisy. Hari ni nak cucuk vaksin tapi saya yang berdebar sebenarnya.
Doktor: Normal sangat rasa macam tu. Ibu mana yang tak rasa sebak tengok anak menangis kena cucuk kan. Tapi Puan Farah datang hari ni sebab nak lindungi Aisy.
Farah: Vaksin ni untuk apa ya doktor? Saya tahu penting, tapi nak faham betul-betul.
Doktor: Bagus Puan tanya. Hari ini Aisy akan dapat vaksin Hexaxim. Dalam satu suntikan, dia lindungi Aisy daripada 6 penyakit serius - difteria, tetanus, batuk kokol, polio, jangkitan kuman Hib, dan hepatitis B.
Farah (muka terkejut): Enam terus? Kesian dia.
Doktor: Nampak macam banyak, tapi sebenarnya lebih baik satu suntikan gabungan daripada cucuk banyak kali berasingan. Dan badan baby memang direka untuk hadapi benda macam ni. Setiap hari pun sistem imunisasi dia belajar kenal kuman daripada persekitaran.
Farah: Saya faham doktor. Penyakit banyak-banyak ni memang bahaya sangat ke?
Doktor: Memang bahaya. Contohnya batuk kokol, baby boleh batuk sampai tak cukup nafas. Polio boleh sebabkan lumpuh kekal. Difteria boleh buat saluran pernafasan tersumbat. Hib p**a boleh menyebabkan radang otak. Penyakit-penyakit ni mungkin jarang kita nampak sekarang sebab vaksinlah yang kawal.
Farah: Oh, jadi bukan sebab penyakit tu dah tak ada?
Doktor: Betul. Penyakit tu masih wujud. Kalau ramai tak vaksin, dia boleh muncul balik. Kita panggil ni ‘herd immunity’, bila ramai orang kebal, virus susah nak merebak.
Farah (angguk perlahan): Lagi satu doktor, saya ada dengar orang kata yang vaksin boleh menyebabkan autisme.
Doktor (tenang): Itu semua mitos lama yang dah terbukti tak benar. Kajian besar seluruh dunia tak jumpa kaitan antara vaksin dan autisme. Kajian asal yang buat dakwaan tu pun dah ditarik balik disebabkan data yang tak betul.
Farah: Okey, lega saya dengar doktor terangkan macam ni. Lepas cucuk nanti Aisy kan demam ke?
Doktor: Ya ada kemungkinan demam ringan untuk 1 atau 2 hari tapi tu perkara biasa. Dan tempat cucuk mungkin merah sikit. Itu tanda badan sedang bina antibodi. Kalau suhu lebih 38 darjah, boleh beri ubat demam ikut dos. Yang penting, dia masih aktif dan menyusu okey.
Farah: Okey doktor, saya dah bersedia.
Aisy menangis kuat beberapa saat selepas diberi suntikan vaksin.
Farah: Alahai kesian Aisy, mama pun rasa nak menangis sekali.
Doktor (senyum): Dah siap. Biasanya baby nangis tak sampai seminit, sebab dia terkejut dan sakit sikit. Tengok tu, dah berhenti pun.
Farah: Terima kasih doktor explain sampai saya betul-betul faham. Rasa lebih yakin.
Doktor: Sama-sama Puan. Hari ni Puan Farah dah buat satu keputusan besar untuk lindungi Aisy. Vaksin ni bukan sekadar cucuk, dia pelaburan kesihatan jangka panjang. Jadi, bulan depan kita jumpa lagi untuk dos seterusnya ya.
Farah: Insyallah doktor, jumpa lagi.
Uniklinik Taman Permata,
No 3, Persiaran Permata,
Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-41613330
WhatsApp : 017-868 5668
(Berdekatan Giant Hulu Klang -Taman Permata, Taman Melawati dan zoo negara)