Terapi Carakerja UKM

Call Directions Website Contact the practice

Terapi Carakerja UKM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Terapi Carakerja UKM, Occupational therapist, Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Sains Kesihatan Kampus Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.

The scope of services covered by occupational therapy includes providing support, performing comprehensive assessments and interventions in a home, school, workplace and/or community settings in order to help clients achieve independence or optimum functions in their daily lives.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 69 Tahun πŸ‡²πŸ‡Ύ
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 69 Tahun πŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah, Bengkel Kolaborasi Interdisiplin UKM dalam Terapi Cara Kerja: Pediatrik, Fizikal & Psikiatri yang berlang...
29/07/2026

Alhamdulillah, Bengkel Kolaborasi Interdisiplin UKM dalam Terapi Cara Kerja: Pediatrik, Fizikal & Psikiatri yang berlangsung pada 22–23 Julai 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penceramah, urus setia serta para peserta atas komitmen, penglibatan aktif dan perkongsian ilmu sepanjang dua hari bengkel ini berlangsung.

Sepanjang program, para peserta telah berpeluang:
🧩 Meneroka amalan terbaik dalam pengurusan kes Terapi Cara Kerja bagi bidang Pediatrik, Fizikal dan Psikiatri.
🀝 Mengukuhkan kolaborasi interdisiplin melalui perkongsian pengalaman dan perbincangan ilmiah.
πŸ“š Mengaplikasikan pengetahuan menerusi aktiviti Case-Based Simulation yang mencerminkan situasi klinikal sebenar.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan jaringan profesional yang terjalin sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan dalam memperkasakan amalan Terapi Cara Kerja serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan penyertaan semua pihak. Semoga kita berpeluang bertemu lagi dalam program-program pembangunan kompetensi yang akan datang.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H πŸŒ™Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi inspirasi untuk terus maju dengan semangat...
17/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H πŸŒ™

Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi inspirasi untuk terus maju dengan semangat, integriti dan komitmen yang lebih tinggi. Bersama-sama kita melangkah ke hadapan, mencipta kejayaan dan menyebarkan manfaat kepada masyarakat.

Salam Maal Hijrah daripada kami kepada semua.

Selamat Hari Wesak. Semoga hari yang penuh makna ini membawa kedamaian, kebijaksanaan dan kasih sayang kepada semua ✨πŸͺ·  ...
31/05/2026

Selamat Hari Wesak. Semoga hari yang penuh makna ini membawa kedamaian, kebijaksanaan dan kasih sayang kepada semua ✨πŸͺ·

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H πŸ„πŸβœ¨
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H πŸ„πŸβœ¨

24/05/2026

Masalah kesihatan mental boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa, tahap ekonomi dan pendidikan. Stigma dan salah faham dalam kalangan masyarakat menyebabkan individu yang mengalami masalah atau penyakit mental tidak tampil untuk mendapatkan bantuan professional yang mereka perlukan.

Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- π“πšπ₯𝐒𝐚𝐧 𝐇𝐄𝐀𝐋 πŸπŸ“πŸ“πŸ“πŸ“ (π‡πžπ₯𝐩 𝐰𝐒𝐭𝐑 π„π¦π©πšπ­π‘π² 𝐀𝐧𝐝 π‹π¨π―πž) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Selamat Hari Pekerja untuk semua pekerja yang telah berbakti πŸ«°πŸ»πŸ’Έ
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja untuk semua pekerja yang telah berbakti πŸ«°πŸ»πŸ’Έ

WEBINAR: Bila Perlu Risau?  🧠 Panduan Awal Perkembangan Kanak-KanakIbu bapa, penjaga & pendidikβ€”adakah anda pasti perkem...
22/04/2026

WEBINAR: Bila Perlu Risau?
🧠 Panduan Awal Perkembangan Kanak-Kanak

Ibu bapa, penjaga & pendidikβ€”adakah anda pasti perkembangan anak berada di landasan yang betul? πŸ€”

Jom sertai webinar ini untuk:
βœ… Memahami perkembangan normal kanak-kanak
βœ… Mengenal pasti red flags lebih awal
βœ… Belajar strategi praktikal rangsangan di rumah
βœ… Mendapat perkongsian daripada pakar dalam bidang

πŸ“… Tarikh: 6 & 7 Mei 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
πŸ’» Platform: Zoom

🎀 Topik menarik termasuk:
πŸ”Ή Perkembangan normal & variasi
πŸ”Ή Bahasa, komunikasi & pendengaran
πŸ”Ή Motor, sensori & bermain
πŸ”Ή Mitos vs realiti perkembangan kanak-kanak
πŸ”Ή Sosial, emosi & tingkah laku
πŸ”Ή Kepentingan intervensi awal

πŸ’° Yuran:
RM60 / webinar 1 atau 2
RM100 untuk pakej penuh (2 hari)
https://appsmu.ukm.my/ukmshop/Seminar/Webinarrisau

πŸ“² Imbas QR kod atau tekan pautan berikut untuk mendaftar.

https://forms.gle/gdiP921MDntMjspN9

πŸ“ž Pertanyaan:
* www.wasap.my/60199686717( Amisam)
* www.wasap.my/60132161417( Shahrul)

🎯 Jangan tunggu sehingga terlambatβ€”bertindak awal

Program Terapi Cara Kerja mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua πŸ•ŒπŸ’šβœ¨πŸŽ†
20/03/2026

Program Terapi Cara Kerja mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua πŸ•ŒπŸ’šβœ¨πŸŽ†

Satu program lawatan akademik dari Bungkyo Gakuin University (BGU), Jepun telah diadakan pada 26 Februari hingga 11 Mac ...
16/03/2026

Satu program lawatan akademik dari Bungkyo Gakuin University (BGU), Jepun telah diadakan pada 26 Februari hingga 11 Mac 2026. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap amalan klinikal sebenar serta perkhidmatan rehabilitasi yang disediakan di Malaysia.

Sepanjang program ini, para pelajar telah berpeluang mengadakan lawatan ke beberapa institusi dan fasiliti berkaitan perkhidmatan kesihatan dan rehabilitasi, antaranya Unit Mentari di Hospital Selayang, Permata Kurnia Sentul, Genting Dementia Care Centre Segambut serta Unit Psikiatri di Hospital UKM.

Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama akademik antarabangsa di samping memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar dalam memahami aplikasi praktikal bidang terapi cara kerja, psikologi, psikiatri dan rehabilitasi dalam konteks perkhidmatan kesihatan.

Address

Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Sains Kesihatan Kampus Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60136206067

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terapi Carakerja UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Terapi Carakerja UKM:

Shortcuts

Share