28/09/2026
CT scan normal lepas anak terhantuk kepala, tapi masih kena monitor. Kenapa?
CT scan yang clear memang reassuring, tapi normal CT scan tidak semestinya bermaksud anak tak mengalami concussion (gegaran otak).
CT scan digunakan untuk melihat kecederaan tertentu seperti pendarahan dalam kepala. Concussion p**a biasanya dinilai melalui simptom dan pemeriksaan, dan sesetengah simptom boleh muncul atau berubah selepas anak balik rumah.
🚨 Selepas anak terhantuk kepala, bawa semula ke Emergency Department (ED) jika anak:
• muntah berulang atau semakin teruk
• susah dikejutkan
• mengalami sawan
• keliru atau perangai berubah ketara
• sakit kepala semakin teruk
• lemah, berjalan tak stabil atau percakapan berubah
• keluar cecair jernih dari hidung atau telinga
Sebab tu discharge advice selepas head injury penting walaupun CT scan normal.
Simpan post ni. Hopefully tak perlu guna, tapi bagus untuk parents tahu apa red flags selepas anak jatuh atau terhantuk kepala yang perlu diperhatikan.
Dr Nisa Khalil
Consultant Paediatrician | Kuala Lumpur, Malaysia