28/09/2026
Karnival Tadika Permata MAIWP 2026 @ Kompleks Darul Kifayah
Hospital Pakar Pusrawi Kuala Lumpur telah menyertai Karnival Tadika Permata MAIWP 2026 yang berlangsung pada 26 September 2026 bertempat di Kompleks Darul Kifayah.
Program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini menghimpunkan ibu bapa dan murid dalam pelbagai aktiviti, termasuk penglibatan reruai pameran kesihatan bagi memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran berkaitan penjagaan kesihatan.
Sepanjang program berlangsung, Klinik Pusrawi turut menyediakan pemeriksaan dan saringan kesihatan kepada komuniti yang hadir, selain jualan ubat-ubatan farmasi sebagai salah satu kemudahan kepada pengunjung.
Terima kasih kepada pihak MAIWP atas jemputan serta kepercayaan yang diberikan kepada Hospital Pakar Pusrawi Kuala Lumpur untuk turut serta dalam program ini.
Semoga penglibatan seperti ini dapat terus diperkasakan dalam mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti serta menyokong usaha membentuk masyarakat yang lebih sihat dan sejahtera ๐ค
Peneraju Kesihatan Ummah.