21/08/2026
Luka kecil… tapi ada sesuatu yang tertinggal di dalam tangan. 😰
Luka cuma lebih kurang 0.5 cm, nampak kering dan pesakit ingat sakit serta bengkak itu cuma kesan jatuh motor.
Tapi selepas 2 minggu, sakit semakin teruk, tangan mula merah dan bengkak, malah nanah mula keluar.
Rupanya, ada serpihan kayu sepanjang ±1 cm yang tertanam di dalam tapak tangan! 😱
Yang lebih membimbangkan, serpihan kayu dari jalan raya boleh membawa kuman dan mencetuskan jangkitan.
👉 Jadi, jangan pandang ringan kalau luka kecil tetapi sakit dan bengkak tidak semakin baik. Lebih-lebih lagi jika sakit bertambah teruk atau mula keluar nanah.
Dan tahukah anda? Serpihan kayu atau kaca tidak semestinya dapat dilihat melalui X-ray.
Dalam video ini saya kongsikan apa yang berlaku dan kenapa pemeriksaan serta rawatan awal sangat penting.
📲 http://www.wasap.my/601162932310/HelloDrShams