Pusat Fisio Putramedic

Call Directions

Pusat Fisio Putramedic Lantai 19, Lot 6, Menara TH Tun Razak. Operating Hours
Monday - Friday
8.00 AM - 5.00 PM

Assalamualaikum & Salam SejahteraBoleh datang ke pusat fisio kami yang terletak di MENARA TABUNG HAJI, JALAN TUN RAZAK K...
21/08/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Boleh datang ke pusat fisio kami yang terletak di MENARA TABUNG HAJI, JALAN TUN RAZAK KL untuk mendapatkan rawatan @ konsultasi anda !

PUSAT FISIO PUTRAMEDIC
MENARA TABUNG HAJI, JALAN TUN RAZAK KL
NO TEL : 03 - 2181 6061
WAKTU RAWATAN : 8AM-5PM

SELAMAT DATANG KE PUSAT FISIO KAMI . PUSAT FISIO PUTRAMEDIC ADALAH PANEL DI BAWAH PMCARE. KAMI JUGA MENERIMA PESAKIT WAL...
21/08/2026

SELAMAT DATANG KE PUSAT FISIO KAMI .

PUSAT FISIO PUTRAMEDIC ADALAH PANEL DI BAWAH PMCARE.
KAMI JUGA MENERIMA PESAKIT WALK IN KE PUSAT KAMI .

LOKASI :
PUSAT FISIO PUTRAMEDIC
MENARA TABUNG HAJI JALAN TUN RAZAK KL
03 - 21818 6061 / 011-7079 2546

Sakit pinggang adalah keadaan apabila rasa sakit atau ketidakselesaan muncul di bahagian bawah belakang, bermula dari ba...
21/08/2026

Sakit pinggang adalah keadaan apabila rasa sakit atau ketidakselesaan muncul di bahagian bawah belakang, bermula dari bahagian bawah tulang rusuk hingga ke lipatan di bawah punggung tetapi tanpa rasa sakit yang menjalar ke kaki.

Jika tidak dirawat dengan baik, sakit pinggang boleh mengurangkan mobiliti lumbar sehingga akan berlaku pergerakan terhad dan mengganggu aktiviti.

Boleh hubungi atau kunjungi kami untuk mendapatkan konsultasi@ rawatan lanjut.

PUSAT FISIO PUTRAMEDIC
MENARA TABUNG HAJI JALAN TUN RAZAK KL
03 - 21818 6061 / 011-7079 2546

đź©»Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa lazim dalam kalangan pesakit sakit tulang belakang.âś…Antara...
21/08/2026

đź©»Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa lazim dalam kalangan pesakit sakit tulang belakang.

âś…Antara punca-punca slipped disc adalah proses penuaan pada cakera tulang belakang, faktor mekanikal dan trauma.

âś…Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk.

📢Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah mencegah slipped disc seperti yang dikongsikan.

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

TENGAH MALAM TIBA-TIBA BETIS MENGERAS?INI 8 SEBAB KAKI SELALU CRAMP WAKTU TIDURRamai pernah kena.Tengah tidur lena, tiba...
21/08/2026

TENGAH MALAM TIBA-TIBA BETIS MENGERAS?

INI 8 SEBAB KAKI SELALU CRAMP WAKTU TIDUR

Ramai pernah kena.
Tengah tidur lena, tiba-tiba betis mengeras, jari kaki tertarik dan sakitnya sampai terus terjaga.
Ada yang terus kata,
“Kurang magnesium ni.”
Lepas tu mula cari supplement.
Sebenarnya, kaki cramp waktu malam ada banyak punca — dan kekurangan magnesium hanyalah salah satu kemungkinan.

Antara yang biasa:

1. Otot terlalu penat
Banyak berjalan, berdiri lama atau exercise lebih daripada biasa boleh buat otot betis lebih mudah kejang waktu malam.
2. Kurang air
Badan yang dehidrasi boleh mengganggu fungsi normal otot, terutama selepas berpeluh banyak atau cuaca panas.
3. Duduk terlalu lama
Seharian di kerusi, dalam kereta atau kurang bergerak pun boleh menyebabkan otot menjadi tegang.
4. Otot betis memang ketat
Kurang stretching, kurang pergerakan buku lali atau posisi kaki ketika tidur boleh mencetuskan cramp.
5. Mineral dalam badan tidak seimbang
Kalium, kalsium atau magnesium yang terlalu rendah boleh menyebabkan kekejangan — tetapi jangan assume semua cramp berpunca daripada ini.
6. Kehamilan
Wanita hamil memang lebih mudah mengalami kekejangan kaki, terutama apabila kandungan semakin besar.
7. Kesan ubat tertentu
Sesetengah ubat boleh meningkatkan risiko gangguan otot atau perubahan elektrolit.
8. Ada masalah kesihatan yang mendasari
Masalah saraf, salur darah, buah pinggang atau keadaan metabolik tertentu juga boleh menyebabkan cramp berulang.

Kalau berlaku sekali-sekala selepas penat, biasanya tidak membimbangkan.

Tetapi kalau hampir setiap malam, semakin kerap, kaki bengkak, kebas, lemah atau berubah warna, jangan sekadar sapu minyak dan sambung tidur.
Cramp itu simptom.
Bukan diagnosis “kurang magnesium”.
Sebelum beli supplement, cari dulu puncanya.

Sumber dari Public Health Malaysia

Fisioterapi adalah profesion penjagaan kesihatan yang membantu individu memerlukan dalam memulih, mengekal serta memaksi...
19/08/2026

Fisioterapi adalah profesion penjagaan kesihatan yang membantu individu memerlukan dalam memulih, mengekal serta memaksimumkan kekuatan, fungsi, pergerakan, dan kesejahteraan pesakit secara keseluruhan.

10 kecederaan yang sering dirawat fisioterapis :
1. Sakit leher/bahu
2. Sakit bahagian siku
3. Sakit bahagian belakang
4. Sakit bahagian tangan
5. Sakit otot Harmstring
6. Sakit bahagian lutut
7. Sakit bahagian betis
8. Shin Splint
9. Sakit pada tendon Achilles
10. Terseliuh

Berikut antara kecederaan yang sering dirawat oleh fisioterapis.
Boleh hubungi 03-2181 6061 untuk pertanyaan lanjut atau menempah slot konsultasi dengan kami.

Masa & Hari Operasi: 08:00 PAGI - 5:00 PETANG (Isnin - Jumaat)
Lokasi: Pusat Fisio Putramedic, Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak,KL

PLANTAR FASCITIS 🦶🦶Siapa yang selalu sakit pada tapak kaki bila pijak masa mula-mula bangun dari tidur ? Sakitnya kadang...
19/08/2026

PLANTAR FASCITIS 🦶🦶

Siapa yang selalu sakit pada tapak kaki bila pijak masa mula-mula bangun dari tidur ? Sakitnya kadang-kadang sampai tidak boleh berjalan kerana terlampau sakit. Makan panadol pun tak jalan. Tapi kalau duduk dan tunggu lama sedikit, sakit tu hilang.
Jika ya, anda mungkin ada plantar fasciitis.

Penyakit radang fascia plantar kaki ini disebabkan pemendapan calcium pada tulang tumit dan tisu fascia dikenali sebagai heel spur atau tulang baru yang tumbuh bawah tulang tumit.
Ianya sering terjadi pada mereka yang berat badan mereka sudah mula meningkat, yang bekerja berdiri/berjalan lama, berumur >40 tahun dan mereka yang memakai high heels.

Anda tidak mahu membiarkan penyakit ini sehingga boleh menyebabkan anda mempunyai masalah berjalan, dan merebak ke sakit lutut, pinggul dan tulang belakang.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan dari sakit ini tanpa ubat-ubatan atau pembedahan. Kami sharekan beberapa dan senaman untuk mengurangkan risiko untuk mendapat radang plantar fasia ini. Malam ni jangan lupa cuba sebelum tidur.

Wax Therapy ini digunakan untuk merawat pelbagai masalah sendi dan otot, contohnya arthritis, sendi keras, dan kejang ot...
19/08/2026

Wax Therapy ini digunakan untuk merawat pelbagai masalah sendi dan otot, contohnya arthritis, sendi keras, dan kejang otot.

Selain itu ia juga dapat melancarkan peredaran darah di kawasan yang sakit, membantu merelaks kan otot,mengurangkan sakit dan juga kebas-kebas pada tangan atau kaki.

Boleh hubungi 03-2181 6061 untuk pertanyaan lanjut atau menempah slot konsultasi dengan kami.

Masa & Hari Operasi: 08:00 PAGI - 5:00 PETANG (Isnin - Jumaat)
Lokasi: Pusat Fisio Putramedic, Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak,KL

ANAK BUKAN KECIL SELAMANYA.BERAT BADAN BERLEBIHAN BOLEH IKUT SAMPAI DEWASA.Hari ini mungkin kita nampak seorang anak yan...
19/08/2026

ANAK BUKAN KECIL SELAMANYA.
BERAT BADAN BERLEBIHAN BOLEH IKUT SAMPAI DEWASA.
Hari ini mungkin kita nampak seorang anak yang masih kecil.
Dia makan seperti biasa. Minum air manis. Duduk lama dengan telefon atau tablet. Aktiviti fizikal semakin kurang.

Berat naik sedikit demi sedikit.
Kita mungkin kata,
“Tak apa, budak lagi.”
“Nanti besar kuruslah.”
“Comel apa berisi sikit.”
Tetapi tubuh mereka sedang membesar.
Dan berat badan berlebihan pada zaman kanak-kanak tidak semestinya hilang apabila mereka dewasa.
Kanak-kanak yang mengalami overweight atau obesiti mempunyai risiko lebih tinggi untuk terus mengalami obesiti apabila dewasa, serta mendapat penyakit tidak berjangkit seperti diabetes jenis 2 dan penyakit kardiovaskular pada usia yang lebih muda.
Beginilah obesiti kanak-kanak terbentuk.
Ia bukan berlaku kerana satu makanan.
Bukan kerana satu gelas air manis.
Dan bukan semata-mata kerana seorang anak “malas”.
Obesiti ialah masalah yang kompleks.
Pemakanan tinggi tenaga, minuman bergula, makanan ultra-proses, aktiviti fizikal yang semakin kurang, masa skrin, persekitaran tempat tinggal, faktor psikososial dan genetik semuanya boleh memainkan peranan.
Anak-anak sebenarnya tidak mempunyai kawalan penuh terhadap makanan yang dibeli di rumah.
Mereka tidak menentukan apa yang dijual di kantin.
Mereka tidak menentukan berapa banyak iklan makanan yang muncul di skrin mereka.
Dan mereka juga tidak mereka bentuk kawasan perumahan yang mungkin langsung tidak mempunyai tempat selamat untuk berlari dan bermain.
Sebab itu kita perlu berhenti melihat obesiti kanak-kanak sekadar sebagai masalah “disiplin anak”.
Di seluruh dunia, lebih 390 juta kanak-kanak dan remaja berusia 5 hingga 19 tahun hidup dengan berat badan berlebihan pada tahun 2022. Daripada jumlah itu, sekitar 160 juta hidup dengan obesiti.
Ini bukan isu rupa.
Bukan soal anak nampak “tembam”, “besar” atau tidak muat baju.
Ini soal kesihatan.

Obesiti ketika kanak-kanak dikaitkan dengan risiko penyakit yang muncul lebih awal, termasuk diabetes dan penyakit kardiovaskular. Ia juga boleh memberi kesan psikososial, termasuk stigma, diskriminasi, buli dan kualiti hidup.
Jadi jangan malukan anak kerana berat badannya.
Jangan jadikan tubuh mereka bahan gurauan.
Jangan paksa mereka berdiet ekstrem.

Sebaliknya, ubah persekitaran bersama-sama.
Kurangkan minuman bergula di rumah.
Jadikan air kosong pilihan biasa.
Sediakan makanan yang lebih seimbang.
Galakkan anak bergerak dan bermain setiap hari.
Kurangkan masa skrin.
Pastikan tidur mencukupi.

Dan jika berat badan anak semakin meningkat atau membimbangkan, dapatkan penilaian profesional kesihatan. Jangan tunggu sehingga masalah kesihatan muncul.

Kita tidak perlu membesarkan anak yang kurus.
Kita mahu membesarkan anak yang sihat.
Kerana anak bukan kecil selamanya.
Dan apa yang bermula pada zaman kanak-kanak, boleh mereka bawa sehingga dewasa.

Sumber dari Public Health Malaysia

LAPAR SEBELUM TIDUR: PERUT BETUL-BETUL LAPAR, ATAU MULUT CUMA NAK MENGUNYAH?Malam dah lewat.Makan malam sebenarnya sudah...
19/08/2026

LAPAR SEBELUM TIDUR: PERUT BETUL-BETUL LAPAR, ATAU MULUT CUMA NAK MENGUNYAH?

Malam dah lewat.
Makan malam sebenarnya sudah.
Perut pun tidak berbunyi.
Tapi bila duduk depan TV atau mula scroll telefon, tiba-tiba rasa macam nak cari sesuatu di dapur.
Biskut ada.
Keropok ada.
Coklat pun nampak menarik.
Kita panggil semua itu “lapar”.
Tapi tidak semua keinginan untuk makan datang daripada badan yang benar-benar memerlukan makanan.

Lapar fizikal biasanya datang secara perlahan.
Perut mungkin terasa kosong, tenaga mula berkurang dan kita tidak terlalu memilih makanan.
Nasi boleh.
Buah boleh.
Roti pun boleh.
Yang penting, kita mahu makan.

Keinginan untuk mengunyah p**a selalunya datang lebih tiba-tiba.
Kita mungkin baru sahaja makan, tetapi terasa mahu makanan tertentu.
Nak yang manis.
Nak yang rangup.
Nak yang masin.
Dan peliknya, keinginan itu sering muncul apabila kita sedang bosan, stres, menonton TV atau scroll telefon.
Ada satu cara mudah untuk bezakan.
Tanya diri sendiri:
“Kalau sekarang ada buah, telur atau makanan biasa, aku masih mahu makan?”
Kalau jawapannya ya, mungkin memang lapar.
Kalau hanya mahu coklat, keropok atau makanan tertentu, mungkin yang sedang mencari makanan bukan perut kita.
Tetapi tabiat dan selera.
Ini tidak bermaksud kita langsung tidak boleh makan pada waktu malam.
Kalau benar-benar lapar, makanlah.
Cuma pilih portion yang sederhana dan makanan yang mengenyangkan.
Masalahnya bukan kerana jam sudah menunjukkan pukul 10 atau 11 malam semata-mata.
Masalah boleh bermula apabila makan malam bertukar menjadi makan lagi, kemudian mengunyah lagi, sedangkan badan sebenarnya sudah cukup.
Kadang-kadang kita bukan lapar.
Kita cuma sudah terlalu biasa makan sambil menonton, bekerja atau scroll telefon sehingga otak belajar mengaitkan aktiviti itu dengan makanan.
Sebelum buka peti ais malam ini, berhenti sekejap dan tanya:
Perut yang lapar, atau tabiat yang sedang meminta?

Sumber dari Public Health Malaysia

Address

Lantai 19, Lot 6 Menara TH Tun Razak
Kuala Lumpur
50400

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60321816061

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Fisio Putramedic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share