04/08/2026
CERAMAH ANTIDADAH
01 Ogos 2026 ~ Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam, AADK Cheras telah dijemput untuk mengadakan Ceramah Antidadah sempena Program “Dari Belia Ke Belia” anjuran Pejabat Belia Sukan kawasan Cheras dan Bandar Tun Razak bertempat di Kolam Takungan Banjir Sungai Midah Kg.Malaysia Tambahan,Kuala Lumpur.
Ceramah telah disampaikan oleh En.Zakry bin Mat Zudin dari Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam,AADK Cheras.
Terima Kasih kepada Pejabat Belia Sukan kawasan Cheras dan Bandar Tun Razak di atas kesudian menjemput AADK Cheras memberikan info berkenaan mesej antidadah.
Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua.
Agensi Antidadah Kebangsaan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.
Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 1800-22-2235 atau 019-626 2233.