Hospital Kuala Lumpur - HKL

Directions

Hospital Kuala Lumpur - HKL Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Kuala Lumpur - HKL, Hospital, Jalan Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

KUASA KATA-KATA: PEMBUKA JALAN KEBAIKAN!πŸ’¬βœ¨Pernah tak anda rasa hari anda makin ceria hanya disebabkan satu ungkapan yang...
08/09/2026

KUASA KATA-KATA: PEMBUKA JALAN KEBAIKAN!πŸ’¬βœ¨
Pernah tak anda rasa hari anda makin ceria hanya disebabkan satu ungkapan yang baik daripada seseorang?
Itulah magisnya kata-kata! Percakapan yang ikhlas, sopan, dan penuh rasa hormat bukan sahaja menenangkan hati, malah menjadi kunci utama keharmonian masyarakat kita.
Tahukah anda? Kata-kata yang baik bukan sekadar sopan, tetapi:
1. Membuka jalan kebaikan dan mengikat silaturahim.
2. Menyebar aura positif dalam masyarakat berbilang bangsa.
3. Melahirkan ikhlas dan rasa hormat sesama kita.
Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita ibarat benih. Jika disemai dengan kebaikan, yang tumbuh adalah keharmonian dan kedamaian! 🌿✨
Jom kita mulakan perubahan hari ini! Pilih tutur kata yang membawa senyuman dan keharmonian demi komuniti yang lebih sejahtera. ❀️

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—¦π—œπ——π—”π—‘π—š π— π—˜π——π—œπ—”π—§π—’π—₯ π—žπ—’π— π—¨π—‘π—œπ—§π—œ π—£π—˜π—₯π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§ π—ͺ𝗣 π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—Ÿπ—¨π— π—£π—¨π—₯ 2026Tarikh : 7 September 2026 (Isnin)Masa : 8.00 pagiTempat :...
08/09/2026

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—¦π—œπ——π—”π—‘π—š π— π—˜π——π—œπ—”π—§π—’π—₯ π—žπ—’π— π—¨π—‘π—œπ—§π—œ π—£π—˜π—₯π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§ π—ͺ𝗣 π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—Ÿπ—¨π— π—£π—¨π—₯ 2026
Tarikh : 7 September 2026 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Auditorium Pusat Kecemerlangan Kenegaraan dan Patriotisme WP Kuala Lumpur.
Program Sidang Mediator Komuniti Peringkat WP Kuala Lumpur Tahun 2026 anjuran JPNIN WPKL melalui Seksyen Pengurusan Perpaduan dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia Wilayah Persekutuan (AKM) dan Majlis Keselamatan Negara WP Kuala Lumpur (MKN) telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Suraya binti Wen, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JPNIN.
Program turut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Puan Delin Liet Blaun, Pengarah JPNIN WPKL, sebelum diteruskan dengan acara simbolik penyerahan Handbook Kes-Kes Mediasi kepada YBhg. Dato’ Asim bin Othman, Mediator Komuniti JPNIN WPKL.
Sidang ini telah dihadiri seramai 140 orang daripada kalangan Agensi, Pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Mediator Komuniti (MK), MPP, PDRM. Sidang ini menampilkan lima sesi perkongsian yang memberi fokus kepada aspek pengurusan konflik, keharmonian kejiranan serta peranan Mediator Komuniti dalam memperkukuh perpaduan dalam komuniti, iaitu:
Sesi 1 – Matlamat dan Hala Tuju Mediator Komuniti
Disampaikan oleh YBrs. Puan Norwahidah binti Zinalibdin, Pengarah Bahagian Pengurusan Perpaduan, JPNIN Ibu Pejabat.
Sesi 2 – Pengurusan Konflik dan Kejiranan dalam Komuniti
Disampaikan oleh Encik Khairul Salleh bin Hasan, Mediator Komuniti JPNIN WPKL.
Sesi 3 – Dinamika Kehidupan Berstrata: Isu Keagamaan dan Budaya, Pengurusan Konflik dan Kejiranan
Disampaikan oleh Encik Lee Peng Wai, Mediator Komuniti JPNIN WPKL.
Sesi 4 – Aku Kasih Malaysia
Disampaikan oleh Encik Ardi Putra bin Daros, Sahabat Penggerak MADANI, Akademi Kenegaraan Malaysia.
Sesi 5 – Pengalaman Pengurusan Konflik Antara Organisasi dan Penyelesaian
Disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Zainuddin bin Hj Amran, Mediator Komuniti JPNIN WPKL.
Pelaksanaan sidang ini menjadi wadah perkongsian ilmu dan pengalaman dalam memperkasa peranan Mediator Komuniti sebagai penghubung masyarakat serta pemudah cara dalam membantu menangani konflik secara harmoni, berhemah dan berkesan.
Inisiatif ini selaras dengan usaha JPNIN WPKL dalam memperkukuh keharmonian kejiranan dan memupuk budaya penyelesaian konflik secara damai demi kesejahteraan serta perpaduan komuniti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.






COUNTDOWN | PROGRAM JELAJAH BELIA RUKUN NEGARA TAHUN 2026Rukun Negara perlu terus dihayati sebagai moral dan nilai bagi ...
08/09/2026

COUNTDOWN | PROGRAM JELAJAH BELIA RUKUN NEGARA TAHUN 2026
Rukun Negara perlu terus dihayati sebagai moral dan nilai bagi memastikan pembangunan teknologi seiring dengan pembangunan akhlak dan perpaduan.
Ayuh bersama menyemarakkan semangat perpaduan demi Malaysia yang lebih kukuh dan sejahtera.











Pada hari ini berlangsung kemuncak Program Jom Baca 2026 Peringkat HKL .Program dijalankan bermula 22 Mei sehingga 30 Ju...
28/07/2026

Pada hari ini berlangsung kemuncak Program Jom Baca 2026 Peringkat HKL .Program dijalankan bermula 22 Mei sehingga 30 Jun 2026 dengan menyediakan pelbagai anugerah seperti Penyelaras Terbitan Jabatan , Anugerah Pembaca Aktif HKL , Bacaan Kegemaran Saya (BKS) , Sesi Bersama Penulis Buku Dr Fatin Izzati serta Pertandingan Sudut Bacaan Antara Jabatan. Majlis dirasmikan oleh YBrs. Dr Khursiah binti Daud ,Timbalan Perubatan 1 Hospital Kuala Lumpur

Gambar sekitar Latihan Amali Kebombaan dengan kerjasama penuh daripada pihak Bomba Kuala Lumpur.  HKL merakamkan setingg...
28/07/2026

Gambar sekitar Latihan Amali Kebombaan dengan kerjasama penuh daripada pihak Bomba Kuala Lumpur. HKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak bomba yang sudah datang meluangkan masa untuk melatih dan berkongsi ilmu mengenai prosedur keselamatan dan pencegahan kebakaran.

28/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH HOSPITAL KUALA LUMPUR KE PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU WP)
23 Julai 2026, Kuala Lumpur - YBhg. Dato' Dr. Harikrishna K.R. Nair, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU WP), sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua agensi dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan berjalan lancar dan memberi manfaat optimum kepada rakyat. ICU WP diterajui oleh YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli
Pertemuan ini memberi fokus kepada perbincangan mengenai status pelaksanaan projek-projek pembangunan Hospital Kuala Lumpur yang diselaraskan oleh ICU WP. Sesi ini turut menjadi platform untuk berkongsi perkembangan semasa, mengenal pasti cabaran pelaksanaan serta meneroka langkah penambahbaikan bagi memastikan setiap projek dapat disiapkan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi kerjasama strategik yang lebih menyeluruh dalam aspek penyelarasan pelaksanaan projek, pembangunan infrastruktur, penyampaian perkhidmatan serta inisiatif yang mampu memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.
Semoga jalinan kerjasama erat antara Hospital Kuala Lumpur dan ICU WP akan terus diperkasakan demi menyokong agenda pembangunan negara serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat

Tahniah diucapkan kepada Team Dart HKL kerana berjaya memperolehi 2 pingat gangsa pada Program Outreach Promosi Kesihata...
28/07/2026

Tahniah diucapkan kepada Team Dart HKL kerana berjaya memperolehi 2 pingat gangsa pada Program Outreach Promosi Kesihatan & Kecergasan Peringkat Kebangsaaan Zon Selatan… Xem thΓͺm

Address

Jalan Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50586

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kuala Lumpur - HKL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category