31/08/2026
Share lagi kes yang rumit dan complex baru2 ni.
Ini kes pesakit 50-an yang ada masalah darah tinggi dan kolesterol. Dia mengadu sakit dada sampai berpeluh selepas makan.
Berjumpa doktor di hospital lain dan disangka gastrik. Bila doktor di situ buat CT angiogram kelihatan beberapa kesempitan di saluran sebelah kiri. Dia berjumpa saya untuk second opinion dan saya sarankan memang kena buat angiogram untuk lebih tepat.
Bila buat angiogram, kita jumpa kesempitan di tempat yang sangat special. Ada satu saluran yang bertanggungjawab untuk 100% pengaliran darah di sebelah kiri jantung, yang dipanggil Left Main Stem (LMS) atau Left Main Coronary Artery (LMCA). Saluran ni akan lazimnya bercabang dua menjadi saluran Left Anterior Descending artery (LAD) dan saluran Left Circumflex (LCX). Masalah di LMS ni secara langsung akan menyebabkan masalah pengaliran di LAD dan LMS.
Pesakit ni bukan sahaja ada kesempitan teruk di pangkal saluran LAD tetapi juga di penghujung saluran LMS. Biasanya pesakit macam ni akan disuruh buat pembedahan bypass tapi dia tak nak, jadi saya aturkan angioplasty untuk saluran LMS dan LAD ni serentak. Kes-kes macam ni dikira “complex” oleh kerana melibatkan LMS dan kalau saya ada kes macam ni, saya akan cancel sesi pagi klinik saya supaya saya boleh ketepikan jangkamasa 4-5 jam tanpa fikir pesakit dah menunggu dan merungut kat klinik 😂😂.
Saya menggunakan satu alat yang extra yang dipanggil Intravascular Ultrasound atau nama manjanya IVUS. IVUS ni menggunakan gelombang bunyi untuk memberikan saya maklumat terperinci tentang plak kolesterol dalam saluran darah. IVUS yang sehalus toothpick yang kita pakai cungkil gigi lepas makan sup ekor tu akan dimasukkan ke dalam saluran darah dan dia akan memberikan saya maklumat tentang size saluran tu, panjang bahagian yang sempit tu, berapa banyak kalsium yang ada, dan juga sekiranya ada luka yang berlaku pada saluran darah tu.
Rawatan stent di bahagian LMS ni kena perfect sebab kalau ada problem dengan stent tu, berisiko mengganggu bekalan kepada seluruh bahagian kiri jantung. Tu pasal kena pakai IVUS untuk rawatan di saluran darah LMS.
Alhamdulillah selepas berpeluh ketiak 1.5 jam, kita berjaya masukkan dua stent bersalut ubat. Stent pertama dimasukkan ke dalam saluran LAD yang sempit. Stent kedua dimasukkan dari dalam saluran LMS ke dalam stent pertama (dalam LAD) tadi. Stent kedua dan pertama kira bertindih lapisan untuk beberapa milimeter. Ni memastikan tidak ada bahagian saluran yang sempit atau plak kolesterol yang terlepas.
Dia dipantau sampai hari keesokkannya dan diberikan pulang. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan untuk kes pesakit ni...
Saya tak ingat kos keseluruhan untuk kes ni tapi saya rasa lebih kurang RM35k untuk prosedur 2 stent yang berpandukan alat IVUS. 👍👍
Kes2 camni saya share jugak dalam bentuk video kat TikTok boleh tengok kat situ gak