02/07/2026
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PERKHIDMATAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) TAHUN 2026
Adalah dimaklumkan bahawa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Perkhidmatan APM Tahun 2026. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berhubung tahap penyampaian perkhidmatan yang melibatkan orang awam, penjawat awam, agensi kerajaan dan agensi swasta.
Inisiatif ini merupakan komitmen berterusan APM dalam memperkukuh budaya kerja yang cemerlang, inovatif serta berfokuskan pelanggan. Sehubungan itu, kajian ini akan dilaksanakan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2026 dan boleh diakses secara dalam talian melalui pautan berikut:
https://forms.gle/oXzmCn7mpnZmK4co6
Kerjasama YBhg. Datuk Seri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/YBrs. Prof./Ts./Ir./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai untuk menyertai kajian ini, seterusnya memanjangkan hebahan ini kepada warga kerja serta pelanggan di bawah seliaan masing-masing melalui semua saluran komunikasi sedia ada.
Pihak APM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan YBhg. Datuk Seri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/YBrs. Prof./Ts./Ir./Dr./Tuan/Puan. Hasil dapatan kajian ini sangat penting bagi menilai dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan demi kecemerlangan APM masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
Copyright: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia