H&A Physiotherapy

Call Directions Website Contact the practice

H&A Physiotherapy H&A Physiotherapy is a Physiotherapy Service based at YOUR HOME / PLACE .

KAMU YANG DIANGGAP KELUARGA 🥹❤️Patient:“Bila akak tengok physio Tun M tu menangis, akak faham sangat… Physio ni bukan co...
01/10/2026

KAMU YANG DIANGGAP KELUARGA 🥹❤️

Patient:
“Bila akak tengok physio Tun M tu menangis, akak faham sangat… Physio ni bukan cover sakit physical je. Kadang jadi counselor, kadang jadi clown, kadang jadi doctor… Lama-lama patient ni dah macam family dah.

Samalah macam kita sekarang ni… kita dah macam family kan?” 🥹

Patient dah mula sebak.
Aku dah nampak mata berair.
Suasana tiba-tiba jadi macam drama pukul 7. 🎻😭

So aku pun sambung dengan penuh kasih sayang…

“Okay kak… jom sambung exercise. Lagi 10 kali.” 😌

Patient:
“MASUK BALIK AIR MATA AKAK TAUUUU!” 😭😭😭😂

HAHAHAHAHA.

Begitulah kehidupan seorang physio.
Kita dengar masalah patient.
Kita bagi emotional support.
Kita jadi tempat meluah.
Kita gelak sama-sama.
Kita jadi macam family…

Lepas tu kita suruh buat 10 reps lagi. 💀😂

Physio: 50% exercise, 50% emotional damage. 🤣

Tapi honestly… 🥹
antara benda paling best dalam kerja ni memang bila hubungan dengan patient dah lebih daripada sekadar “datang treatment → bayar → balik.”

Kadang-kadang patient jadi macam kawan.
Kadang macam mak ayah sendiri.
Kadang macam family.

Dan kadang…

family yang kita paksa exercise. 😂❤️

PhysioHumour HomePhysio

28/09/2026
Alhamdulillah kini H&A Physiotherapy sudah berada dalam MISI apps.. 😄😁🎊🎉
02/09/2026

Alhamdulillah kini H&A Physiotherapy sudah berada dalam MISI apps.. 😄😁🎊🎉

🤰🏻 HAMIL BUKAN ALASAN UNTUK DUDUK DIAM! 💕Badan ibu sedang melalui banyak perubahan — jadi pergerakan yang betul sangat p...
17/08/2026

🤰🏻 HAMIL BUKAN ALASAN UNTUK DUDUK DIAM! 💕

Badan ibu sedang melalui banyak perubahan — jadi pergerakan yang betul sangat penting. 🌸

💪🏻 Trimester 1: Bina rutin
🏃🏻‍♀️ Trimester 2: Kekalkan kekuatan
🧘🏻‍♀️ Trimester 3: Fokus pada pergerakan & persediaan bersalin

✨ Senaman boleh membantu mengurangkan sakit belakang, meningkatkan tenaga, menguatkan otot dan menyokong pemulihan selepas bersalin.

Move for you. Move for baby. 👶🏻💗

Bersenam mengikut kemampuan dan nasihat profesional kesihatan.

Badminton memang best. Lari, lunge, lompat, smash, tukar arah — memang puas bila dapat main. 😆🔥Tapi kalau setiap kali ma...
13/08/2026

Badminton memang best. Lari, lunge, lompat, smash, tukar arah — memang puas bila dapat main. 😆🔥

Tapi kalau setiap kali masuk court, sakit yang sama datang balik, mungkin badan sebenarnya tengah bagi signal yang kita tak patut abaikan.

Bukan semua sakit lutut bermaksud kena berhenti badminton.
Tapi sakit yang berulang setiap kali masuk court bukan sesuatu yang patut diabaikan.

Nak kekal aktif dan kurangkan risiko kecederaan? 👇

🏸 kuatkan kaki, core & bahu
👣 teknik pergerakan yang betul penting
🔥 jangan terus masuk court dan hentam 100%
😴 badan pun perlukan masa untuk repair
📈 Jangan tiba-tiba dari 1 game terus jadi 5 game
🩺 Sakit tak hilang atau makin teruk? Jumpa doktor atau fisioterapis untuk pemeriksaan.

Badan yang kuat bukan bermaksud badan yang boleh dipaksa tanpa henti. Kadang-kadang rest day tu bukan malas — itu sebahagian daripada training. 💪😴

Jangan tunggu sampai badan buat “surprise!” dan terus kena gantung racket seminggu. 😂🏸

Dengar signal badan. Train smart. Main lebih lama. ❤️

📍 H&A Physiotherapy Mobile
Selayang • Wangsa Maju • Ampang • Cheras
📲 011-1287 1520

06/08/2026

Kalau tengah baca ni sambil tunduk... angkat kepala sekejap. 😂

Mula-mula cuma rasa lenguh...

"Alah... biasalah."

Esoknya...

Leher makin tegang.

Seminggu kemudian...

Sakit mula naik sampai kepala.

Sebulan kemudian...

Pusing nak tengok kiri kanan pun rasa tak selesa.

Phone Neck Syndrome tak datang secara mengejut.

Ia datang perlahan-lahan... Sampai kita anggap sakit tu normal.

Jangan tunggu.

Cuba 2 senaman mudah ni setiap hari.
Leher anda akan rasa bezanya. 🤍

S**a 'scroll' TikTok/Reels sampai leher rasa sengal? Baca ni kejap! ⚠️Buka mata je, capai telefon. Nak tidur pun, tengok...
03/08/2026

S**a 'scroll' TikTok/Reels sampai leher rasa sengal? Baca ni kejap! ⚠️

Buka mata je, capai telefon. Nak tidur pun, tengok telefon dulu.

Cuba semak, ada tak korang rasa tanda-tanda ni?

✅Rasa macam ada 'simpul' keras dekat bahu.
✅Leher berbunyi bila pusing kiri/kanan.
✅Selalu rasa lenguh di pangkal leher lepas sejam mengadap skrin.

Kalau ada, jawapannya mudah: Leher korang tengah 'jerit' minta tolong akibat Phone Neck Syndrome!

Menunduk terlalu lama buat otot leher bekerja keras tanpa henti. Jika dibiarkan, struktur tulang belakang boleh terjejas seawal usia muda!
Nak tahu senaman 30 saat untuk legakan leher tegang?

Tekan ikon LIKE & FOLLOW page ini supaya korang tak terlepas tips kesihatan leher & postur setiap minggu!

Address

Kuala Lumpur
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when H&A Physiotherapy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to H&A Physiotherapy:

Shortcuts

Share