IQlicious

IQlicious Gummy Sunnah. Makanan Minda Untuk Keluarga Tersayang. Gummy Sunnah
Makanan Sunnah terbaik untuk keluarga tersayang. Minda cerdas, badan sihat Bertenaga.

Tingkatkan daya ingatan anda. Memory boaster terbaik di pasaran

13/12/2016

Elakkan 6 penyakit di bawah :

Untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita wajib atasi 6 masalah utama yang mesti kita cegah iaitu :

1. KUDIS @ Kurang Disiplin
2. KURAP @ Kurang Rapi
3. KUPENG @ Kurang Pengetahuan
4. KUTEL @ Kurang Teliti
5. KUSTA @ Kurang Stamina
6. KUTU @ Kurang Tumpuan

Semua berpunca dari :

1) KUMAN @ Kurang Iman
2) KULAT @ Kurang Solat

Semoga berjaya semua sahabat semua.

11/08/2016

DURIAN DAN NANGKA MENJADI PEMBUNUH
Oleh: Dr Mohd Syamirullah

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.

"Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).

POTASSIUM

Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.

Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).

Terlebih potassium p**a, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.

Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.

Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.

Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada diaisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.

BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.

Jangan p**a tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian p**a!

Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air :http://e-mjm.org/2011/v66n1/Hyperkalaemia.pdf

Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.

Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.

Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.

Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan "sunnah"? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.

"Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. "

Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud "the dose makes the poison."

Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.

Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.

Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.

Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.

Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.

Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.

Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.

Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.

Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual "bahan-bahan beracun."

Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama "ikhtiar" seorang pesakit, serta memanip**asi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas "bahan kimia".

Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan "kopi habbatussauda" kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan 'perubatan sunnah' iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).

Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil "natural" kerana apa yang "natural" bagi seorang, mungkin menjadi "pathological" bagi seorang yang lain.

Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB "bolehkah saya ambil supplemen ini", saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.

Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.

UPSR Semakin hampir. Apakah persediaan kita?----------------------------------------------------------------------------...
13/07/2016

UPSR Semakin hampir. Apakah persediaan kita?
------------------------------------------------------------------------------------
Demam UPSR Sudah Bermula. Debarannya kian terasa. Dup Dap Dup Dap. Bunyi jantung mereka dan pasti juga jantung setiap ibu bapa yang lebih berdebar-debar. Takut dan risau. Bolehkah mereka buat? Mampukah mereka?

Anak-anak anda pasti akan bertungkus lumus berusaha bersungguh-sunguh untuk Berjaya. Nak tido malam pun takut tapi kalau tak tido esok mengantuk p**a di dalam kelas. Mereka pasti sangat penat kerana perlu mengulangkaji banyak subjek. Kerja dan latihan pun berlambak kena siapkan. Rutin harian yang ketat memenatkan mereka. Mereka pasti kepenatan fizikal dan mental mereka. Hati kecil mereka pasti menangis meminta pertolongan. Ayah…, ibu…, Adik nak Berjaya dalam UPSR ini. Adik nak dapat straight A. Adik nak capai cita-cita adik. Adik nak masuk Universiti. Nak Kerja bagus-bagus bagi mak ayah bangga kepada adik.

Untuk belajar mereka memerlukan extra energy untuk belajar dengan lebih tekun dan efektif. Ingatan mereka mesti power nak ingat beratus-ratus fakta. Mereka perlukan sesuatu untuk boost energy dan tingkatkan memori ingatan mereka. Inilah tanggungjawab ibu bapa. Berikan sokongan padu pada mereka. Tapi sokongan sahaja tidak membantu menyelesaikan masalah mereka tadi. Mereka memerlukan sesuatu yang lain. Sesuatu yang ajaib.

Kami prihatin dengan masalah anda. Kami ada 1 penyelesaiannya. Kami cadangkan tuan puan beri mereka Gummy Sunnah. Sehari 2 biji sahaja sudah cukup untuk memberikan tenaga extra dan menguat serta menajamkan ingatan anak comel anda. Gummy sunnah biasa diamalkan oleh hafiz dan hafizah yang menghafal al-Quran. Keberkesanannya sudah terbukti. Cubalah sendiri. Belum cuba belum tahu. Dah cuba asyik mahu.

Sebotol Cuma RM 30 sahaja.

Mahal? Sayang anak atau sayang duit. UPSR Cuma sekali sahaja. Nak anak berjaya? nak anak pandai? Yang penting kita ada usaha untuk bantu anak kita. Sudah usaha baru tawakal. Cepat sebab stok kami cuma tinggal sedikit. Siapa cepat dia dapat.

KURMA====================================================Buah istimewa yang pasti akan dijumpai di mana sahaja menjelang...
23/06/2016

KURMA
====================================================
Buah istimewa yang pasti akan dijumpai di mana sahaja menjelang musim ramadhan. Kami kongsikan beberapa kebaikan kurma untuk anda semua. Diantara kelebihan dan kebaikan kurma ialah:

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
-----------------------------------------------------------------------------------
Kredit: http://tmnjawiindah.blogspot.my/2011/08/selalunya-buah-kurma-ini-hanya-dimakan.html

Jom cuba Gummy Sunnah, saya dan anak-anak kesayangan serta suami tercinta kekal bertenaga sehingga ke malam walaupun di ...
22/06/2016

Jom cuba Gummy Sunnah, saya dan anak-anak kesayangan serta suami tercinta kekal bertenaga sehingga ke malam walaupun di bulan puasa ini. Ingatan kami pun tak lesu. Alhamdulillah, dengan izin Allah. Kita berusaha, yang lain adalah kerja Allah. I love Allah. :)

Jom dapatkan sekarang Gummy Sunnah! Stok kami makin berkurang ni! Siapa cepat, dia dapat!Kelebihan Gummy Sunnah ❤ Rasany...
21/06/2016

Jom dapatkan sekarang Gummy Sunnah! Stok kami makin berkurang ni! Siapa cepat, dia dapat!
Kelebihan Gummy Sunnah

❤ Rasanya sedap sangat. Jeli kenyal sedap dikunyah dan rasa buah-buahan yang begitu enak. Makan satu pasti nak lagi...

❤ Mampu memberikan tenaga sepanjang hari. Amat sesuai dimakan ketika bersahur.. Konfim tak penat, melainkan anda memang tak reti duduk diam..

❤ Menguatkan ingatan. Sesuai untuk pelajar. Bagus untuk yang nak menghafal Al-Quran bulan puasa nih.

❤ Mencerahkan Mata dan menghilangkan mengantuk dalam kelas.

Wahh bestnya!! Banyak manfaat boleh dapat dengan hanya memakan sebiji gummy sunnah sehari, rugi kalau tak beli!

Jom cpt oder selagi stok masih ada, stok sgt2 terhad! Tinggal berape je lagi

Untuk info lebih lanjut boleh whatsapp 016-223 6859. Terima Kasih!

Harga cuma: RM30 per bottle.
Sunnah

Lemon pun banyak kebaikan rupanya.. Selain sedap diminum, ia juga mampu mengubati kanser.
14/06/2016

Lemon pun banyak kebaikan rupanya.. Selain sedap diminum, ia juga mampu mengubati kanser.

Lemon-Pemusnah Sel Kanser

03/06/2016

Salam Jumaat..

Kurangkan Gula dalam pemakanan,
Lebihkan Manis dalam senyuman..

Senyummm...

Address

Kuala Lumpur

Telephone

016-2236859

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IQlicious posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to IQlicious:

Shortcuts

Share