09/06/2026
CHAPTER YANG BERBEZA, HARAPAN YANG SAMA
Setiap manusia mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Ada yang diuji ketika muda. Ada yang diuji ketika sedang membina keluarga. Dan ada yang diuji setelah puluhan tahun berjuang menjaga kesihatan.
Keluarga ini bermula dengan sejarah diabetes ketika mengandung lebih 20 tahun lalu.
Apa yang pada awalnya kelihatan "terkawal", akhirnya sedikit demi sedikit meninggalkan kesan jangka panjang kepada tubuh.
Beberapa tahun kebelakangan ini, mereka diuji p**a dengan serangan jantung.
Tidak lama selepas itu, hadir p**a ujian strok.
Satu demi satu chapter kehidupan terbuka.
Dan seperti kebanyakan keluarga lain, mereka juga melalui fasa kebuntuan...
Mencari jawapan. Mencari kaedah yang sesuai. Mencari sesuatu yang boleh dilakukan secara konsisten tanpa perlu berulang-alik ke banyak tempat setiap hari.
Alhamdulillah, saya berpeluang berkongsi dan membimbing mereka memahami apa yang sedang berlaku pada badan mereka.
Kadangkala, badan bukan perlukan sesuatu yang terlalu kompleks.
Kadangkala, badan hanya perlukan peluang untuk kembali bergerak, kembali aktif, dan kembali menerima rangsangan yang konsisten.
Melalui Terapi Dr Kiseki, pengaktifan otot secara pasif dapat dilakukan walaupun ketika duduk berehat di rumah.
Apabila otot diaktifkan secara konsisten:
➡️ Peredaran darah dapat dirangsang
➡️ Otot yang semakin lemah dapat terus digunakan
➡️ Badan tidak terlalu lama berada dalam keadaan "stagnant"
➡️ Memberi sokongan kepada mereka yang uzur untuk terus menjalani rutin terapi harian di rumah
Kerana hakikatnya...
Kesihatan tidak dibina dalam satu hari.
Dan proses untuk kembali kuat juga memerlukan masa, kesabaran dan konsistensi.
Jika anda atau ahli keluarga sedang melalui chapter yang hampir sama...
Jangan terlalu cepat berputus asa.
Beri ruang kepada badan untuk pulih.
Beri peluang kepada minda untuk kembali percaya.
Dan yang paling penting...
Teruskan mencari jalan yang sesuai dan serasi untuk diamalkan secara berterusan.
Kadangkala, perubahan besar bermula dengan langkah kecil yang dilakukan setiap hari. ❤️