04/02/2022
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ผ๐๐ฟ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ฝ๐๐๐๐๐
๐๐ผ๐๐ ๐ฝ๐ผ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang juga digelar sebagai bakteria โbaikโ kerana ia memberikan faedah kesihatan yang positif kepada kita.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan probiotik sebagai mikroorganisma hidup yang, apabila diambil pada jumlah yang mencukupi, akan memberikan faedah kesihatan kepada kita.
Probiotik memainkan pelbagai peranan di dalam badan kita seperti:
๐๐๐ฎ๐!
Disbiosis ialah keadaan di mana mikroorganisma usus hilang keseimbangannya antara bakteria baik dan tidak baik. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman, penggunaan antibiotik yang berpanjangan serta tidak wajar, tekanan yang berpanjangan, pemakanan yang terlalu tinggi protein dan sulfat, dan keradangan yang kronik. Antara tanda-tanda disbiosis atau simptom umum disbiosis adalah cirit-birit.
๐ ๐ฎ๐ป๐ณ๐ฎ๐ฎ๐ ๐น๐ฎ๐ถ๐ป ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ฏ๐ถ๐ผ๐๐ถ๐ธ
Jawapan mudahnya ialah, ya! Probiotik memang berkesan untuk sesetengah masalah usus kita. Contohnya, kepada mereka yang mengalami:
โข ๐ฆ๐ถ๐ป๐ฑ๐ฟ๐ผ๐บ ๐๐๐๐ ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฎ (๐๐๐ฆ):Banyak kajian secara konsisten telah menemui bahawa probiotik boleh mengurangkan kekembungan perut atau usus kita. Sesetengah strain probiotik boleh melegakan atau mengurangkan simptom bagi pesakit yang mengalami sakit abdomen atau sembelit yang disebabkan oleh IBS.
โข ๐พ๐๐ง๐๐ฉ-๐๐๐ง๐๐ฉ: Sesetengah strain probiotik boleh juga mengurangkan tempoh cirit-birit akut, cirit-birit yang berkaitan dengan penggunaan antibiotik yang berpanjangan, cirit-birit yang dihidapi oleh pengembara, cirit-birit berkaitan dengan kemoterapi, atau cirit-birit yang disebabkan oleh radiasi. Pengambilan probiotik boleh membantu menambah semula populasi bakteria baik, lalu membantu menyeimbangkan mikrobiota usus anda. Probiotik membantu mengukuhkan dinding usus dan juga merangsang mekanisme pembaikan usus.
Data berkenaan dengan penggunaan probiotik dan kanser kolon adalah sangat terhad, tetapi apa yang ditemui setakat ini ialah pengambilanprobiotik berpotensi mengurangkan penanda bio (iaitu protein atau kimia tertentu yang dihasilkan badan) yang dikaitkan dengan kanser kolon.
๐๐ฒ๐๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ถ๐๐๐ฒ๐บ ๐ถ๐บ๐๐ป
Satu kajian tempatan yang baru sahaja selesai menunjukkan bahawa pengambilan probiotik (Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei) boleh mempengaruhi sistem imun secara positif. Kajian ini dijalankan untuk melihat pengaruh kepada pengambilan probiotik terhadap tiga pengantara kimia yang dirembeskan oleh sel imun badan kita. Kandungan pengantara kimia yang tinggi menunjukkan berlakunya keradangan di dalam badan kita yang membuatkan kita tidak sihat. Hasil penyelidikan ini menunjukkan kesan yang positif terhadap kandungan pengantara kimia yang semakin rendah di kalangan subjek yang sihat dan juga yang menghidapi IBS setelah pengambilan probiotik.