Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia

Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia Jentera Perpaduan dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

11 Julai 2026, 9.30 PagiAlhamdulillah, Program Memasak Bubur Asyura anjuran bersama Rukun Tetangga Kampung Petaling Baha...
11/07/2026

11 Julai 2026, 9.30 Pagi

Alhamdulillah, Program Memasak Bubur Asyura anjuran bersama Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia dan Masjid Jamek Petaling telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.

Program bermula pada 7.45 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari, dengan semangat gotong-royong serta kerjasama yang erat daripada semua peserta dan sukarelawan.

Seramai 22 orang telah turut serta memeriahkan program. Program turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Hj. Ramlan Askolani, Pengerusi Masjid Abdul Rahman bin Auf, Encik Muhammad Zulfaqqar, Pengerusi Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia dan juga Encik Nazir bin Mohamad, Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Puchong.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus mengeratkan ukhuwah dan semangat kejiranan dalam komuniti.

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข Program Memasak Bubur Asyura ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ขAnjuran Bersama Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia Masjid Jamek Petaling dan Ke...
06/07/2026

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข Program Memasak Bubur Asyura ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข

Anjuran Bersama Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia Masjid Jamek Petaling dan Kelab Belia Kampung Petaling Bahagia.

๐Ÿ“… : 11 Julai 2026
๐ŸŒž : Sabtu
โฐ : 8.30 pagi hingga tamat
๐Ÿ“ : Masjid Jamek Petaling

Semua yang berkelapangan di jemput hadir!

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐‘๐€๐‡๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐๐ƒ๐ ๐–๐๐Š๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Berita baik untuk warga Kampung Petaling Bahagia dan penduduk sekitar! ๐Ÿ˜Progr...
02/07/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐‘๐€๐‡๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐๐ƒ๐ ๐–๐๐Š๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Berita baik untuk warga Kampung Petaling Bahagia dan penduduk sekitar! ๐Ÿ˜
Program Jualan Rahmah MADANI kembali lagi! ๐Ÿ›’โœจ

๐Ÿ“… : 27 Julai 2026 (Isnin)
๐Ÿ•ฆ : 4 Petang - 8 Malam
๐Ÿ“ : Pusat Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia

Nikmati barangan keperluan harian dengan harga lebih jimat !

๐Ÿชช Jangan lupa bawa kad pengenalan ya!

Jom beli dengan bijak, jimat bersama keluarga ๐Ÿ’™๐Ÿ’›


๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—•๐—ผ๐˜„๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ!Program anjuran bersama Kelab Belia Kampung Petaling Bahagi...
01/07/2026

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—•๐—ผ๐˜„๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ!

Program anjuran bersama Kelab Belia Kampung Petaling Bahagia, Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia dan Pertubuhan Kebajikan Generasi Rahmah Kuala Lumpur bakal berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa : 1 Petang (Pendaftaran)
Lokasi : Alam Lanes Endah Parade, KL

Maklumat lanjut akan dikongsikan dari masa ke masa.

Jumpa anda di sana!

26 Jun 2026, 3.30 PetangRukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia berbesar hati menerima kunjungan delegasi Kementerian Pe...
26/06/2026

26 Jun 2026, 3.30 Petang

Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia berbesar hati menerima kunjungan delegasi Kementerian Perpaduan Negara yang diketuai oleh YBhg. Dato' Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan juga YBrs. Puan Delin Liet Blaun, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Kuala Lumpur bagi melawat tapak Pusat Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia dan Kelas Tabika Perpaduan Kampung Petaling Bahagia yang dicadangkan sebagai salah satu lokasi yang berpotensi untuk pelancaran program Kementerian Perpaduan Negara.

Turut mengiringi bersama adalah YBhg Datuk Hj Ramlan Askolani, Penasihat Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia, Puan Nur Ain Kamal, Timbalan Pengarah Perpaduan Negeri, Encik Muhammad Zulfaqqar, Pengerusi Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia dan juga barisan AJK yang sempat hadir.

Terima kasih kerana sudi hadir ke tempat kami. Semoga segala perancangan dan cadangan dipermudahkan dan mendapat restu, Insya Allah.

20 Jun 2026, 8.30 PagiTelah berlangsung Program Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Demonstrasi Pemadaman Api anjuran Ruk...
20/06/2026

20 Jun 2026, 8.30 Pagi

Telah berlangsung Program Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Demonstrasi Pemadaman Api anjuran Rukun Tetangga & Kelab Belia Kampung Petaling Bahagia bersama Majlis Perwakilan Penduduk Zon Seputeh Sub Zon 6 dengan kerjasama Cawangan Program Kesedaran Dan Keselamatan Awam JBPM Kuala Lumpur dan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil.

Program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari ini telah di kendalikan oleh PB Muhamad Asyraf bin Maptar dan PB Mohammad Aiman bin Muhamad Shah Nizam serta di bantu oleh anggota dari Balai Bomba Bukit Jalil yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Mohd Faizul Hesam Deraman.

Seramai 69 orang peserta telah hadir dan 28 daripada mereka adalah kanak-kanak. Turut serta menyertai adalah Persatuan Penduduk Kampung Petaling Bahagia dan Kumpulan Pengakap Udara Seputeh 31.

Program diakhiri dengan pameran jentera BOMBA dan pemakaian seragam operasi Bomba Cilik.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang hadir!

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H (2026 Masihi).Semoga Tahun Baru Hijrah ini memberi semangat baharu buat semua ahli...
16/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H (2026 Masihi).

Semoga Tahun Baru Hijrah ini memberi semangat baharu buat semua ahli jawatankuasa yang baru dilantik serta semua warga Petaling Bahagia.

Semoga hasil kerja dan usaha menjadi inspirasi dan membawa rahmat buat kita semua.

Ingatan tulus ikhlas daripada Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia dan Kelab Belia Kampung Petaling Bahagia.

12 Jun 2026, 9 MalamTelah berlangsung mesyuarat Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia kali Ke-3 untuk tahun 2026.Mesyu...
11/06/2026

12 Jun 2026, 9 Malam

Telah berlangsung mesyuarat Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia kali Ke-3 untuk tahun 2026.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al Fatihah di ikuti dengan ucapan aluan Pengerusi serta pengenalan kepada Jawatankuasa Rukun Tetangga sesi 2026-2029 yang baru.

Antara yang di bincangkan adalah berkaitan program yang bakal berlangsung dalam masa terdekat serta perancangan di masa akan datang.

Juga pemakluman hal-hal lain berkaitan penduduk kampung.

Mesyuarat ditangguh pada jam 11.00 malam.

Syabas diucapkan kepada semua yang hadir!

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข Program Taklimat Keselamatan dan Demonstrasi Pemadaman Kebakaran ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ขAnjuran Bersama Rukun Tetangga Kampung Petaling ...
11/06/2026

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข Program Taklimat Keselamatan dan Demonstrasi Pemadaman Kebakaran ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข

Anjuran Bersama Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia, MPP Seputeh Sub Zon 6 dan Kelab Belia Kampung Petaling Bahagia.

๐Ÿ“… : 20 Jun 2026
๐ŸŒž : Sabtu
โฐ : 8.00 pagi hingga tamat
๐Ÿ“ : Pusat Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia

Semua di jemput hadir!

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ธ๐—ฒ ๐Ÿฐ๐Ÿฎ!Mengukuhkan Perpaduan, Memperkasakan Komuniti!
31/05/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ธ๐—ฒ ๐Ÿฐ๐Ÿฎ!

Mengukuhkan Perpaduan, Memperkasakan Komuniti!

Address

Pusat Rukun Tetangga Kampung Petaling Bahagia
Kuala Lumpur
58200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rukun Tetangga KG Petaling Bahagia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share