05/11/2026
Kesihatan yang baik bermula dengan langkah pencegahan 💙
Melalui Klinik Amal Percuma Maaedicare, komuniti bukan sahaja boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan asas, malah turut berpeluang menjalani saringan percuma Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) bagi membantu mengesan risiko penyakit pada peringkat awal.
Ingat, klinik bukan hanya untuk mereka yang sedang sakit. Ia juga tempat untuk anda mengambil langkah awal dalam menjaga kesihatan.
📍 Kunjungi Klinik Amal Percuma Maaedicare berhampiran anda.