Dr Izaza Mohd Zan

Call Directions Website

Dr Izaza Mohd Zan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dr Izaza Mohd Zan, Doctor, Dr Izzi Dental Clinic 37 aab persiaran MPAJ, Jalan pandan utama, pandan indah, Kuala Lumpur.

19/08/2026

DOKTOR PUN PAKAI BRACES…

DAN DOKTOR PUN CARI BERUS GIGI YANG BETUL-BETUL SENANG NAK GUNA.

Alhamdulillah… akhirnya Dr Anne dah jumpa berus gigi untuk braces dia.

SOOGEE jadi pilihan! 🤍

Benda pertama yang Dr Anne perasan, kepala berus dia kecil, jadi lebih mudah nak control dan bersihkan sampai gigi paling belakang.

Lepas tu untuk geng braces, celah bracket dan kawasan yang susah nak sampai tu memang kena bagi perhatian lebih.

Sebab tu rutin dengan interdental brush memang membantu bersihkan kawasan celah yang toothbrush susah nak capai.

Dan paling penting, bila memberus kawasan dekat gusi…

tak nak rasa kasar sangat.

Soogee memang direka dengan kombinasi bristle supaya pembersihan permukaan gigi tetap dapat dibuat, tapi kawasan berhampiran gusi masih boleh diberus dengan lebih gentle.

Haaa… bila doktor yang pakai braces sendiri dah pegang, cuba dan pilih, Dr Izza senyum je lah.

Welcome to geng SOOGEE, Dr Anne!

Korang yang pakai braces dan selalu struggle nak bersihkan gigi belakang atau celah bracket…

jangan tunggu makanan dekat bracket tu buat permanent address.

Nak cuba SOOGEE juga?

Klik link dekat komen.

Jauh pun takpe, boleh beli online dan hantar terus ke rumah.

12/08/2026

Kadang-kadang Allah hantar hadiah bukan dalam bentuk duit atau rezeki yang kita nampak…

tapi dalam bentuk KATA-KATA, tepat masa kita dah hampir hilang tenaga.

Time ni sebenarnya Dr Izza penat sangat.

Penat badan satu hal.
Penat kepala fikir macam-macam lagi satu hal.
Jiwa pun boleh kata dah koyak sana sini.

Sampai pagi tu rasa macam…

“Malasnya nak jumpa orang hari ni…”

Tapi bila baca balik senarai nama Pegawai pagi tu, rupanya Timbalan Pengarah KV di Putrajaya,

Terus nampak peluang dan ruang 🤣.

Tu lah kepala orang macam Dr Izza ni lain sikit, dari penat macam nak mattey tiber boleh hidup balik.

Sebab nampak sesuatu di depan, walaupun tak nampak tapi dah nampak.

Presentation? Last minute.

Plaque pelawat? Last minute.

Persediaan? Memang kelam-kabut.

Sekali pegawai KPM lambat sejam.

Dalam hati terus rasa…

Alhamdulillah , DIA bagi extra sejam.

Cukup untuk siapkan apa yang belum siap.
Cukup untuk tarik nafas.
Cukup untuk berdiri balik.

Dan rupanya hadiah sebenar datang masa pertemuan tu.

Bila dengar kata-kata semangat dan pujian…

Ya Allah, terus naik hormon happy! 😂

Nak melompat pun ada.

Yelah kita ni manusia biasa.

Tengah penat, tengah rasa diri tak cukup bagus, tiba-tiba ada orang datang dan nampak sesuatu yang baik dalam apa yang kita sedang usahakan.

Mana tak cair hati.

Terus kepala yang tadi tepu keluar macam-macam idea balik.

Masa tu Dr Izza terfikir…

Allah tahu bila kita penat.
Allah tahu bila kita hampir nak berhenti.
Dan kadang-kadang DIA pinjam mulut orang lain untuk bagi kita semangat supaya berjalan lagi.

Terima kasih Allah.

Kau hadirkan kata-kata yang baik melalui hamba-Mu ketika hati ini sangat memerlukannya.

Moga pertemuan ini bukan sekadar pertemuan.

Moga terus ada ruang untuk Dr Izza dan team buat sesuatu yang baik untuk diri sendiri, pendidikan dan komuniti.

Amin.

11/08/2026

TOKEH JIJAH SATAY IN THE HOUSEEEE!

Terima kasih Boss Jijah Satay sudi singgah buat treatment gigi dekat Dr Izzi.

Haaa tulah kerja hari-hari bakar sate, makan sate, fikir sate… gigi sendiri lupa nak jaga!

Sekali doktor check…

Mak aihhh, banyak betul “kerak-kerak sate” menumpang dekat gusi tu!

Liza Syaff ingat simpan lama-lama kerak tu boleh bertukar jadi EMAS agaknya. Hahahaha!

Nasib baik datang. Kita buang mana yang patut, bagi gigi rasa balik.

Korang yang kaki sate tu jangan gelak sangat…

Mana tahu kerak sate korang lagi tebal daripada tokeh sate sendiri!

Jom ramai-ramai datang “buang kerak sate” dekat Dr Izzi Dental.

Klik link dekat komen pertama dan set appointment.

Lepas scaling, baru sambung makan sate!

07/08/2026

“Baru sejam pakai gigi palsu… dah boleh kunyah!”

Alhamdulillah, seronok dengar Abang Sazali sendiri bagi feedback.

Yang Dr Izza paling s**a, bukan setakat dah boleh makan dan kunyah dengan lebih selesa…

Bila bercakap pun jelas. Tak kedengaran pelat.

Itulah yang kita nak bila buat gigi palsu.

Bukan sekadar nak penuhkan ruang kosong, tapi nak bantu kembalikan fungsi makan, bercakap dan keyakinan.

Yang dah lama tak ada gigi, jangan dok biasakan kunyah sebelah je.

Nak tahu pilihan gigi palsu yang sesuai macam Abang Sazali?

Klik link dekat komen pertama.

Mai kita check dulu dengan Team Dr Izzi Dental.

Wei… ni gambar 8 tahun lepas kot! 🤣Masa tu Dr Izzi Dental Shah Alam baru nak belajar jaga pelanggan.Bukan pandai sangat ...
04/08/2026

Wei… ni gambar 8 tahun lepas kot! 🤣

Masa tu Dr Izzi Dental Shah Alam baru nak belajar jaga pelanggan.

Bukan pandai sangat pun.

Main hentam je…

“Eh… jom datang klinik. Kita makan-makan, sembang-sembang.”

Sekali yang datang memang ala ala macam kenduri makan lah apa yang ada.

Masa tu ada Liza Kool FM tengah pakai braces boleh lah buat meriah meriah

Bila tengok balik gambar ni…

Baru sedar…

Ramai yang dalam gambar ni masih jadi pelanggan sampai hari ni.

Ada yang dulu datang bujang.

Sekarang dah datang bawak suami, isteri, siap anak-anak sekali. 🥹

Ni yang buat rasa seronok jadi doktor gigi.

Rawat gigi tu satu hal…

Dapat kenal satu keluarga sampai bertahun-tahun tu lagi mahal nilainya.

Apa kata kita buat lagi?

Tak payah formal-formal.

Datang makan.

Sembang.

Gelak.

Borak pasal gigi, pasal anak, pasal kehidupan.

Kalau setuju, komen “JOM” bawah.

Kalau ramai nak, Dr Izza belanja ubi rebus cecah sambal tumis 🤣

Lagi satu…

Bulan Merdeka ni siapa dah lama tak cuci gigi?

Jom merdekakan gigi korang dari karang gigi. .

Klik link dekat komen pertama, kita jumpa dekat klinik!

🇲🇾 MERDEKA SMILE GIVEAWAY DAH BERMULA!Belanja minimum RM50… siapa tahu nama korang p**a yang kami panggil! 🤩Sempena Bula...
01/08/2026

🇲🇾 MERDEKA SMILE GIVEAWAY DAH BERMULA!

Belanja minimum RM50… siapa tahu nama korang p**a yang kami panggil! 🤩

Sempena Bulan Kemerdekaan, setiap rawatan atau pembelian produk minimum RM50 di Booth 65, Dr Izzi Dental akan melayakkan korang menerima 1 penyertaan untuk merebut hadiah utama…

🦷 Teeth Whitening bernilai RM1,200!

📍 MYPISE 2026
IDCC Shah Alam | Booth 65

ESOK HARI TERAKHIR!

Kalau memang nak survey sekolah untuk anak, nak dapatkan nasihat doktor gigi, nak beli produk penjagaan gigi atau nak buat pemeriksaan gigi…

Jangan balik dengan tangan kosong. Balik sekali dengan peluang membawa p**ang Teeth Whitening bernilai RM1,200!

Klik link dekat komen pertama dan buat pre-booking sekarang. Esok hari terakhir kami di IDCC Shah Alam. Lepas ni peluang Merdeka Smile Giveaway mungkin bukan milik korang lagi!

29/07/2026

“Mak ayah… jangan takut belanja RM30 hari ni. .

Takutlah kalau terpaksa belanja RM300 bila anak dah sakit gigi.”

Ramai ibu ayah tunggu sampai anak menangis, p**i bengkak atau tak boleh tidur malam.

Masa tu bukan RM30 lagi yang keluar…

Kadang-kadang RM300 pun belum tentu cukup, bergantung pada keadaan gigi anak.

Sebab tu jangan tunggu.

Lindungi gigi anak lebih awal dengan Pemeriksaan Gigi & Sapuan Topical Fluoride bermula RM30 sahaja.

📍 Booth 65
Malaysia’s Private School Expo
IDCC Shah Alam
1 hingga 2 Ogos Sabtu & Ahagd

Slot pemeriksaan adalah terhad sepanjang expo. .

Klik link dekat komen pertama dan booking sekarang.

Lagi awal daftar, lagi mudah secure slot anak korang.

Jangan tunggu sampai anak mengadu sakit baru nak bertindak!

AJL dah nak dekat… retis-retis semua dah mula panik. Baju dah siap.Make up dah booking.Stylist dah standby.Tiba-tiba…“Do...
27/07/2026

AJL dah nak dekat… retis-retis semua dah mula panik.

Baju dah siap.

Make up dah booking.

Stylist dah standby.

Tiba-tiba…

“Doktor… tolong gigi Kak Long ni. AJL dah dekat, bagi service sikit.”

Baru aku teringat…

Eh ya lah, AJL tak lama lagi!

Maklumlah… dah lama tinggalkan dunia glemer.

Sekarang hari-hari mengadap gigi orang.

Tapi betul lah…

Bila kena HD camera dengan spotlight…

Baju boleh berkilat.

Barang kemas boleh berkilau.

Takkan gigi nak malap. 😭

Meh lah semua retis…

Retis TV, retis Facebook, retis taman perumahan, retis grup keluarga… semua pun dialu-alukan

Kita kasi scaling, kasi whitening, kasi senyum tu bersedia untuk close-up.

Bila kamera zoom sampai nampak anak tekak…

Baru Dr Izza boleh cakap…

“Alhamdulillah… gigi dah lulus pemeriksaan.”

Tag kawan korang yang rasa diri dia retis setiap kali ada kamera.

Biar dia tahu, baju boleh glamor… tapi gigi pun kena ada aura sekali!

26/07/2026

WEH WEH WEH… HARI NI LAST DAY!

Korang jangan breakfast lama-lama.

Lepas habis makan…

Terus pecut ke Booth B34, Kompleks PKNS Shah Alam!

Hari ni Team Dr Izzi ada macam-macam nak share.

Nak tanya pasal gigi?

Nak cuba 3D Scan?

Nak pilih berus gigi yang sesuai?

Nak cari ubat gigi untuk gigi sensitif?

Nak tengok produk penjagaan gigi anak?

Nak tanya pasal braces, implant atau gigi palsu?

Semua boleh!

Hari ni bukan sekadar datang tengok booth…

Datang sebab peluang ni habis hari ni je.

Esok nak cari kami dekat PKNS dah tak ada dah.

Jangan nanti malam baru komen…

“Alaa… ingat nak datang tadi.”

Klik link dekat komen pertama, register sekarang dan terus datang.
Hari terakhir, semua wajib grab peluang ni! 🦷🔥

WEH ORANG SHAH ALAM… KITA JUMPA TEPI RESTORAN FC JE! 😂Tak payah masuk klinik gigi pun tak apa.Kalau korang takut bau kli...
25/07/2026

WEH ORANG SHAH ALAM… KITA JUMPA TEPI RESTORAN FC JE! 😂

Tak payah masuk klinik gigi pun tak apa.

Kalau korang takut bau klinik…

Takut bunyi mesin…

Takut doktor gigi…

Kita sembang dekat Booth B34, Kompleks PKNS Shah Alam je. 😆

Nak tanya…

“Doktor, berus gigi aku ni sesuai ke?”

“Ubat gigi yang iklan TV tu betul-betul putihkan gigi ke?”

“Kenapa gigi aku sensitif bila minum ais?”

Semua tu tanya FREE. Tak kena marah, tak kena gelak, tak kena paksa buat rawatan. Janji datang sembang. 🤝

Mana tahu lepas borak 10 minit…

Baru korang sedar selama ni berus gigi pun pakai cara yang salah. 😂

Dr Izza dengan Team Dr Izzi Dental hanya ada dekat Kompleks PKNS Shah Alam untuk 2 HARI SAHAJA lagi.

Kalau nak jumpa doktor gigi tanpa rasa berdebar macam nak masuk dewan exam…

Inilah masanya.

Klik link dekat komen pertama, daftar dulu. Lepas tu datang jumpa kami dekat Booth B34. Jangan nanti nampak posting je, orang lain dah balik siap dengan senyuman baru. 😁

Address

Dr Izzi Dental Clinic 37 Aab Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah
Kuala Lumpur
56100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Izaza Mohd Zan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category