Dr. Daniel Pakar Bedah Pediatrik

Directions

Dr. Daniel Pakar Bedah Pediatrik Paediatric Surgeon, including minimally invasive techniques.

15/09/2026

👶🏻 “Kalau anak perlukan pembedahan, siapa yang paling sesuai merawatnya?”

Ramai mungkin fikir, “Pakar bedah kan doktor yang sama saja, kan?” 🤔 Tapi tahukah anda… pembedahan kanak-kanak bukan sekadar merawat organ yang sakit.

Bayi, toddler, kanak-kanak dan remaja mempunyai fisiologi, perkembangan, tingkah laku dan keperluan emosi yang berbeza. Bahkan, cara mendekati anak dan menenangkan ibu bapa juga memerlukan kemahiran tersendiri.

Sebab itulah latihan Pakar Bedah Kanak-Kanak (Pediatric Surgeon) merangkumi lebih daripada sekadar teknik pembedahan — tetapi memahami keseluruhan keperluan seorang kanak-kanak. ❤️

👉 Jadi, adakah Pediatric Surgeon memang pilihan terbaik untuk anak yang memerlukan pembedahan?

Dengar penjelasan Dr Dan dalam video ini. Anda mungkin akan lihat rawatan anak dari sudut yang berbeza. 👀

📲 Nak tahu lebih lanjut? WhatsApp Dr Dan:
http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

11/09/2026

Demam. Sakit perut. Batuk. 🤒🤢🤧
Semua ini cuma simptom… tapi pernah tak kita berhenti dan tanya:

Apa sebenarnya punca di sebalik semua itu? 👀

Dalam perubatan, merawat simptom semata-mata mungkin bukan jawapannya. Yang lebih penting adalah mencari punca sebenar — kerana bila punca dikenal pasti dan dirawat dengan betul, simptom juga boleh mula pulih.

Jadi, macam mana doktor sebenarnya mencari punca di sebalik setiap simptom anak? 🤔
Tonton video ini sampai habis untuk tahu bagaimana Dr Dan melihat sesuatu masalah bukan sekadar pada simptom, tetapi pada puncanya. 🔍

📲 Nak dapatkan konsultasi dengan Dr Dan?
http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

27/08/2026

Baby baru lahir tak berak 24–48 jam — perlu risau ke? 👶🏻

Ramai ibu ayah mungkin fikir, “Tak berak lagi… tunggu je kot.” 😟

Tapi sebenarnya, kalau bayi tak membuang air besar dalam 24–48 jam, perut sentiasa buncit, berak sedikit-sedikit, susah menyusu atau muntah — jangan ambil ringan.

Lebih-lebih lagi kalau najis pertama yang sepatutnya berwarna hijau mengambil masa terlalu lama untuk keluar. Ini antara keadaan yang boleh membuatkan doktor mengesyaki Hirschsprung disease, iaitu keadaan apabila bahagian usus tidak mempunyai saraf yang diperlukan untuk membantu najis bergerak keluar.

👶🏻 Jadi, bila sebenarnya parents perlu mula risau? Apa tanda-tanda yang perlu diperhatikan? Dan kenapa sesetengah bayi mungkin memerlukan pembedahan?

🎥 Dengarkan penjelasan Dr Dan sampai habis — mungkin ada tanda yang selama ini parents sangka “normal”.

📲 Nak dapatkan nasihat lanjut?
👉 http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

19/08/2026

🚨 Nampak macam “tersedak susu” je… tapi adakah kita benar-benar tahu apa yang sedang berlaku?

Bayi tersedak ketika menyusu mungkin nampak seperti perkara biasa. Tapi ada satu saat yang sangat kritikal — dan kalau kita tak tahu tanda-tandanya, ia mungkin terlepas begitu sahaja. 😰

Lebih-lebih lagi kalau bayi tiba-tiba batuk, lemah atau terus nampak seperti tidur…

Adakah itu betul-betul tidur? Atau sebenarnya bayi sedang mengalami masalah pernafasan?

Dan bukan susu sahaja — benda asing seperti syiling, bateri dan objek kecil juga boleh menjadi risiko besar kepada bayi dan kanak-kanak.

Jangan hanya “agak-agak”. Kalau anda syak sesuatu berlaku, dapatkan penilaian profesional dan pastikan semuanya okay. ❤️

🎥 Dengarkan perkongsian Dr Dan sampai habis — mungkin ilmu ini yang anda perlukan ketika saat paling genting.

📲 Nak dapatkan pandangan Dr Dan, sila whatsapp di sini 👉: http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

12/08/2026

Bayi Baru Lahir, Tapi Kedudukan Lubang Dubur Berbeza? 👶🏻

Nampak macam normal… tapi sebenarnya ada sesuatu yang perlu diperhatikan. 👀

Minggu ini, saya menerima satu kes bayi perempuan yang baru lahir dengan Anterior Ectopic A**s — keadaan di mana lubang dubur berada sedikit lebih ke hadapan daripada kedudukan sepatutnya.

Menariknya, tak semua keadaan memerlukan pembedahan serta-merta. 🤔

Dalam kes ini, bayi masih boleh membuang air besar dengan baik. Jadi, maka saya memilih untuk membiarkan bayi membesar dahulu sebelum melakukan pembetulan pada waktu yang lebih sesuai.

👉 Tapi kenapa perlu tunggu 6 bulan?
👉 Apa yang berlaku pada otot di sekeliling dubur?
👉 Dan apa risiko jika masalah ini dibiarkan?

📲 Nak tahu lebih lanjut? WhatsApp Dr. Dan:
http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

**s

03/08/2026

🤔 Penyakit sama… tapi kenapa pembedahan berbeza?

Ramai ibu bapa fikir bila diagnosis sama, rawatan mesti sama. Sebenarnya tidak.

Dua kanak-kanak boleh menghidap Hirschsprung Disease, tetapi seorang mungkin memerlukan pembedahan yang berbeza daripada seorang lagi. Kenapa? 🤯

✅ Apa yang menentukan jenis pembedahan?
✅ Kenapa ada yang boleh buat secara laparoskopi, tapi ada yang perlukan teknik lain?
✅ Adakah pembedahan yang berbeza bermaksud penyakit lebih serius?

Dalam video ini, saya terangkan bagaimana tahap keterukan penyakit menentukan pilihan rawatan — walaupun diagnosisnya sama.

🎥 Tonton sampai habis, mungkin ini jawapan yang anda selama ini tertanya-tanya.

📲 WhatsApp Dr Dan untuk pertanyaan atau temujanji: http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

31/07/2026

“Doktor, boleh terus buat pembedahan?”
Kadang-kadang jawapan saya ialah… TIDAK. ✋

Bukan semua keadaan perlu terus dibedah dan bukan semua prosedur yang diminta sesuai dilakukan pada waktu itu.

Ada kalanya, selepas pemeriksaan, saya menemui keadaan lain yang perlu dinilai dan diperbetulkan terlebih dahulu. Sebagai pakar bedah kanak-kanak, matlamat saya bukan sekadar untuk melakukan pembedahan.

Keselamatan anak adalah keutamaan. ❤️

Saya pernah menolak untuk meneruskan sesuatu prosedur apabila saya merasakan ia bukan pilihan terbaik untuk pesakit. Sebab hasil yang baik bermula dengan diagnosis yang tepat, perancangan yang betul dan keputusan yang mengutamakan anak.

Kenapa seorang pakar bedah boleh berkata “TIDAK” pada pembedahan?
Tonton video ini sampai habis. 👨‍⚕️

📲 Nak dapatkan konsultasi bersama Dr Dan? http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

28/07/2026

“Doktor, anak saya kena operate ke?” 😰

Bila doktor sebut perkataan “pembedahan”, memang banyak persoalan terus bermain di fikiran ibu bapa.

❓ Betul-betul perlu buat pembedahan?
❓ Boleh ke tangguh dulu?
❓ Parents boleh ikut masuk OT?
❓ Siapa yang akan terlibat sepanjang pembedahan?
❓ Ada tak kesan atau risiko untuk jangka masa panjang?

Bukan semua pembedahan boleh ditangguhkan — ada keadaan yang mempunyai tempoh tertentu untuk dirawat, dan ada juga kes kecemasan yang memerlukan tindakan segera.

Yang penting, setiap cadangan pembedahan dibuat dengan mengambil kira keselamatan dan keadaan anak. ❤️

🎥 Dalam video ini, saya jawab 5 soalan yang paling kerap ditanya oleh ibu bapa sebelum anak menjalani pembedahan.

Ada persoalan tentang keadaan anak anda? Boleh hubungi Dr Dan untuk mendapatkan penerangan lanjut.

📲 http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

20/07/2026

“Sakit perut biasa”… atau sebenarnya apendiks dah hampir pecah? 😨

Ramai ibu bapa ingat sakit perut anak akan hilang sendiri. Hakikatnya, appendicitis (radang apendiks) yang dibiarkan boleh pecah dan menjadi kecemasan yang memerlukan pembedahan segera.

Berita baiknya, dengan teknik laparoskopi (lubang kecil), pembedahan kini lebih selamat, kurang sakit, parut lebih kecil dan kebanyakan kanak-kanak boleh p**ang dalam 1–2 hari sahaja.

🎥 Tonton video ini sampai habis untuk kenali tanda-tanda awal yang anda tak patut abaikan.

📲 Ada pertanyaan atau risau anak mengalami simptom yang sama?
http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

14/07/2026

“Pusat bayi terbonjol keluar bila menangis… Bahaya ke? 😰”

Ramai ibu bapa terus panik bila nampak pusat anak tiba-tiba timbul setiap kali menangis atau meneran. Ada p**a yang masih percaya petua letak syiling 20 sen atau 50 sen boleh sembuhkan… 🤔

Betul ke perlu risau? Atau sebenarnya ia akan hilang sendiri?

Sebelum buat sebarang andaian atau ikut petua orang, pastikan anak diperiksa oleh pakar bedah kanak-kanak terlebih dahulu. Dalam video ini, saya akan terangkan apa itu umbilical hernia, bila ia normal untuk dipantau, dan bila pembedahan mungkin diperlukan.

📲 Untuk pertanyaan atau temujanji, WhatsApp: http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

Address

8, Jalan Bukit Pantai
Kuala Lumpur
59100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr. Daniel Pakar Bedah Pediatrik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share