MAIWP International University

Call Directions Website Contact the practice

MAIWP International University Sebarang pertanyaan, hubungi di talian:

Hotline:
1 700 81 7997

No. Tel Pejabat:
03 6192 0600
(323)

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐍𝐈𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐈𝐊, 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐃𝐈𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍KUALA LUMPUR, 30 OKTOBER 2026 – Keikhlasan dalam membant...
30/10/2026

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐍𝐈𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐈𝐊, 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐃𝐈𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍

KUALA LUMPUR, 30 OKTOBER 2026 – Keikhlasan dalam membantu masyarakat perlu seiring dengan pengurusan yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab bagi memastikan setiap sumbangan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

Perkara itu menjadi antara penekanan Naib Canselor Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP), YBhg. Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh, dalam sesi Inspirasi Jumaat di IKIMfm menerusi perkongsian bertajuk “Kerja Kebajikan Tak Lengkap Tanpa Amanah!”

Menurut beliau, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan sahaja perlu aktif melaksanakan program kebajikan, malah perlu memastikan setiap sumbangan diurus dengan baik, mempunyai rekod kewangan yang jelas serta digunakan mengikut tujuan yang ditetapkan.

Beliau turut menekankan bahawa kepercayaan masyarakat merupakan amanah besar yang perlu dipelihara melalui sistem pengurusan yang teratur, ketelusan dan budaya kerja berintegriti.

Sehubungan itu, UniMAIWP dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menawarkan Sijil Asas Tadbir Urus dan Pengurusan Kewangan NGO bagi membantu penggerak NGO meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam pengurusan organisasi dan kewangan.

Inisiatif ini diharap dapat melahirkan NGO yang bukan sahaja aktif membantu masyarakat, tetapi turut cekap, profesional dan dipercayai dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan.

Kerja kebajikan bukan hanya dinilai melalui jumlah penerima bantuan, tetapi juga cara amanah dilaksanakan dan manfaat yang benar-benar dirasai masyarakat.

𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐃𝐀, 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐌𝐀: 𝐔𝐍𝐈𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐅𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔KUALA LUMPUR, 30 OKTOBER 2026 – Pelajar Universiti Antarabangsa MAIW...
30/10/2026

𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐃𝐀, 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐌𝐀: 𝐔𝐍𝐈𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐅𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔

KUALA LUMPUR, 30 OKTOBER 2026 – Pelajar Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) turut memeriahkan Festival Permainan Malaysia (FPM) 2026 yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur, bersama-sama pelajar daripada universiti lain.

Penyertaan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa, memupuk semangat kerjasama serta menyemarakkan kecintaan terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya negara.

Festival yang berlangsung dari 29 Oktober hingga 1 November 2026 ini menampilkan pelbagai permainan tradisional seperti galah panjang, kelereng, batu seremban, sepak raga ratus, bola sepak kain sarung, tuju tin, terompah gergasi, menyumpit dan memanah, selain persembahan kebudayaan serta pelbagai aktiviti menarik.

Syabas kepada pelajar UniMAIWP atas penyertaan dalam usaha mengangkat dan melestarikan warisan permainan tradisional Malaysia!

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇Ikuti perkongsian Naib Canselor Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP), YBhg. ...
30/10/2026

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇

Ikuti perkongsian Naib Canselor Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP), YBhg. Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh, dalam segmen Inspirasi Jumaat di IKIMfm yang mengupas kepentingan amanah dalam melaksanakan kerja kebajikan.

📅 Jumaat, 30 Oktober 2026
🕣 8.30 pagi
📻 IKIMfm | Aplikasi IKIMHub

Ayuh bersama menghayati nilai amanah agar setiap usaha kebajikan membawa manfaat kepada masyarakat.

𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐂𝐀𝐍𝐒𝐄𝐋𝐎𝐑 𝐔𝐧𝐢𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐍KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2026 – Naib C...
29/10/2026

𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐂𝐀𝐍𝐒𝐄𝐋𝐎𝐑 𝐔𝐧𝐢𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐍

KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2026 – Naib Canselor Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP), YBhg. Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh, dijemput menyampaikan ucaptama bertajuk “Knowledge for Recovery: Malaysia–Sudan Cooperation in Higher Education” sempena Malaysia–Sudan Conference on Education and Humanitarian Recovery 2026 yang berlangsung di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, hari ini.

Persidangan bertemakan “Rebuilding Hope in Darfur: Education, Humanitarian Assistance and Sustainable Recovery” ini dianjurkan oleh IAIS Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Republik Sudan di Malaysia bagi membincangkan usaha pemulihan Sudan, khususnya di wilayah Darfur.

Menerusi sesi tersebut, kepentingan kerjasama pendidikan tinggi antara Malaysia dengan Sudan diketengahkan, termasuk usaha memperluas peluang pendidikan, biasiswa, latihan kemahiran dan kerjasama antara institusi pengajian tinggi.

Penglibatan Naib Canselor UniMAIWP dalam persidangan ini mencerminkan komitmen universiti untuk memperkukuh jaringan akademik antarabangsa serta menyokong pembangunan pendidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐔𝐧𝐢𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐌𝐔𝐋𝐓𝐀𝐐𝐀’ 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐐𝐈𝐌𝟐𝟔PEKAN, PAHANG, 25 Oktober 2026 – Universiti...
28/10/2026

𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐔𝐧𝐢𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐌𝐔𝐋𝐓𝐀𝐐𝐀’ 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐐𝐈𝐌𝟐𝟔

PEKAN, PAHANG, 25 Oktober 2026 – Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) menerusi Pusat Islam, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) telah menyertai Multaqa’ Kepimpinan Muda Masjid Madani 2026 dan MUQIM26 yang berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2026 di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan, Pahang.

Program anjuran Majlis Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (MAHEIS) ini menghimpunkan wakil daripada 23 institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S). UniMAIWP diwakili oleh empat orang mahasiswa bersama seorang pegawai Pusat Islam BHEPA.

Program ini merangkumi tiga pengisian utama, iaitu Multaqa’ Kepimpinan Muda Masjid Madani, MUQIM26 – Persidangan Meja Bulat Pengarah-Pengarah Pusat Islam IPTA/IPTS, serta pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Masjid (MPPM) Peringkat IPTA/IPTS Malaysia.

Penganjuran ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi serta memperkasakan peranan masjid sebagai pusat pembangunan ilmu, kerohanian, kepimpinan dan kesukarelawanan mahasiswa.

Antara pengisian program ialah aktiviti bersama komuniti masjid sekitar Pekan dan perbincangan yang menghasilkan resolusi berkaitan pemerkasaan kepimpinan masjid, penganjuran program berimpak tinggi, penubuhan MPPM peringkat kebangsaan serta cadangan penganjuran MUQIM 2027.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen UniMAIWP dalam memperkasa pembangunan mahasiswa secara holistik melalui kepimpinan, penglibatan komuniti dan pengimarahan masjid.

UniMAIWP – Melahirkan Mahasiswa Berilmu, Berjiwa Ihsan dan Memimpin Ummah.

𝐊𝐄𝐌𝐈𝐒𝐊𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐄𝐍𝐓𝐈𝐓𝐈, 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐓𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈UniMAIWP – Kemiskinan bukanlah identiti s...
28/10/2026

𝐊𝐄𝐌𝐈𝐒𝐊𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐄𝐍𝐓𝐈𝐓𝐈, 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐓𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈

UniMAIWP – Kemiskinan bukanlah identiti seseorang, dan keadaan ekonomi tidak seharusnya menjadi ukuran dalam menentukan layanan, penghormatan serta peluang yang diberikan kepada setiap individu.

Mesej ini menjadi antara penekanan Naib Canselor Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP), YBhg. Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh, dalam program Sembang Santai Bersama Naib Canselor UniMAIWP bertemakan “Dignity Begins Here” yang berlangsung pada 22 Oktober 2026 di Dewan Jabir Ibnu Hayyan, Kampus Batu Muda.

Perjumpaan ini menjadi platform bagi Naib Canselor berkongsi pandangan, aspirasi dan hala tuju universiti, khususnya dalam memperkukuh nilai kemanusiaan, integriti dan budaya saling menghormati dalam kalangan warga UniMAIWP.

Beliau turut menekankan bahawa golongan yang kurang berkemampuan tidak seharusnya dipandang rendah atau dilayan secara berbeza hanya kerana keadaan hidup mereka. Sebaliknya, setiap insan berhak mendapat layanan yang adil, dihormati dan diberikan peluang untuk membina masa depan yang lebih baik.

Seiring dengan tema “Dignity Begins Here”, UniMAIWP terus membawa aspirasi pendidikan yang bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik, malah turut mengangkat nilai kemanusiaan, kesaksamaan dan pemeliharaan maruah insan.
Kerana setiap insan mempunyai nilai, setiap peluang membawa harapan, dan pendidikan mampu mengubah masa depan.

𝐔𝐧𝐢𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏 𝐄𝐑𝐀𝐓 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐔𝐅𝐓𝐈 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2026 – Naib Canselor Universiti Antarab...
28/10/2026

𝐔𝐧𝐢𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏 𝐄𝐑𝐀𝐓 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐔𝐅𝐓𝐈 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍

KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2026 – Naib Canselor Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP), YBhg. Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh, bersama barisan pengurusan tertinggi universiti telah mengadakan kunjungan hormat kepada Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, semalam.

Kunjungan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara UniMAIWP dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, di samping membuka ruang kepada penerokaan kerjasama dalam bidang pendidikan, pembangunan ilmu dan pengukuhan nilai-nilai Islam.

Pertemuan ini turut mencerminkan kepentingan hubungan antara institusi pengajian tinggi dengan institusi fatwa dalam memperkasa penyebaran ilmu, membentuk masyarakat berpengetahuan serta menyokong pembangunan ummah secara menyeluruh.

UniMAIWP berharap hubungan yang terjalin ini dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberikan manfaat kepada kedua-dua institusi dan masyarakat pada masa hadapan.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐊𝐔𝐋𝐓𝐈 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐧𝐢𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏Tahniah diucapkan kepada p...
27/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐊𝐔𝐋𝐓𝐈 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐧𝐢𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏

Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan kakitangan Fakulti Farmasi, Universiti MAIWP International (UniMAIWP) yang telah berjaya mengikuti Program Sijil Eksekutif Halal pada 15 hingga 20 Disember 2025.

Penyerahan sijil ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen dan usaha para peserta dalam meningkatkan pengetahuan serta kefahaman berkaitan amalan halal, khususnya dalam bidang farmaseutikal dan pembangunan profesional.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Dekan Fakulti Farmasi yang bersama-sama meraikan pencapaian para peserta. Penyertaan dalam program ini diharapkan dapat memperkukuh kesedaran dan kompetensi berkaitan halal dalam kalangan warga Fakulti Farmasi, seterusnya menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua peserta atas kejayaan ini! Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam bidang akademik serta kerjaya profesional masing-masing.

Fakulti Farmasi, UniMAIWP
Memperkasa Ilmu, Memacu Kecemerlangan Halal.

𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍: 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 | 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐔𝐧𝐢𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏Menyemai Bakti, Menghidupkan Ihsan.Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumn...
26/10/2026

𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍: 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 | 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐔𝐧𝐢𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏
Menyemai Bakti, Menghidupkan Ihsan.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) dengan kerjasama MAYC dan Pejabat Belia dan Sukan telah menganjurkan Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda (Wira Ihsan UniMAIWP: Misi Masjid) pada 24 Oktober 2026.

Program kesukarelawanan ini menghimpunkan mahasiswa UniMAIWP dalam aktiviti gotong-royong membersihkan masjid sebagai usaha memupuk semangat kebersamaan, tanggungjawab sosial dan keprihatinan terhadap komuniti setempat.

Berteraskan semangat Wira Ihsan, program ini menjadi platform untuk membentuk mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki nilai kemanusiaan, keikhlasan dalam berbakti serta kesediaan menyumbang kepada masyarakat.

Melalui inisiatif ini, UniMAIWP komited melahirkan generasi mahasiswa yang menghayati nilai ihsan, mengutamakan khidmat kepada masyarakat dan menjadikan kesukarelawanan sebagai sebahagian daripada budaya kehidupan.



𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐂𝐀𝐍𝐒𝐄𝐋𝐎𝐑Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pe...
24/10/2026

𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐂𝐀𝐍𝐒𝐄𝐋𝐎𝐑

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP), telah menganjurkan program Sembang Santai Bersama Naib Canselor sebagai platform komunikasi dua hala bagi memperkukuh hubungan antara kepimpinan universiti dengan mahasiswa.

Program ini membuka ruang interaksi secara langsung dan terbuka kepada mahasiswa untuk berkongsi pandangan, menyuarakan aspirasi serta mengemukakan cadangan berkaitan kebajikan, pembangunan diri dan pengalaman kehidupan di kampus. Inisiatif ini mencerminkan komitmen UniMAIWP dalam mengamalkan pendekatan pengurusan yang inklusif, prihatin dan responsif terhadap keperluan mahasiswa, sekali gus menyokong pembentukan persekitaran kampus yang kondusif dan sejahtera.

Selaras dengan semangat Wira Ihsan, program ini menzahirkan nilai keprihatinan, empati dan kebersamaan dalam usaha membina komuniti universiti yang saling menyokong dan menghormati. Hubungan yang erat antara pihak pengurusan dan mahasiswa merupakan asas penting dalam memupuk kepercayaan, memperkukuh rasa kepunyaan serta memastikan suara mahasiswa terus menjadi sebahagian daripada pertimbangan dalam pembangunan universiti.

Berteraskan aspirasi “Dignity Begins Here”, UniMAIWP komited untuk meletakkan maruah, kesejahteraan dan potensi insan sebagai sebahagian daripada keutamaan dalam membangunkan ekosistem pendidikan yang holistik. Setiap mahasiswa wajar diberikan ruang untuk bersuara, peluang untuk berkembang dan sokongan untuk mencapai potensi diri tanpa ada yang tertinggal atau terpinggir.

Semoga inisiatif seumpama ini terus memperkukuh budaya komunikasi terbuka, menyemai nilai ihsan dan memperkasakan penglibatan mahasiswa dalam membentuk masa depan UniMAIWP yang lebih cemerlang.

Address

No. 3 Jalan 31/10A, Kawasan Perindustrian IKS, Taman Batu Muda
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60126504997

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAIWP International University posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to MAIWP International University:

Shortcuts

Share

Nearby clinics