14/09/2026
ATLET PUN BOLEH TERBUANG SEMASA BERTANDING
Bukan sebab “tak tahan”.
Kadang-kadang, badan memang boleh buat keputusan sendiri ketika kita sedang push sampai limit.
Semasa endurance exercise atau pertandingan berintensiti tinggi, simptom gastrointestinal seperti memulas, loya, muntah, rasa nak membuang dan cirit-birit memang boleh berlaku.
Antara 5 puncanya:
1. RUNNER’S DIARRHOEA
Pergerakan usus boleh menjadi lebih aktif ketika exercise intensif.
Bila badan banyak bergerak, ditambah stress fizikal dan perubahan hormon, usus boleh menjadi lebih sensitif.
Hasilnya?
Urgency, cramp dan kadang-kadang cirit-birit.
2. ALIRAN DARAH KE USUS BERKURANG
Semasa exercise berat, badan akan utamakan aliran darah ke otot yang sedang bekerja.
Bekalan darah ke sistem penghadaman boleh berkurang buat sementara waktu.
Ini boleh menyebabkan:
• sakit perut
• loya
• cramp
• cirit-birit
3. MAKANAN DAN MINUMAN SEBELUM RACE
Makanan tinggi lemak, terlalu banyak serat, minuman terlalu manis, energy gel atau makanan yang badan belum biasa boleh trigger masalah perut.
Sebab itu hari pertandingan bukan masa terbaik untuk cuba menu baru.
4. CAFFEINE + ADRENALINE
Ramai atlet ambil kopi atau pre-workout sebelum race.
Caffeine sendiri boleh merangsang usus.
Tambah p**a adrenaline dan anxiety sebelum pertandingan.
Usus pun join pertandingan sekali.
5. EXERCISE-INDUCED ISCHAEMIC COLITIS
Ini yang lebih serius.
Dalam exercise yang sangat intensif, terutama jika disertai dehydration, aliran darah ke kolon boleh berkurang dengan ketara.
Antara tanda amaran:
• sakit perut yang kuat
• cirit-birit
• najis berdarah
• lemah atau hampir pengsan
Ini bukan sekadar “perut memulas”.
Ia perlukan penilaian perubatan.
MESEJNYA
Dalam sukan, kita selalu dengar:
“Push harder.”
“Don’t quit.”
“Finish what you started.”
Tetapi badan ada limit.
Kalau simptom sudah luar biasa, terutama sakit kuat, muntah berulang, najis berdarah, pening teruk atau hampir pengsan, jangan paksa diri semata-mata mahu habiskan race.
Mental kuat itu penting.
Tapi lebih penting tahu bila badan sedang bagi amaran.
Kadang-kadang, kemenangan sebenar bukan sampai ke garisan penamat.
Kadang-kadang, kemenangan sebenar ialah tahu bila perlu berhenti.