Urut Tradisional Selayang

Urut Tradisional Selayang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Urut Tradisional Selayang, Massage service, 1208/1207/12 Apartmen Kota Warisan, Lebuhraya Selayang/Kepong, Batu Caves Darul Ehsan, Kuala Lumpur.

Jika anda alami sebarang kecederaan melibatkan tisu dan sendi (terseliuh) , kalau boleh, elakkan ;✔️ Mengurut terlalu aw...
21/01/2022

Jika anda alami sebarang kecederaan melibatkan tisu dan sendi (terseliuh) , kalau boleh, elakkan ;

✔️ Mengurut terlalu awal
✔️ Menyapu minyak panas

Ia akan akibatkan radang menjadi bertambah serius dan semakin sakit. Sekaligus memperlahankan proses penyembuhan.

Langkah yang disarankan adalah dengan.

1. Berehat
Kurangkan pergerakan dan beban pada kecederaan

2. Ais batu
Tuam dengan ais batu selama 20 minit, kemudian berehat. Lakukan rutin ini setiap jam dalam tempoh 48 jam. Ia dapat mengurangkan radang dan kesakitan. Tetapi elakkan meletakkan ais secara berterusan, ia akan menggangu peredaran darah dan boleh akibatkan frostbite

3. Compress atau balut.
Balut secara ringan dengan kain bandage yang elastik dan Jangan terlalu ketat

4. Tinggikan bahagian yang tercedera dengan letakkan ditempat yang lebih tinggi seperti atas kerusi dan timbunan bantal

Dapatkan pemeriksaan lanjut jika kesakitan semakin serius . . .

Kredit : Public Health Malaysia

KESAN MINUM AIR TERLALU BANYAKOleh Ilzanno SharkyBaru-baru ini saya menerima beberapa soalan menerusi messenger di faceb...
31/10/2019

KESAN MINUM AIR TERLALU BANYAK

Oleh Ilzanno Sharky

Baru-baru ini saya menerima beberapa soalan menerusi messenger di facebook, yang bertanyakan kepada saya mengenai kesan pengambilan air kosong yang banyak dalam usaha seseorang itu untuk menguruskan badan dan mempromosikan gaya hidup yang sihat.

Manusia secara dasarnya terdiri daripada 60% cecair, yang mana daripada 60% itu, 2 per tiga daripadanya merupakan cecair yang terletak di luar sel (extracellular fluid) termasuk darah dan cecair limfa, dan 1 per 3 daripadanya terletak di dalam sel (intracellular fluid). Di dalam cecair ini, terdapat banyak jenis garam mineral seperti natrium (sodium), kalium (potassium), kalsium dan lain-lain.

Dari segi fisiologi, cecair ini amat penting untuk badan kita menjalankan fungsinya, yang mana, fungsi utama pengawalan paras air di dalam badan kita dikendalikan oleh buah pinggang. Buah pinggang kita akan mengawal seberapa banyak air yang perlu diserap semula, atau dibuang disamping mengawal paras garam mineral di dalam badan supaya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Baik, untuk memahami kesan meminum air terlalu banyak ini, kita perlu memahami p**a, apa yang terjadi sekiranya kita minum air secara asasnya. Apabila kita minum air, bahagian usus besar kita akan menyerap kandungan air ini kedalam darah. Setelah ditapis oleh hati, air ini yang sudahpun berada di dalam salur darah akan dipam oleh jantung kita. Sudah tentu air ini akan menambah isipadu darah kita, dan jantung kita perlu mengepam darah tersebut ke buah pinggang untuk ditapis, yang mana sekiranya ada lebihan air, buah pinggang kita akan menapis keluar air tersebut menjadi air kencing.

Hal ini menjadi sebab mengapa dalam pesakit buah pinggang, dan pesakit jantung, para doktor mengehadkan pengambilan air dalam seharian. Dalam pesakit yang mempunyai lemah jantung, lebihan air akan menyebabkan isipadu darah bertambah, dan akan menyebabkan jantung pesakit perlu bekerja dengan lebih kuat, di mana kemungkinan untuk jantungnya gagal adalah tinggi. Begitu juga apabila buah pinggang seseorang pesakit itu telah rosak. Doktor perlu mengehadkan pengambilan air oleh pesakit, kerana lebihan air tidak akan dapat ditapis oleh buah pinggang pesakit yang rosak,

Pengump**an air di dalam badan pesakit akan kemudiannya berkumpul di bahagian paru-paru, menyebabkan pulmonary oedema, disamping juga menyebabkan jantung gagal berfungsi sepenuhnya akibat terlalu banyak darah dan cecair perlu dipam di dalam badan seseorang.

Sekarang, cuba kita lihat apa p**a kesannya apabila seseorang yang sihat, dan mempunyai organ yang normal mengambil air yang terlalu banyak. Kita perlu tahu, pengambilan air sebanyak 2 liter sehari (lebih kurang 8 gelas sehari) adalah seperti yang digalakkan setelah mengambil kira berat badan seseorang secara purata.

Saya amat terkejut apabila ada beberapa cadangan di media sosial ini yang menggalakkan seseorang itu untuk minum sehingga 6 liter ke 7 liter air sehari. Anda perlu tahu, pengambilan air sebanyak ini, walaupun jika anda minum sedikit demi sedikit sekalipun boleh membunuh seseorang dengan mudah akibat pelbagai jenis kesan dan komplikasinya terhadap organ dan fungsi fisiologi badan kita dalam keadaaan yang kita panggil sebagai water intoxication.

Pengambilan air yang tinggi akan menyebabkan darah kita menjadi cair, dan meletakkan kandungan garam sodium (natrium) menjadi seolah-olah rendah, dalam satu kondisi yang kita panggil sebagai dilutional hyponatraemia. Apabila darah kita berada dalam keadaan ini, yang mana dari segi kepekatannya rendah berbanding dengan kepekatan didalam sel, air akan mulai meresap masuk ke dalam sel. Dalam proses ini, sel kita akan mula membengkak, tetapi hal ini tidak menjadi masalah untuk sel-sel lain di dalam badan kita, kecuali otak.

Apabila otak kita mulai membengkak (oedema), terminologi yang kita gunakan, iaitu cerebral oedema amat berbahaya, di mana otak kita akan membengkak sehingga ke tahap tiada lagi ruang untuk peningkatan tekanan di dalam tempurung kepala kita yang tertutup, hal ini akan menyebabkan darah tidak lagi boleh sampai ke otak kita, dan yang kedua, tekanan ini akan menghimpit bahagian ‘brain stem’ kita yang mengawal pernafasan dan degupan jantung kita.

Peningkatan tekanan di dalam tempurung kepala kita pada awalnya menyebabkan gejala sakit kepala dan muntah-muntah, dan sekiranya dibiarkan, seseorang itu akan mengalami sawan, diikuti pengsan, koma dan akhirnya maut. Keadaan ini boleh berlaku dalam masa kurang daripada 10 jam sahaja. Jadi, sekiranya seseorang menggalakkan kepada anda untuk minum air banyak-banyak untuk menguruskan badan, memang boleh. Tetapi apalah gunanya mempunyai badan yang kurus sekiranya anda tidak sedarkan diri dan mengalami sawan akibat cerebral oedema . . .

Kredit : Ilzanno Sharky

Siapa selalu sakit kepala wajib baca . . .Apabila anda sakit kepala atau mygrain, perkara pertama yang anda akan cari ad...
22/10/2019

Siapa selalu sakit kepala wajib baca . . .

Apabila anda sakit kepala atau mygrain, perkara pertama yang anda akan cari adalah panadol & minyak angin (minyak cap kapak paling famous!). Kemudian anda akan sapukan pada dahi, tepi dahi, dalam rambut, hidung, kening, Argghhhh!! Mandi minyak kapak teruslah!! Senang!Ya, ketika itu sakit kepala berdenyut memang tak dapat nak control. Mula rasa moody & nak muntah bila pening, mata mesti mahu dilelapkan bagi mengawal denyutan kepala. Terasa rimas !

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Tahukah anda bahawa 99% urutan pada otot tepi leher dimana dipanggil otot Sternocleidomastoid mampu mengurangkan gejala tersebut? Kenapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tak sapu & urut pada otot tersebut ?

Sakit kepala dan sumber biasa diabaikan mereka boleh menghasilkan Myofascial Trigger Points. Simp**an otot ini yang menyebabkan sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang, tetapi boleh menjadi hasil daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh . . .

Titik punca / trigger points merupakan tumpuan 'hyper-irritable' dalam otot atau fascia yang menyebabkan fiber otot tegang dan sakit. Trigger points tersebut tidak mengikuti corak dermatome biasa . . .

Trigger points menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang & ketat. Ini menghadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan kelemahan, pengurangkan peredaran darah dan kesakitan. Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh, tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan. Memori otot ini boleh menghasilkan sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa tekanan fizikal dan emosi . . .

Trigger Point adalah gambaran Myofascial Trigger Points Therapy dimana cara terapi dan teknik yang digunakan untuk melegakan myofascial (myo = otot; fascial = tisu penghubung) kesakitan dan tidak berfungsi. Ianya terhasil dari kerjaya perubatan sepanjang hayat Dr. Janet travell dan David Simons. Myofascial Trigger Point diiktiraf oleh American Academy of Pain Management sebagai modul untuk rawatan sakit myofascial dan kegagalan ia berfungsi . . .

Kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala Migrain akibat Myofascial Trigger Pointss (TrP) dengan tanpa aura adalah tinggi . . .

Trigger point therapy adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan kepada peringkat. Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang dari sudut trigger point myofascial aktif dalam spenius atas cervicis otot yang terletak di bahagian belakang leher anda. Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian occipt, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit (mata) - ianya dinamakan "sakit di dalam tengkorak" Kadang-kadang sakit splenius cervics dirujuk ke bawah pada tulang rangka bahu dan sudut leher.Fungsi 'splenii' ini bekerjasama untuk memutarkan kepala dan leher individu, menjadikan muka ke arah sebelah yang sama . . .

Gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh trigger point yang aktif dalam cervicis spenius dan otot capitis splenius . . .

Pengaktifan dan pengekalan trigger point dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat tiba-tiba, kedudukan posture badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama . . .

Satu lagi penyebab biasa sakit kepala yang teruk adalah trigger point dalam otot sternokleidomastoid atau simp**an di dalam otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dgn tulang selangka.Trigger points di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit . . .

Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, p**i, tekak, belakang dan atas kepala.Myofascial Trigger Points boleh membantu menyelesaikan gejala sakit kepala dan mygrain . . .

Apabila trigger point dikenalpasti, tekanan/urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, trigger point yang berkenaan sangat lembut, tetapi kesakitan beransur-ansur berkurangan kerana otot bermula untuk berehat. Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan perlahan-lahan. Proses pengurutan pada trigger point dan regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi normal

Sumber : Diane Sera, Cert. Sport Massage (UKM)

Tunggu teh panas sejuk sedikit sebelum di minum, kerana meminum teh yang terlalu panas tidak begitu baik untuk kesihatan...
28/03/2019

Tunggu teh panas sejuk sedikit sebelum di minum, kerana meminum teh yang terlalu panas tidak begitu baik untuk kesihatan !

Sekiranya anda gemar meminum teh yang terlalu panas ( melebihi 60 c) setiap hari, risiko untuk mendapat kanser esofagus akan meningkat 90% . . .

Hasil kajian ini diperolehi setelah mengkaji lebih 50 ribu individu di Iran Utara . . .

Sebenarnya, sebarang bentuk iritasi berterusan kepada permukaan saluran pemakanan (esofagus) akan menyebabkan risiko kanser . . .

Selain air panas, iritasi ini termasuklah asap rokok, refluks dari asid perut dan alkohol . . .

Setiap tahun, 400 ribu individu maut akibat kanser esofagus. Terkini pelakon tempatan terkenal, Arwah Zaibo juga meninggal akibat penyakit ini . . .

Sumber : Public Health Malaysia

Petua bagi hilangkan sakit kepala terutama disebabkan darah tinggi/migraine/loya "morning sickness", dan membuang angin ...
25/03/2019

Petua bagi hilangkan sakit kepala terutama disebabkan darah tinggi/migraine/loya "morning sickness", dan membuang angin dalam badan . . .

Caranya :

1) satu jug sederhana Tea O panas + 7 helai daun kari ( direndam)

Atau

2) Segelas Tea O panas + 3 helai daun kari (direndam)

Boleh diamalkan setiap kali sarapan pagi, tengah hari dan malam . . .

Selamat mencuba. Insyaallah sangat mujarab bagi masalah migrain . . .

Seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemaranny...
19/03/2019

Seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya.

Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.

Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanip**asikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “ meletup” atau “crakk” .

Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulan.

Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.

Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat


Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain.

Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.

Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dam strok

Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manip**asi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.

Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat TIDAK DIGALAKKAN.

Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manip**asi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal . . .

Sumber : Public Health Malaysia

14/01/2017

Assalamualaikum & salam sejahtera . Kami menawarkan perkhidmatan urut tradisional khas untuk perempuan dari rumah ke rumah . . .

: Urut kesihatan untuk seluruh badan
: Pekej urutan selepas bersalin
: Urutan untuk bayi
: Salah urat & terseliuh
: Mandi bunga
: Totok wajah
: Makanan berpantang

Kepada yang berminat boleh terus berhubung dengan kak Nor kota warisan selayang bahagia di talian 0176593793 atau Mizs tika di talian 01111061994 Untuk temu janji . . .

14/01/2017

Assalamualaikum & Salam sejahtera . Saya ada menyediakan Urut Tradisional untuk lelaki . . .

: Urut kesihatan untuk seluruh badan
: Bekam darah kotor
: Bekam angin point sunnah
: Terseliuh & salah urat
: Syiling angin belang harimau
: Lerek botol

Khidmat dari rumah ke rumah . Kepada yang berminat boleh hubungi atau whatsapp saya Ajib Kota Warisan Selayang Bahagia di talian 01111236366 Untuk temu janji . . .

Address

1208/1207/12 Apartmen Kota Warisan, Lebuhraya Selayang/Kepong, Batu Caves Darul Ehsan
Kuala Lumpur
68100

Telephone

+60193066077

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urut Tradisional Selayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share